Catatan
Mesyuarat mengenai hakmilik tanah individu BTP Badan Bertindak -
Gabungan Persatuan Penduduk BTP/GVP/Desa Puteri (BB) yg diwakili oleh
Dato Pengerusi, Dato Tim. (Dato Dr. Kamarul Rashdan Saleh) dan En.
Suhaini Misnan (SU Task Force Tanah dan
Geran BB) bersama Jab. Perumahan Negara (JPN), Pej. Tanah & Galian,
Pej. Tanah Daerah Gombak (PTD) dan Pemaju 1 Mac 2012.
Kami
lihat isu hak milik individu ini semakin mendapat perhatian untuk
diselesaikan apabila ada campurtangan dari MB Selangor dan Kerajaan
Pusar melalui JPN. Kami akan memantu isu ini dan akan adakan mesyuarat
setiap 3 bulan untuk memastikan segala janji-janji pihak berwajib dan
Pemaju dilaksanakan.
Disediakan oleh:
Y Bhg. Dato Ahmad Saleh, Badan Bertindak - Pengerusi Persatuan Penduduk BTP/GVP/Desa Puteri
1. Blok 2 & 26
PTD baru menerima deraf pelan hakmilik dari Pemaju.
Deraf pelan telah disediakan oleh Juruukur Berlesen.
PTD akan sediakan Borang 5A dalam masa 3 minggu.
PTD akan berikan kepada Pemaju.
Pemaju akan bayar premium tanah dalam +-RM500,000 bagi setiap Blok terbabit kepada PTD dalam masa 1 bulan.
2. Blok 28
Kes HSD (Title Sementara) vs Final Title.
Menurut PTD, ada 2 Title atas sekeping tanah. HSD perlu dibatalkan telebih dahulu.
Pemaju belum mendapat notis hal pengeluaran Final Title dari PTG.
PTD akan menyemak dengan PTG dimana Final Title berada.
Pemaju akan serahkan HSD kepada PTD.
PTD akan bawa HSD kepada PTD untuk pengeluaran Final Title.
Setelah siap, PTG (Bhgn. Hakmilik) akan keluarkan notis kepada Pemaju.
3. Blok 1B, 4, 8, 18, 27 & 29
Masalah Borang 12A yang telah dikemukakan oleh Pemaju kepada PTD telah diisikan dengan tulisan tangan.
PTD meminta Pemaju mengisi semula dengan menggunakan cetakan komputer.
Pemaju perlu bayar cukai kepada PTD.
Selepas cukai dibayar dari RM4,000 hingga RM9,000 berjumlah RM60,000
dari Pemaju, PTD akan mengemukakan permohonan Pemaju kepada PTG untuk
pengeluaran Final Title.
4. Blok 3
PTD perlu 2 minggu untuk cari dokumen asal (fail hilang).
Jika dokumen asal tidak dijumpai, PTD akan guna dokumen salinan.
PTD meminta Pemaju hantar Borang 12A yang baru dan membayar cukai kepada PTD.
Selepas itu, PTD akan hantar permohonan Pemaju kepada PTG untuk pengeluaran Final Title.
5. Blok 6
Qualified Title (QT) telah dikeluarkan dan Individual Title telah dikeluarkan.
Pemaju perlu memohon 'Blanket Consent' dari EXCO Negeri Selangor dalam masa 2 bulan.
6. Blok 15 & 19
Dokumen yang diperlukan sudah siap.
PTD akan kemukakan kepada PTG untuk proses pengeluaran 'Strata Title' bagi unit-unit low/medium cost appartment.
7. Blok 1A, 7, 14, 19 & 21
Individual Title sudah dikeluarkan bagi Blok 1A, 7 & 14.
Pemilik rumah/appartment perlu selesaikan bayaran tertunggak kepada
Pemaju (maintenance etc jika ada) sebelum mendapat hakmilik individu
masing-masing.
Pemaju akan mohon 'Blanket Consent' untuk Blok 19 & 21 dalam masa 2 bulan.
8. Blok 22
Ada masalah lanjutan Pajakan Tanah 99 bagi Blok-blok apartment.
Strata Title yang telah diluluskan hanya mempunyai tempoh pajakan mengikut baki tempoh pajakan tanah.
Pemaju perlu selesaikan tempoh pajakan tanah terlebih dahulu.
Pemaju akan mengemukakan permohonan berkenaan lanjutan pajakan kepada PTD.
Blok 29A (Lilywood dan Rosewood) dan Blok 20 (Pinewood)
Tidak ada dalam
perbincangan. Kami akan semak pada mesyuarat akan datang.
Mahfuz Jaffar
Setiausaha, Badan Bertindak - Gabungan Persatuan Penduduk BTP/GVP/Desa Puteri.
* Disalin dari FB Bandar Tasik Puteri dan di 'post' kan oleh saudara Mahfuz Jaafar.
** Isu Pajakan 99 Tahun. Blok
yang Individual Title (Geran Individu) telah dikeluarkan, mereka
bolehlah memohon kepada Pemaju dengan sedikit fi dikenakan. Pajakan
Tanah 99 Tahun akan bermula dari Individual Title tersebut dikeluarkan
Read more...