|
Zainal sedang mencatit sesuatu |
Ketenteraman penduduk Parklane Heights terganggu lagi. Setelah sekian lama senyap sunyi hingga kawalan RT yang pernah diusahakan penduduk menyepi hampir 2 tahun, kecurian dan rompakan kembali menghantui penduduk. Mengikut statistik yang diberikan oleh PDRM cawangan BTP, kawasan kita telah dimasuki pencuri hampir pada 10 kali. Paling teruk berlaku pada bulan 4 dimana 3 buah rumah dirompak dalam masa tidak sampai beberapa jam pun. Kawasan panas (Jln 3/26, 3/34, 3/35, 3/43) sering menjadi sasaran perompak malam. Manakala jalan lain (ditengah) sering menjadi pilihan pencuri kecil-kecilan. Dari beratus ringgit hinggalah berpuluh ribu menjadi santapan para perompak. Perkara ini telah menyebabkan persatuan penduduk mencari alternatif kepada RT yang sukar mendapat sambutan penduduk memandangkan ramai yang bekerja serta ramai yang lebih rela menyulam mimpi di rumah masing-masing.
|
Nazli memberi pendapat sambil diperhatikan rakan seperjuangan |
Maka, setelah mendapat pelbagai pendapat serta melakukan penyelidikan, kawalan keselamatan telah diutarakan dan menjadi pilihan utama penduduk. Mesyuarat yang diadakan ini bertujuan mencari kata sepakat untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin. Keputusan pada mesyuarat tersebut ialah satu dialog akan diadakan bersama penduduk untuk mendapat kata putus penduduk serta memberi penerangan lanjut akan pilihan persatuan penduduk.
|
Ketenangan AJK persatuan dalam menangani isu |
|
Tok ketua mendengar pendapat sambil dibantu oleh saudara Nik Mi |
Yang hadir: Zahari (Tok Ketua), Zainal Yasin (AJK Keselamatan), Adis (Biro Sukan), Haszeli @ Kuikui, Merong, Nazli, SU Persatuan, Bendahari Persatuan, Nik Miey dan beberapa orang lagi yang tidak dapat diingati...
0 comments:
Post a Comment