Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Kemaskini hal berkaitan Geran Hak Milik 24 Oct 2016

>> Monday, October 24, 2016

Salam Semua,

Kemaskini maklumat berkaitan hak milik:
1. Saya telah dapat senarai kaveat sah dari PTG Shah Alam pada hari rabu, 19/10/2016. Senarai itu kini berada pada Pengerusi JK @ Dato Sahban.
2. InsyaAllah, JK akan berbincang untuk tindakan selanjutnya. Dato Sahban cadangkan untuk berjumpa dengan pemaju pada hari dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Dato Sahban belum dapat bercakap dengan pemaju lagi dan sedang berusaha sebaik mungkin.
3. Selepas itu, JK akan ke Bahagian Pinjaman Perumahan berkenaan kaveat pendaftar yang didaftarkan oleh BPP. Jika ada pemilik rumah yang membuat pinjaman kerajaan melalui BPP, harap dapat membantu dengan menyemak dengan BPP berkaitan ini.

Sekian.

S/U JK :)

Baca perkara lain berkaitan bermula dari sini.

Read more...

Kemaskini maklumat berkaitan isu geran hak milik individu BTP3

>> Monday, October 10, 2016

Salam Penduduk BTP3,

Sedikit update berkenaan hal geran tanah.

Pihak JKK telah melakukan semakan di PTG Gombak (2 minggu lepas) dan PTG di Shah Alam pada hari ini (bersamaan 10 Oktober, 2016).

Pihak JKK diwakili oleh Dato' Sahban, En Rasidi & Haszeli telah melakukan semakan di Pejabat PTG (Lower Ground Floor @ TTB). Berikut adalah rentetan peristiwa dan hasilnya secara ringkas.

  1. Perbincangan dengan Pn Aslina (PTG) untuk mendapatkan bantuan nasihat berkenaan urusan semakan. Berdasarkan perbincangan, pihak JKK perlu membuat 3 semakan.
  2. Semakan pertama ialah untuk pengkaveat yang dilakukan melalui bahagian pendaftar tanah. Ini kerana kaveat dilakukan melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dan melibatkan keseluruhan BTP3. Semakan di tingkat bawah (Ground Floor @ TB) tidak berhasil, namun fail rujukan telah di perolehi. Pihak JKK perlu ke pejabat BPP yang terletak di Putrajaya untuk urusan seterusnya.
  3. Semakan kedua ialah melakukan carian rasmi di TTB, PTG Shah Alam bagi kaveat individu. Untuk itu, pihak JKK telah menggunakan hasil kutipan hari itu sebanyak RM100 bagi melakukan 2 carian utama. Hasil dari carian ini, kita telah mendapat maklumat mengenai pengkaveat serta lot yang dikaveatkan. Ia adalah maklumat yang sama yang pernah disampaikan sebelum ini.
  4. Semakan berikutnya ialah untuk melakukan carian sah kaveat (berserta sebab kaveat). Untuk perkara ini juga, pihak JKK telah menggunakan wang hasil kutipan RM100 bagi melakukan carian sah kaveat. Untuk ini, pihak JKK telah dimaklumkan bahawa keputusan itu hanya boleh diambil dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh serahan pencarian, yakni bersamaan 18hb Oktober.
  5. Pihak JKK akan terus berusaha untuk mendapatkan maklumat dan melakukan carian yang diperlukan. Harap penduduk bersabar. InsyaAllah, satu sesi soal-jawap akan dilakukan pada hari dan masa yang akan ditetapkan kelak.

Terima kasih.

Yg berusaha

Setiausaha JKK.

* Jika ingin mengetahui rentetan peristiwa berkaitan hal ini, boleh rujuk di sini.

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP