Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Volleyball - BTP3 versus SMKBTP

>> Wednesday, February 3, 2016

Pada 30 Januari 2016, satu perlawanan bola-tampar antara BTP3 (melalui AJK Sukan KRT Parklane Heights, Saudara Jamal bersama Cikgu Hafiz, Ramadan @ Bob dan Cikgu SMKBTP) dengan pelajar SMKBTP telah diadakan di SMKBTP.

Perlawanan yang seimbang, namun diberi muka oleh pasukan BTP3 (kerana pada mulanya ingat lawan cikgu, tapi lawan anak2 remaja) bagi memberi keyakinan pada remaja-remaja dalam membina semangat untuk mewakili pasukan sekolah dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Pom-pom yang dijanjikan juga tiada menyebabkan semangat pemain pasukan BTP3 agak kendur. Ditambah dengan ketinggian bumbung yang menghalang pemain beraksi seperti biasa dan keadaan gelanggang yang sedikit menggangu permainan, maka perlawanan diakhiri dengan 2 berbalas 1 (2 set kalah dan 1 set menang) dengan mata yang dipungut (25-18, 25-20, 20-25).

Walau bagaimanapun, satu perlawanan ulangan akan diadakan di BTP3 pula dan harapnya kali ini pemain pasukan BTP3 mempersembahkan satu permainan yang luar biasa :).

Sekitar gambar yang diambil semasa perlawanan (klik gambar untuk paparan lebih baik).




 






  















Read more...

Sambutan Maulidur Rasul Surau Nur As Sobirin

>> Monday, February 1, 2016

Alhamdulillah, pada hari ahad, 10 Januari 2016, Surau Nur As-Sobirin telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat surau.

Majlis dimulakan dengan perarakan maulidur rasul yang disertai penduduk dan pelajar tahfiz kawasan sekitar. Perarakan telah dimulakan dari padang utama blok 3 dan diakhiri di Surau. Ia dimulakan pada pukul 7.30 pagi.


Majlis kemudiannya disusuli dengan taklimat dan seterusnya program untuk anak-anak iaitu pertandingan mewarna dan memanah yang dikendalikan oleh Ustaz Lutfi dan AJK surau.

Pertandingan mewarna di khaskan untuk kanak-kanak dari umur 6 - 9 tahun, manakala pertandingan memanah dikhususkan untuk kanak-kanak dan remaja dari umur 10 tahun.

Selepas kedua-dua acara selesai, majlis diteruskan dengan ceramah agama oleh PU (dah lupa nama) dan di akhir majlis, hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan memanah telah disampaikan.

Gambar yang di ambil sekitar majlis (klik gambar untuk paparan lebih besar).




   























p/s: Maaf, tak sempat dengar ceramah untuk dikongsi bersama dan juga lambat upload gambar :)

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP