Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

>> Monday, December 13, 2010

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
bumi.jpg
 
Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya. 

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
 
Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18) 

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia". 

Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.  


Alternatif pada gula

>> Wednesday, December 8, 2010

Kepada teman-teman seperjuangan... Jom kita kurangkan pengambilan gula atau pakai alternatif.
Alternatif 1
Pokok Stevia @ Pokok Gula



Alternatif 2
ProfessorSweet

ProfessorSWEET alternatif baru gula

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini membuatkan orang ramai mula mencari alternatif bagi menggantikan bahan pemanis utama dalam minuman dan masakan itu.
Menyedari hakikat itu, sebuah syarikat milik penuh bumiputera, Manisglobal Sdn. Bhd. (Manisglobal) tampil memperkenalkan sejenis sirap pemanis berjenama ProfessorSWEET iaitu pengganti gula yang dihasilkan 100 peratus daripada pati tebu asli (SCE) dengan menggunakan teknologi nano.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzli Che Seman berkata, produk itu mendapat pengiktirafan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan pihaknya juga telah melakukan testimoni terhadap 2,000 responden sebelum ia dipasarkan.

"Seperti yang kita sedia maklum, hampir 50 peratus rakyat Malaysia kini menghadapi pelbagai penyakit akibat gula.

"Dengan penggunaan ProfessorSWEET, diharapkan kadar tersebut dikurangkan kerana produk ini bukan sahaja manis seperti gula, malah sedap dan menyihatkan," katanya pada majlis pelancaran ProfessorSWEET di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Manisglobal Niaga Sdn. Bhd., Wan Abdullah Ibrahim dan ketua saintis projek berkenaan, Prof. Dr. Mohd. Sofie Marzuki.
Bahan pemanis itu terhasil selepas lebih lima tahun penyelidikan oleh saintis tempatan diketuai oleh Dr. Mohd. Sofie.

Ia mempunyai kadar kemanisan lebih tinggi daripada gula biasa, tetapi hampir tiada kalori, lemak, kolesterol, protein, sukrosa dan karbohidrat, sekali gus sesuai digunakan seisi keluarga sebagai pengganti gula dalam minuman dan masakan.

Jelas Mohd. Fadzli, ProfessorSWEET adalah pemanis pati tebu pertama yang dihasilkan menerusi teknologi nano.
Sementara itu, Mohd. Fadzli memberitahu, pihaknya yakin produk mereka mampu menguasai pasaran tempatan kerana kebanyakan produk alternatif bagi menggantikan gula tidak ada yang berasaskan pati tebu asli.

"Sekiranya ProfessorSWEET mendapat sambutan kelak, kami merancang untuk menghasilkan produk ini dalam bentuk pek kecil atau one drop bagi memudahkan orang ramai membawa ia ke mana sahaja.
"Kami juga merancang menghasilkan kordial, gula-gula dan susu pekat manis berasaskan bahan yang sama selepas ini," ujar beliau.

ProfessorSWEET dijual pada harga serendah RM19.90 di pasaran bagi kandungan 700 mililiter.
Orang ramai yang berminat untuk menjadi stokis, ejen atau pengedar syarikat itu boleh menghubungi talian 06-7687323 atau melayari laman web www.professorsweet.com.

It Is Ok brother... relax...

>> Saturday, November 27, 2010

Gurauan Ujang

>> Thursday, November 25, 2010

Aidil Adha 2010 @ BTP3

>> Monday, November 22, 2010

Alhamdulillah, pada 17 November 2010, warga BTP (Bandar Tasik Puteri) blok 3 dan blok 2 telah diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk sama-sama menyambut hari raya Aidil Adha dan seterusnya menyempurnakan ibadah Qurban. AJK surau Nur As-Sobirin dengan kerjasama masyarakat ISLAM blok 3 dan blok 2 telah bertungkus-lumus memastikan perayaan kali pertama secara bergandingan (antara blok 2 dan blok 3) setelah surau disatukan dibawah satu pentadbiran dan diatas surau yang telah pun boleh diguna-pakai untuk warga blok 3 dan 2 menunaikan solah berjemaah (masih mengharapkan sumbangan untuk menyempurnakan pembinaannya) dilaksanakan dengan jayanya.

Ramai sekali anak-anak muda, muslimin dan muslimat, telah berganding bahu pada hari raya aidil-adha ini yang pertama kali disambut disurau baru ini, iaitu Surau Nur As-Sobirin. Moga-moga diberkati Allah hendakNYA dan qurban yang dilaksanakan itu diterimaNYA.

Berikut adalah beberapa gambar yang dapat saya ambil dimajlis tersebut...

 Pagi Hari Raya ... Suasana berkabus...

Masih lagi berkabus selepas solat
 Bahagian melapah dan memasak


 Salah seekor lembu yang telah pun selamat dikorbankan.
 AJK Surau sedang meninjau lembu-lembu dan memastikan semua dalam keadaan OK
 Lembu yang juga telah selamat dikorbankan.
 Barisan lembu-lembu yang telah pun selamat dikorbankan
 Proses membahagikan daging-daging qurban pada penduduk BTP blok 2 dan 3 sambil diperhatikan oleh setiausaha surau
 Penduduk BTP blok 2 dan 3 riang mengambil bahagian masing-masing.
 AJK berehat kepenatan sambil melihat susunan daging yang berjaya dikorbankan
Beratur... cepat hehehehe....

Cambridge Brain Sciences

>> Friday, November 19, 2010

Test your brain how it works ... Cuba lihat sejauh mana kemampuan otak kita berfikir

http://cbstrials.com/Open/Default.aspx?B_ID=279

Remaja Bandar Tasik Puteri Semakin TERUK

>> Tuesday, November 9, 2010

Hari jumaat baru-baru ini saya bawa anak2 saya bermain di taman permainan utama di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri (kerana lepas tu nak pergi pasar malam di Green Valley). Apa yang menyakitkan mata ialah apabila melihat pemandangan kawasan permainan yang teramat kotor dan dipenuhi sampah-sarap yang tidak sepatutnya. Mungkin ibu-bapa akan menyalahkan pihak berkenaan yang tidak membersihkan (kita memang suka tunding jari) tapi kita sebagai ibu-bapa sering tidak endah pada anak2, dengan siapa mereka berkawan, dan dimana mereka pergi, serta apa yang mereka lakukan. Saya masih teringat kejadian pada tahun lepas, ada beberapa orang remaja sedang melakukan aksi 'Wheelie' didepan kawasan sekolah. Kebetulan, kita saya melepasi mereka, salah seorang itu jatuh agak teruk (saya harap mampus je). Saya teruskan perjalanan kerana golongan ini memang tidak akan sekali-kali saya bantu. Ketika di klinik, mereka ini pun tiba dengan rakan yang parah itu. Paling kelakar bila mereka minta dirawat terlebih dahulu. Bila ditanya, menurut mereka, kawan terjatuh moto (tidak pula diberitahu jatuh kerana buat aksi bangang). Kemudian, salah seorang rakan menelefon rumah dan berikan cerita palsu pada ibu-bapa remaja tersebut. Ketika saya berjumpa doktor, saya khabarkan pada doktor akan kejadian sebenar agar mereka ini tidak diberi belas kasihan atas penipuan dan kebodohan mereka itu.

Cukuplah pasal remaja bangang bawak moto. Lihat sahaja gambar dibawah yang memaparkan betapa buruknya perangai remaja di bandar tasik puteri (90% adalah bumiputera).

Botol arak di atas puncak puteri central park

Sampah dibawah kawasan permainan kanak2

Botol minuman keras di tempat duduk di kawasan permainan kanak2 (tong sampah entah kemana???)

Botol Air yang sudah kosong dan terbuka (menjadi tempat pembiakan nyamuk) ... Tong sampah tiada berdekatan.

lagi sampah

Sampah lagi. Tadi ada seorang BAPA membuang sampah.

Cantik sungguh pemandangan dibawah ini

Talian Kecemasan Utk Warga Impak 3

>> Sunday, November 7, 2010


Bahagian
Talian
Balai Polis BTP
(03)   6034 3578
Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (Q)
(03)   6131 2222
Bomba Rawang
(03)   6091 6564
Bomba Batu Arang
(03)   6035 2444
Bomba Selayang Baru
(03)   6136 5944 / 7944
Hospital Sungai Buluh
(03)   6145 4333
Hospital Selayang
(03)   6120 3233
Pej. Pengawal BTP
(03)   6035 5166
Bahagian Aduan MPS
(03)   6138 9898
Ambulans (Pj)
(03)   77859132
TNB (Aduan Kerosakan)
(03)   6092 7000 atau 15454 (Umum)
PUSPEL
1800 88 5252
Surau Nur Sobirin
(012) 2309 132






Selamat Eidul Fitri Warga BTP3

>> Wednesday, September 15, 2010

Salam Eidul Fitri pada semua warga IMPAK3 @ BTP Blok 3. Moga dihari yang mulia ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama saudara seagama. Pada yang pulang ke kampung, didoakan agar sihat sejahtera dan selamat pergi dan kembali di kampung. Jangan lupa pesan pada jiran untuk tengok2 kan rumah kita. Pada yang tidak pulang, bantulah jiran anda.. perhatikan sesama rumah sebelah menyebelah. Buatlah laporan andai lihat sesuatu yang mencurigakan.

Pada mak-bapak semua, janganlah kita membazirkan duit beli mercun... yang kaya bukannya kita atau orang ISLAM. Malah, bukan budaya orang ISLAM pun. Kalau beli juga, nasihatkanlah anak agar main ditempat lapang dan jauh dari kawasan rumah. Bukan main sebelah rumah. Ada jiran yang punya anak kecil ingin tidur dan berehat. Bukan itu sahaja, malah membahayakan. Bayangkan jika mercun itu masuk ke rumah jiran? tak pasal-pasal jadi pergaduhan dan ada yang masuk lokap karang. Jadi, lebih baik main je dekat belakang kawasan Semi-D sana tu.. luas, lapang, dan jauh dari menganggu jiran. Tapi, lebih baik tak yah main. Membazir itu rakan syaitan.

IMPAK3 VS GREEN VALLEY

>> Tuesday, June 22, 2010

Ayoh semua, datanglah berikan sokongan anda pada perlawanan volleyball terhebat masa kini antara pasukan blok 3 dan pasukan green valley. Lihatlah wira-wira kita bertarung dalam perlawanan yang cukup mendebarkan dan istimewa alaf ini. Dibawakan khas oleh IMPAK3.

Ini merupakan gambar yang sempat teman ambilkan menggunakan telefon bimbit teman yang cikai punya.

Pasukan Green Valley
Pasukan IMPAK3
Brother auuuwww... hahahaha
Green Valley tak nak main sebab IMPAK3 power gilos

UPSR & PMR dimansuhkan.. apa kata mak bapak BTP3

Setuju atau tidak? Bagi saya ada kebaikannya. Malah UPSR dan PMR sekarang tidak boleh menjamin masa depan serta menentukan arah tujuan pelajar. Hatta masuk 'U' pun ditentukan melalui SPM & STPM atau setara. UPSR dan PMR sudah tiada nilai. 5A di UPSR belum boleh menentukan kejayaan cemerlang pada PMR. PMR yg cemerlang belum boleh menentukan SPM yang gemilang. Malah SPM yang gemilang pun belum tentu melahirkan insan yang terbilang di peringkat lebih tinggi. Maka, pada pendapat saya, wajarlah dimansuhkan.
Bagaimana untuk tentukan aliran sains atau sastera. Beri peluang pada pelajar arah mana yang mereka ingin lalui. Berikan kebebasan memilih pada mereka dan kita hanya perlu menilai pemilihan mereka itu melalui ujian khas penentuan aliran. Mudah dan tidak membebankan serta memastikan pelajar kita bukan jenis 'EXAM-ORIENTED'

