Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Pandai Sahaja Tidak Mencukupi

>> Wednesday, September 12, 2018

Pandai Sahaja Tidak Mencukupi

Seorang Ayah yang tidak berpendidikan tinggi bersama dengan seorang anaknya yg terpelajar pergi berkemah di suatu tempat...

Mereka mendirikan kemah, lalu pada waktu malam keduanya tertidur...

Beberapa jam kemudian si ayah membangunkan anaknya...

Ayah : cuba kau tenguk di langit, apa yg kau nampak?

Anak : sy melihat jutaan bintang pak...

Ayah : Jadi apakah maksud tu berjuta bintang?

Anak : secara astronomi, ia memberitahu kita bahawa terdapat jutaan galaksi, bintang dan planet di alam semesta...

Si ayah lalu menampar anaknya dengan kuat, lalu berkata :
"Bangang!!! maksudnya, kita punya kemah sudah kena curi.!!!"

Moral : terlalu pandai pun kadang² boleh kasi rosak akal waras kita...😝

Read more...

Eid Adha - Qurban di BTP3

>> Sunday, September 2, 2018

Buat pertama kalinya, KRT Parklane Heights mengadakan aktiviti Qurban sempena Eid Adha 1439H @ 2018. Alhamdulillah, 2 ekor lembu telah berjaya ditumbangkan dengan kerjasama penduduk blok 3 @ Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri.

InsyaAllah, aktiviti ini harapnya serta doa penduduk agar dapat dijadikan satu acara tahunan KRT dengan beberapa penambah-baikan terutamanya bab penyediaan makanan yang agak lewat dan perlahan berbanding di surau yang makanan untuk tetamu telah siap seawal pukul 11pagi.

Apa pun, tahniah pada barisan KRT dan penduduk yang bersama dalam aktiviti ini. Beberapa keping gambar untuk tatapan penduduk semua.

Senyum Abe Mi dapat pegang part yang paling best

Bos Bilal merenung pekerja

Pakar melaksanakan tugas

Pegang jangan lepas

Ikat kuat bang

Jangan tengok bawah, tengok depan

Pegang kuat

Pegang kuat, nak habis dah ni

Dah selesai tugas kita ye

ok dah boleh mula melapah

Pelan pelan buka tali tu

Satu lembu sudah tumbang

Satu sahaja ya

betul ke buat tu

Sarapan dulu ya... walau dah lewat ni..

Masa membawang

Bawang lagi..

Read more...

Kuliah Maghrib Khas oleh Daie Aiman Sufyan @ Surau Nur As Sobirin

>> Monday, January 22, 2018

Kuliah Maghrib Khas oleh Daie Aiman Sufyan @ Surau Nur As Sobirin pada Ahad, 21 Januari 2018

Bahagian 1
  Bahagian 2

Read more...

Update terkini isu geran - berdasarkan maklumat pada Januari 04, 2018

>> Thursday, January 4, 2018


Salam Sejahtera Penduduk Parklane Heights,

Alhamdulillah, kita mendapat perkhabaran gembira dari Dato Salleh dan Jiran jalan 3/33 kita (saya rahsiakan namanya).

Fail pembahagian lot kita akan dihantar ke pejabat MB Selangor untuk mendapat perkenan exco dan seterusnya kelulusan exco dan MB pada esok hari, 05th Januari 2018. Jika mengikut tempoh normal urusan, seharusnya kelulusan akan diperolehi dalam masa seminggu paling cepat, InsyaAllah.

Paling tidak, insyaAllah, kita tetap akan dapat dalam bulan ini juga. Dari situ, pemaju akan meneruskan pada langkah seterusnya, iaitu urusan MOT. Jika diizinkan Allah, dan tiada halangan, insyaAllah, kita akan beroleh geran masing-masing pada tahun ini juga.

Posting berkaitan yang lepas boleh dilihat bermula di sini.

Read more...

Kuliah Maghrib & Subuh Januari 2018 - Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri

>> Monday, January 1, 2018



Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP