PRK Parlimen Hulu Selangor... hari penentuan
>> Sunday, April 25, 2010
Ini merupakan hari penentuan... Bagi aku, ini bukan penentuan siapa calon popular kerana kedua-dua calon merupakan orang yang tidak dikenali dikawasan tersebut... Ini merupakan penentuan dua parti komponen di kedua-dua pihak. MIC yang selama ini tenggelam (selepas PRU-12) serta pelbagai isu berkaitan (Maika Holdings, Hindraf, dll) cuba meminta simpati komponen BN yang lain untuk meletakkan seorang wakil MIC didalam parlimen (kerana semua wakil MIC tewas) dan juga cuba menaikkan imejnya kembali setelah bersusah payah rebranding (kata Samy Vellu) walaupun tiada perubahan langsung didalam pucuk pimpinan MIC (kerana ramai yang orang benci termasuk Samy dan Palanivel masih bertakhta).
Andai menang, Samy dan konco-konconya akan besar kepala dan berlagak... terutamanya Samy...
Dalam pada itu, tidak menidakkan juga isu hidup dan mati PKR yang kini dipenuhi dengan firaun-firaun kecil (kata Zulkifli) serta dikelilingi dengan pelbagai kontroversi yang bisa merobohkan terus tembok pertahanan PKR yang pada PRU lepas agak kukuh. Satu persatu orang PKR keluar dan satu persatu perasaan tidak puas hati dilontarkan. Dalam 5 negeri yang dikuasai oleh PR, hanya 2 yang agak kukuh dan stabil. Kelantan kerana tiada DAP dan dipimpin sepenuhnya oleh PAS. Di Kedah, PAS memimpin dan hanya ada satu DAP yang berupaya menggoncang seketika tembok kepimpinan PR kerana kejahatan dan keegoan DAP namun masih utuh dikawal PAS. Perak, dengan PAS hanya seorang diatas, terus tumbang hasil dari kerjasama DAP yang terang-terang menunjukkan belangnya untuk menguasai negeri. Di Selangor pula, PKR bersilat habis-habisan bagi mengawal tingkahlaku sahabatnya DAP dan PAS yang sering dicucuk oleh BN. Dimulai dengan isu Teressa Kok dan kemudian aksi memalukan Eli Wong, dan disulami dengan kisah menghalalkan zina kerana dia bukan ISLAM (dan kahwin batin sebab suami dah mati), serta isu YBK. Di Penang pula, kerana DAP merupakan kuasa besar, maka yang lain terpaksa tunduk dan mengambil jawatan yang sekadar mencukupkan kuota sahaja. Yang menentang akan disingkirkan. 4 orang PKR keluar kerana sikap ego DAP dan sikap pucuk pimpinan PKR yang tidak membantu mereka. Yang jadi mangsa dalam semua ini ialah PKR terutamanya Anwar yang tidak kering peluh bersilat bagi mengekalkan ikatan yang dibina ketika 2004 dahulu tidak terlerai sebelum 2012.
Dan hari ini.. hidup mati kedua-dua parti akan ditentukan di parlimen hulu selangor. Siapa bukan persoalan... Parti mana yang akan berdiri... maruah parti dan pimpinan menjadi taruhan...
Walau apa pun yang terjadi, penduduk impak3 merasakan yang paling utama ialah rakyat yang tidak bersalah janganlah dijadikan mangsa. Yang menang haruslah mengutamakan kehendak rakyat ... bukan sekadar kehendak parti dan rakan sendiri. Yang kalah, janganlah terus menyendiri.. teruskan usaha membantu agar kepercayaan dan keyakini dikembalikan.