Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Kawalan Keselamatan Parklane Heights - Mesyuarat Pertama 21/5/2011

>> Wednesday, August 17, 2011

Zainal sedang mencatit sesuatu
Ketenteraman penduduk Parklane Heights terganggu lagi. Setelah sekian lama senyap sunyi hingga kawalan RT yang pernah diusahakan penduduk menyepi hampir 2 tahun, kecurian dan rompakan kembali menghantui penduduk. Mengikut statistik yang diberikan oleh PDRM cawangan BTP, kawasan kita telah dimasuki pencuri hampir pada 10 kali. Paling teruk berlaku pada bulan 4 dimana 3 buah rumah dirompak dalam masa tidak sampai beberapa jam pun. Kawasan panas (Jln 3/26, 3/34, 3/35, 3/43) sering menjadi sasaran perompak malam. Manakala jalan lain (ditengah) sering menjadi pilihan pencuri kecil-kecilan. Dari beratus ringgit hinggalah berpuluh ribu menjadi santapan para perompak. Perkara ini telah menyebabkan persatuan penduduk mencari alternatif kepada RT yang sukar mendapat sambutan penduduk memandangkan ramai yang bekerja serta ramai yang lebih rela menyulam mimpi di rumah masing-masing.

Nazli memberi pendapat sambil diperhatikan rakan seperjuangan
Maka, setelah mendapat pelbagai pendapat serta melakukan penyelidikan, kawalan keselamatan telah diutarakan dan menjadi pilihan utama penduduk. Mesyuarat yang diadakan ini bertujuan mencari kata sepakat untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin. Keputusan pada mesyuarat tersebut ialah satu dialog akan diadakan bersama penduduk untuk mendapat kata putus penduduk serta memberi penerangan lanjut akan pilihan persatuan penduduk.



Ketenangan AJK persatuan dalam menangani isu

Tok ketua mendengar pendapat sambil dibantu oleh saudara Nik Mi

Yang hadir: Zahari (Tok Ketua), Zainal Yasin (AJK Keselamatan), Adis (Biro Sukan), Haszeli @ Kuikui, Merong, Nazli, SU Persatuan, Bendahari Persatuan, Nik Miey dan beberapa orang lagi yang tidak dapat diingati...

Read more...

Kuliah Dhuha - 17 May 2011

>> Monday, August 15, 2011

Alhamdulillah, dalam mengejar duniawi, penduduk Parklane Heights tidak pernah lupa akan tanggungjawap serta keperluan dalam mencari bekalan akhirat. Pada hari selasa, sempena dengan cuti hari wesak, warga Parklane Heights dan BTP2 telah dihidangkan dengan satu sesi tazkirah bertempat di Surau Nur As-Sobirin. Banyak ilmu yang dikongsi dan dipelajari yang disampaikan oleh Ustaz Halim dalam tazkirah bertajuk "Dunia diuji Syurga dinikmati".

Jemaah dari BTP2, BTP3, BTP4, dan sekitar





Moga berterusan hendaknya.

Read more...

Kejohanan Futsal BTP3 - 30 April 2011

>> Monday, August 8, 2011

"Mula2 ko pusing sini, lepas tu ko pusing sana" - Adis
Satu kejohanan futsal remaja telah diadakan di Parklane Heights bagi mencungkil bakat terpendam yang dimiliki oleh remaja kita. Kejohanan ini merupakan satu usaha AJK Sukan Persatuan IMPAK3 iaitu saudara Adis Sarpri. Setinggi tahniah diucapkan pada beliau kerana telah berjaya mengelola satu aktiviti yang cukup berjaya dan bermanfaat ini. Tidak dilupakan pada adik mohsin dan rakan2 yang turut membantu. Serta pada AJK IMPAK3 yang turut menyumbang tenaga dan buah fikiran dan penduduk IMPAK3 yang turut sama dalam menjayakan aktiviti ini. Moga kita dapat usahakan lagi di kemudian hari.


Apa la yg pak cik adis tunjuk ni... pening aku

"Pandai la ko kelentong bebudak ni adis" - Tok Ketua

Barisan pemberita dan juru gambar sedang nikmati air sementara menanti perlawanan bermula

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP