|
Pemain membasahkan tekak sebelum perlawanan |
Baru-baru ini, pasukan bola tampar IMPAK3 telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan cikgu dari sekolah kebangsaan Bandar Tasik Puteri 2. Perlawanan ini dapat dilaksanakan dek usaha salah seorang ahli dimana anaknya bersekolah, Ajis. Ini merupakan perlawanan ulangan setelah kali pertama diadakan di-blok 7 pada minggu sebelumnya diakhiri dengan kemenangan pihak cikgu sekolah.
Perlawanan kali ini dimulakan agak lewat. Namun tidak melemahkan semangat kedua pasukan. Malah IMPAK3 lebih bersemangat dengan hampir 90% dari keseluruhan 25 orang pemainnya turun, manakala pasukan cikgu turun dengan cukup-cukup sahaja tanpa simpanan. Dengan niat untuk membalas dendam kekalahan yang memalukan pada perlawanan pertama, pemain IMPAK3 bermula dengan penuh kesungguhan. Walaupun dicemari dengan beberapa insiden penonton (anak-anak) masuk padang, serta dilontar dengan bola (anak tendang bola masuk gelanggang), lantas mengganggu sedikit kelancaran perlawanan, namun ia tidak melunturkan semangat kedua pasukan untuk mencipta kemenangan.
|
Member baru, Khairudin merenung pemain lawan |
Pada awal perlawanan, pemain kelihatan khuatir kerana putaran angin kencang yang tidak menentu dan menyebabkan sukar mengawal bola. Tetapi, syukur pada Allah, awan hujan berarak ke tempat lain lantas membolehkan perlawanan berlangsung tanpa perlu dihentikan.
Perlawanan kali ini dimenangi oleh pasukan IMPAK3 dengan 2-0. Tahniah.
|
Ajis, penuh semangat mengadili perlawanan walaupun langit semakin mendung |
|
Cikgu sekolah sedang menanti rakan servis |
|
Pemain IMPAK3 menanti bola |
|
Cikgu sekolah 'spike' bola dan tiada pemain IMPAK3 nak halang sebab semua lompat tak sampai (hehehe bukan semua) |
|
Tunggu bola nak turun |
|
Cikgu pamerkan gaya servis yang penuh anggun |
|
Manalah bola ni nak pergi. Masuk tempat aku tak? |
|
Jamal mengarahkan rakan agar fokus... |
|
hah.. sapa nak spike (tak de sapa...) |
|
Susunan cikgu agak berlainan.. 4 dan 3 |
|
Mak aii... tingginya bola... |
|
Zainal penuh setia mengira hingga akhir... |
Read more...