Pemilihan AJK 2010/2011 dan aktiviti terkini

>> Sunday, May 23, 2010

AJK Baru Persatuan penduduk blok 3 @ IMPAK3 telah dilaksanakan pada bulan 3 2010. Senarai lengkap AJK telah pun dikeluarkan. Serentak dengan itu, IMPAK3 telah melaksanakan satu proses bancian dikalangan penduduk dengan matlamat mendapatkan senarai sah penduduk dan mengemaskini data penduduk selain mendaftar penduduk kepada persatuan. Selain itu juga, IMPAK3 juga memberi maklumat mengenai aktiviti dan persatuan.

Sehingga kini, IMPAK3 telah berjaya menyediakan laman sukan untuk penduduk blok 3 bersama-sama melakukan aktiviti jasmani. Gelanggang badminton @ sepak takraw, bola tampar, futsal, dan bola jaring walaupun belum siap sepenuhnya, telah pun boleh digunapakai untuk aktiviti jasmani. Dengan itu, pihak IMPAK3 mengalu-alukan sebarang bantuan kewangan bagi membolehkan prasarana sukan tersebut dikemaskini dan diperbaiki agar lebih sesuai dan juga memastikan aktiviti kekeluargaan ini dapat diteruskan.

Jangan sampai dah terjadi baru nak sesali

>> Saturday, May 15, 2010

Jika dilihat pada jiran2 kita, ramai sekali membenarkan anak2 dibawah umur, dan tanpa lesen memandu kenderaan malah menunggang motosikal tanpa memikirkan musibah yang bakal terjadi dimasa depan atau kesan dari pengajaran yang kita berikan pada anak kita ini.

Saya ingin sekali menasihati diri sendiri dan jiran tetangga sekalian agar janganlah diajar anak kita akan kesalahan ini diusia yang muda atau kelak kita akan menyesal tak sudah dan mula menunding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain sedangkan itu semua adalah hasil titik peluh kita dalam memberi ilmu yang ternyata sesat dan menyalahi undang-undang. Ketika kecil sudah diajar atau diberi kebenaran, bayangkan jika telah dewasa. Mungkin ada ada keberanian mereka untuk menyelinap keluar pada waktu malam untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral sama sekali.

Fikir-fikirkanlah sahabat sekalian

BLOK3 kena rompak lagi

Salam persaudaraan pada sahabat jiran tetanggan, saudara seagama, dan saudara senegara sekalian... Semalam, pada waktu maghrib @ 7pm - 8mlm, lagi rumah jiran kita telah dimasuki pencuri. Menurut tuan rumah, ia berlaku ketika beliau baru sahaja keluar rumah, dan ketika beberapa rakan tetangga kita berada di kawasan rehat ditaman depan rumahnya.

Saudara sekalian, ini bukan kali pertama dan pastinya bukan yang terakhir. Pasti akan ada lagi rumah yang akan dimasuki manusia yang kurang ajar ini. Menurut polis BTP, ini merupakan kali ke 40 laporan polis mengenai rumah dipecah masuk di kawasan blok 3 sahaja. Mengapa ini terjadi? adakah blok kita ini diluar rahmat Illahi? Adakah kerana blok kita ada pelbagai kegiatan lain yang memungkinkan ini terjadi? Adakah kerana blok kita ini sudah tiada ikatan persaudaraan yang erat? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Yang pasti, saya berharap agar semangat kejiranan kita hidupkan kembali. Kenali jiran kita. Andai rasa syak atau musykil, hubungi polis BTP. Lebih baik kita mencegah dari hanya memandang begitu sahaja. Andai nampak orang tidak dikenali dan rasa syak, segera hubungi polis atau pengerusi blok yang sentiasa ada untuk membantu, atau AJK keselamatan kita. Dengan cara ini, kita boleh membendung kegiatan pecah rumah, sekaligus mengenali jiran yang kita tidak kenali selama ini.

Dan terakhir, marilah kita doakan agar kawasan rumah kita selamat dari kejadian ini lagi...

Anakku Sazali... P.Ramlee buat filem bukan untuk sekadar tontonan...

>> Monday, May 10, 2010

Salam persaudaraan pada penduduk IMPAK3 sekalian. Sudah sekian lama saya tidak berbicara melalui penulisan kerana sibuk bekerja..

Apa yang ingin saya kongsi bersama ialah berkaitan dengan isu terkini yang panas, sama ada dipihak pakatan rakyat, mahupun pihak barisan nasional... Semua ingin menunjukkan sifat prihatin dan adil. Dalam pada itu, jangan kita lupa pada akar permasalahan hari ini. Bukan berpunca dari polis, bukan salah sepenuhnya kerajaan, dan bukan juga salah masyarakat keseluruhannya.

Boleh dikatakan majoriti kita semua membesar dengan filem-filem P.Ramlee... Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul, Do Re Mi, Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, dan banyak lagi yang masih lagi teguh tersemat didalam memori kita. Salah satu filem yang ingin saya lontarkan kembali, moga-moga kita ada peluang berkongsi dengan anak-anak kita dan menjadikan ia satu teladan dalam hidup, yakni ANAKKU SAZALI. Jalan ceritanya menyamai akan kisah dan senario zaman kini. Kita sering percaya pada apa yang diwar-warkan oleh anak kita tanpa menyiasat secara adil dan saksama. Kita tutup mata dan butakan hati pada pandangan lain. Yang kita dengari hanyalah ucapan anak kita yang belum tentu akan kesahihan beritanya. Lihatlah kini ditaman kita, anak muda berpeleseran... Anak perempuan kita tidak segan silu berdua-duaan atau kadang dalam kumpulan bersama bukan muhrim dan membuang masa bersembang. Dihadapan saya sendiri pernah berlaku gurau senda tahap melampau yang ternyata menambah dosa saya (kerana hanya mampu mengutuk dalam hati), dosa mak bapa dia, dan dosa kita semua kerana tidak mencegah kemungkaran. Bukan itu sahaja, tanpa kita sedari, motor yang dipinjam digunakan untuk berlumba, angkat wheelie, dan bawa anak orang, sedangkan anak kita tidak punya lesen. Dan tentu kita pernah lihat anak yang cukup mentah (bawah 15 tahun) bawa motor (lihat pada susuk badan pun sudah boleh agak). Dimana kita ketika itu? Jika ditangkap polis, apakah masih salah polis atau salah kita? Jika kemalangan kerana lari dari sekatan polis, salah dia atau salah polis? Jika dia langgar polis untuk elak ditangkap kerana memandu tanpa lesen dan badan berbau kurang menyenangkan (rokok, ganja, dadah, arak, etc), masihkah kita menunding pada polis yang menjalankan tugas atau pada anak kita atau pada kita?

Maka, sahabat semua, kejadian hari ini sepatutnya membuka mata kita untuk lebih mengenali anak kita dan memantau mereka sepenuhnya. Dan paling penting, ANAKKU SAZALI bukan sekadar tontonan, tetapi untuk teladan ....

Menutup celoteh saya, bersama ini gambar dua keadaan berbeza... saksikanlah penipuan aminurrashid dan rakannya itu...

Anak ku tak bersalah... saya bukan budak jahat... saya keluar untuk minum, tgk bola, dan jumpa kawan kat kedai mamak je..

Hakikatnya...
Aku enjoy beb... dua awek sekali... badan power tu... 



Oleh itu, duhai masyarakat sekalian.... moga kejadian ini menyedarkan kita betapa yang paling kita tidak boleh percaya ialah anak kita sendiri... janganlah dibutakan hati kita untuk membuat pertimbangan hanya kerana kasih sayang kita... Sayang Anak, Tangan-tangankan...

PRK Parlimen Hulu Selangor... hari penentuan

>> Sunday, April 25, 2010

Ini merupakan hari penentuan... Bagi aku, ini bukan penentuan siapa calon popular kerana kedua-dua calon merupakan orang yang tidak dikenali dikawasan tersebut... Ini merupakan penentuan dua parti komponen di kedua-dua pihak. MIC yang selama ini tenggelam (selepas PRU-12) serta pelbagai isu berkaitan (Maika Holdings, Hindraf, dll) cuba meminta simpati komponen BN yang lain untuk meletakkan seorang wakil MIC didalam parlimen (kerana semua wakil MIC tewas) dan juga cuba menaikkan imejnya kembali setelah bersusah payah rebranding (kata Samy Vellu) walaupun tiada perubahan langsung didalam pucuk pimpinan MIC (kerana ramai yang orang benci termasuk Samy dan Palanivel masih bertakhta).
Andai menang, Samy dan konco-konconya akan besar kepala dan berlagak... terutamanya Samy...

Dalam pada itu, tidak menidakkan juga isu hidup dan mati PKR yang kini dipenuhi dengan firaun-firaun kecil (kata Zulkifli) serta dikelilingi dengan pelbagai kontroversi yang bisa merobohkan terus tembok pertahanan PKR yang pada PRU lepas agak kukuh. Satu persatu orang PKR keluar dan satu persatu perasaan tidak puas hati dilontarkan. Dalam 5 negeri yang dikuasai oleh PR, hanya 2 yang agak kukuh dan stabil. Kelantan kerana tiada DAP dan dipimpin sepenuhnya oleh PAS. Di Kedah, PAS memimpin dan hanya ada satu DAP yang berupaya menggoncang seketika tembok kepimpinan PR kerana kejahatan dan keegoan DAP namun masih utuh dikawal PAS. Perak, dengan PAS hanya seorang diatas, terus tumbang hasil dari kerjasama DAP yang terang-terang menunjukkan belangnya untuk menguasai negeri. Di Selangor pula, PKR bersilat habis-habisan bagi mengawal tingkahlaku sahabatnya DAP dan PAS yang sering dicucuk oleh BN. Dimulai dengan isu Teressa Kok dan kemudian aksi memalukan Eli Wong, dan disulami dengan kisah menghalalkan zina kerana dia bukan ISLAM (dan kahwin batin sebab suami dah mati), serta isu YBK. Di Penang pula, kerana DAP merupakan kuasa besar, maka yang lain terpaksa tunduk dan mengambil jawatan yang sekadar mencukupkan kuota sahaja. Yang menentang akan disingkirkan. 4 orang PKR keluar kerana sikap ego DAP dan sikap pucuk pimpinan PKR yang tidak membantu mereka. Yang jadi mangsa dalam semua ini ialah PKR terutamanya Anwar yang tidak kering peluh bersilat bagi mengekalkan ikatan yang dibina ketika 2004 dahulu tidak terlerai sebelum 2012.

Dan hari ini.. hidup mati kedua-dua parti akan ditentukan di parlimen hulu selangor. Siapa bukan persoalan... Parti mana yang akan berdiri... maruah parti dan pimpinan menjadi taruhan...

Walau apa pun yang terjadi, penduduk impak3 merasakan yang paling utama ialah rakyat yang tidak bersalah janganlah dijadikan mangsa. Yang menang haruslah mengutamakan kehendak rakyat ... bukan sekadar kehendak parti dan rakan sendiri. Yang kalah, janganlah terus menyendiri.. teruskan usaha membantu agar kepercayaan dan keyakini dikembalikan.

Bloq for IMPAK3

>> Saturday, April 24, 2010

Blog untuk IMPAK3 bagi penduduk BLOK3 berkongsi pengalaman, pendapat, dan meluahkan perasaan serta apa jua yang ingin dikongsi bersama telah pun siap... :)

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP  

Yamli rocks