Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Doa Murah Rezeki

>> Monday, November 7, 2011

Sekadar berkongsi doa buat rakan-rakan dan saudara sekalian...
Moga-moga beroleh manfaat bersama.

Sila dapatkan doa di sini.

Read more...

Surat IMPAK3 kepada Penduduk Parklane Heights - Selepas Dialog Keselamatan

Setelah dialog keselamatan dilaksanakan, maka, AJK telah sepakat untuk laksanakan kawalan keselamatan dengan majoriti penduduk (berdasarkan undian dan survey rumah ke rumah) bersetuju dengan pilihan tersebut.

Dibawah ini merupakan salinan surat yang dihantar bersama borang pendaftaran (jika ada yang masih belum mendaftar dan berminat mendaftar).

Marilah kita sama-sama bersatu dalam memastikan jiran dan anak-anak kita selamat dengan penambahan sistem keselamatan kepada yang sedia ada dirumah kita. Walaupun ia tidak menjamin sepenuhnya, namun ia, InsyaAllah, dapat menyukarkan matlamat perompak dan pencuri dalam menyusahkan hidup kita seharian.

Sila klik untuk gambar yang lebih besar.

Read more...

Senarai AJK Surau Nur As-Sobirin 2010 - 2013

Senarai AJK Surau Nur As Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor. Nama pemeriksa kira-kira 2 tidak ada dalam senarai kerana masalah teknikal. 

Senarai AJK diatas adalah senarai terbaru setelah pengerusi dilantik dan beberapa orang AJK melepaskan jawatan atas sebab-sebab tertentu dan perlantikan diatas telah dilaksanakan segera tanpa melalui satu mesyuarat agong bersama ahli kariah memandangkan keperluan melantik AJK bagi mengurus hal-ehwal surau dengan segera (seperti dimaklumkan).


p/s: saya tertanya-tanya dan juga berharap perlantikan ini adalah sah memandangkan ada beberapa surau yang diketahui melakukan proses serupa tetapi senarai nama AJK di JAIS masih lagi senarai lama dan dianggap tidak sah oleh beberapa ahli kariah. Harapnya kita tidak begitu.

Read more...

Kawalan Keselamatan - Dialog Penduduk dengan AJK IMPAK3

>> Saturday, November 5, 2011

Persediaan sebelum dialog
Pada 10 Julai 2011 (Ahad), satu dialog antara penduduk BTP3 @ Parklane Heights telah diadakan bagi membincangkan masalah penduduk berkaitan keselamatan. Sebelum dialog tersebut diadakan secara terbuka, masalah berkaitan keselamatan telah pun dibincangkan secara 'online' dan pelbagai saranan telah diambil-kira. Malah satu perjumpaan AJK telah dilaksanakan pada 21 May 2011 yang telah dihadiri oleh saudara Zahari (Pengerusi), Adis Sapri (Biro Sukan), Nik Miey, Nazli, Zainal dll (sila baca di sini).

Pendaftaran Penduduk

Perbincangan antara AJK di Wakaf




Barisan AJK IMPAK3
Didalam perjumpaan tersebut, AJK telah sepakat bahawa satu dialog perlu diadakan bagi memastikan segala tindakan AJK mendapat persetujuan majoriti penduduk. Selari dengan itu, maka pada pertengahan bulan Jun 2011, pihak AJK telah mengedarkan satu surat berkaitan perkara terbabit berserta borang undian untuk pilihan penduduk bagi mengatasi masalah keselamatan yang sekian lama menghantui penduduk setempat.

Penduduk yang hadir
Maka pada 10 Julai 2011, dialog penduduk telah diadakan dimana ia dihadiri oleh penduduk dari seluruh jalan dan pelbagai lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun jumlah yang hadir hanyalah 120 orang mewakili 120 buah rumah dari keseluruhan penghuni BTP3 yang menurut statistik oleh pemaju, telah pun dibeli/dimiliki pada kadar 70% (lebih kurang 480 buah rumah). Tinjauan selepas itu mendapati bahawa ada penduduk yang tidak mendapat maklumat, mempunyai tugas/kerja, diluar kawasan, dan perkara lain.

Semasa dialog diadakan, pihak AJK mendapati daripada 120 penghuni yang hadir, hanya 4 orang sahaja yang memilih untuk mengadakan skim rondaan sukarela @ RT, manakala selebihnya memilih kawalan keselamatan menggunakan penyedia perkhidmatan yang bertauliah. Pihak AJK meminta agar yang tidak bersetuju akan kawalan keselamatan tampil kehadapan dan menjelaskan perkara berbangkit bagi memudahkan perbincangan serta sebab-sebab tidak memilih pilihan yang kedua. Namun, sehingga tempoh masa dialog tamat, yang mengeluarkan suara merupakan penghuni yang memilih untuk menggunakan penyedia perkhidmatan keselamatan.
Penduduk yang hadir

Tenang mendengar hujah jiran taulan
AJK juga mengambil kesempatan tersebut untuk memaklumkan akan pilihan AJK yang menjurus kepada menggunakan syarikat bertauliah dari melaksanakan RT. Antara sebab utama ialah pengalaman melaksanakan RT dimana penduduk yang terlibat hanyalah 10% dari keseluruhan penduduk. Malah jumlah itu semakin menurun. Selain itu, para isteri dan ibu yang suami atau anak terlibat dalam RT melahirkan kebimbangan memandangkan RT tidak menjamin keselamatan dan menyediakan insuran berkaitan. Malah, RT hanya terhad pada waktu malam sahaja sedangkan menurut statistik dari PDRM, kecurian juga berlaku pada waktu siang.
Salah seorang penghuni meluahkan pendapat

Maka, keputusan dari dialog tersebut, penduduk sepakat (116 penghuni dari 120 yang hadir) untuk memilih kawalan keselamatan dan menyerahkan pada budi bicara AJK untuk mencari penyedia perkhidmatan yang berbaloi dari segi harga dan kawalannya. Walau bagaimanapun, AJK berhasrat untuk mendapatkan undian majoriti (2/3 atau 80%) dari penduduk. Maka, selaras dengan itu, AJK telah bersetuju untuk pergi rumah ke rumah bagi memaklumkan keputusan dan mendapatkan persetujuan, menyediakan banner dan surat makluman pada penduduk dan pihak berkaitan (MPS, PDRM, etc), serta membuka peluang untuk penduduk mengeluarkan pendapat ke arah memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan (melalui FB).

* Kawalan keselamatan telah dilaksanakan bermula September 2011 (kerana banyak penghuni tiada kerana menyambut hari raya)
* Pihak sekuriti yang dipilih ialah Onilis Sdn Bhd (kalau tak silap) dengan bayaran bulanan sebanyak RM60
* Sehingga kini (pada akhir October 2011), lebih dari 400 penghuni rumah dari keseluruhan 480 penghuni telah menyertai kawalan keselamatan, iaitu lebih dari 80% lantas melebihi dari syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
* AJK telah mengenal pasti kelemahan dan masih dalam proses penambah-baikan. Pihak sekuriti berjanji akan memastikan semuanya stabil dalam masa 3 bulan dari tarikh mula.
* Sebarang aduan atau pendapat boleh disalurkan pada AJK berkaitan.

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP