Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Use correct WORDS to get the RIGHT IMPACT

>> Saturday, April 16, 2011



Adakalanya kita ingin beri nasihat, adakalanya kita ingin sampaikan maklumat, adakalanya kita ingin menulis... tetapi dari semua nasihat, maklumat, dan tulisan kita, berapa banyak yang benar-benar menyentuh perasaan dan hati manusia.

Sering kali kita hadiri ceramah dan tazkirah, tetapi apabila pulang kita lupa kembali apa yang telah dipesan.

Sesungguhnya untuk memberi impak, kita perlu pada hikmah kebijaksanaan dalam berkata, menulis, dan menyampaikan. Perkataan yang digunakan amat penting.

Jadikan unsur negatif pada perkataan anda kepada positif. Lembutkan bicara dalam ketegasan. Kukuhkan tiang seri coretan didalam kubah penceritaan.

Created by RedSnappa (www.redsnappa.com)
Filmed/directed & edited by Seth Gardner
Music by Giles Lamb 'One to One'


Homage to Historia de un letrero, The Story of a Sign by Alonso Alvarez Barreda
Music by: Giles Lamb http://sonicdesignagency.wordpress.com
Filmed by www.redsnappa.com
Director Seth Gardner

Read more...

Piala Malaysia - Kedah vs Perak

>> Thursday, April 14, 2011

Imbasan Final Piala Malaysia
http://youtu.be/qg0fVimy8t8

Read more...

AJK IMPAK3 - CartaTerkini

>> Friday, April 8, 2011

Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih teliti (dibesarkan)

Senarai AJK IMPAK3 edisi 2010 - Kini dan Selamanya (kecuali AJK Khas)

Senarai Wakil Jalan.

Sebarang perkara berkaitan Blok3 bolehlah dihubungi pihak diatas ... atau untuk kecemasan, sila lihat di sini [Nombor Kecemasan Warga IMPAK3]

Read more...

Tips Mengelak Kecurian dari PDRM

>> Tuesday, April 5, 2011

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis Diraja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin
menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur.
(kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan
mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air diluar rumah terbuka pada tengah malam
(pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini
adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah
untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun, PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu
tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on
and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke
dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan
mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan
menundukkan kepala )

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan
mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan,
beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereke boleh double check
dgn kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada disisi atau pastikan juga
Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam
kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau
sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh
hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian dirumah atau automatik
alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik
bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh
membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai
polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new,
sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (sebenarnya
masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam
(sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci
pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat
mempertahankan diri dari pencuri yg ganas.

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila
keluar(pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita
kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas
penyewa lama simpan kunci pendua.

Read more...

AJK IMPAK3 Sesi 2010

>> Sunday, April 3, 2011


Read more...

Info Sukan: Country Homes Badminton Hall

>> Saturday, April 2, 2011

Lokasi: Country Homes
(Belok Kanan selepas Bulatan selepas Masjid & Sekolah CH. Terus hingga hujung jalan)

Masa: Setiap Hari (10:00pg - 12mlm)
Bayaran: RM ?? X Jam (Bergantung pada hari dan waktu)

Hari Waktu Bayaran sejam
Isnin - Jumaat 10:00am - 5:00pm RM12
5:00pm - 7:00pm RM18
7:00pm - 12:00pm RM22
Sabtu - Ahad / Cuti Umum 9:00am - 6:00pm RM16
6:00am - 12:00pm RM20

"Badan Yang Sihat Menjadikan Akal Sihat"

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP