Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Isu Geran Hak Milik BTP3 - Perkembangan Terkini

>> Saturday, March 14, 2015

Terlebih dahulu saya pohon ribuan kemaafan kerana tidak berkesempatan memberi maklum akan perkembangan terkini berkaitan isu geran hak milik individu penduduk BTP3 @ Parklane Heights.

Untuk makluman, isu ini telah sampai ke tahap yang baru di mana penghakiman telah pun di perolehi. Rentetan perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Satu mesyuarat di antara peserta class-action telah diadakan di Surau Nur As-Sobirin pada awal bulan Disember, 2014 yang dipengerusikan oleh Dato Salleh dan dihadiri beberapa peserta class-action termasuk saya, Dato Syaaban, dan Shahril.

2. Di dalam mesyuarat tersebut, Dato Salleh telah memberi penjelasan akan perkembangan terkini berkaitan perkata ini. Antaranya ialah:

  • Status kewangan Pemaju @ Rawang Lakes Sdn Bhd masih ditahap kritikal. Berdasarkan kedudukan kewangan akaunnya, berlaku lonjakkan kerugian dari RM21.4 juta (2012) ke RM31.8juta (2013). Ini menimbulkan kerisauan terutamanya pada penduduk BTP3 memandangkan ada yang telah pun bermastautin lebih dari 10 tahun dan melewati usia lanjut (rujuk gambar dibawah)

Penyata kewangan pemaju pada 2013

  • Peguam telah memaklumkan bahawa telah dapat satu Court Order untuk Pemaju dan pihak defendan lain agar menyerahkan geran individu terbabit dalam masa yang telah ditentukan iaitu 1.5 tahun (BTP3), 1 tahun (1B dan BTP2).
  • Tetapi, agak menghairankan kerana hingga kini masih tiada sebarang update dari pihak peguam.
  • Malah, rujukan ke pihak berkaitan menimbulkan keraguan kerana status BTP3 yang masih ditahap sama hingga kehari surat tersebut diperolehi (rujuk dibawah)

Status terkini(2014) di PTD)

  • Malahan, menurut Dato Salleh serta penerangan Dato Syaaban, berulang-kali perkara ini dirujuk kepada peguam melalui panggilan telefon dan surat untuk pengesahan dan diajak berbincang, tetapi tidak berbalas.
  • Oleh itu, didalam mesyuarat tersebut, peserta class-action telah bersetuju untuk menghantar satu surat secara formal berserta tandatangan peserta (dengan nada tegas) agar peguam menjalankan tanggungjawap sebagai peguam kepada anak guamnya dengan penuh profesionalisma. Andaikata tiada balasan, maka, peserta telah sebulat suara untuk memajukan perkara tersebut kepada pihak berkaitan hal peguam (rujuk dibawah)

Sebahagian kandungan surat kepada peguam

3. Setelah surat dihantar, peguam akhirnya memberi maklum-balas (rujuk dibawah)
Sebahagian penghakiman
4. Namun begitu, peserta class-action tidak berpuas-hati kerana tempoh yang diberi terlalu lama terutamanya untuk BTP3 serta terdapat klausa yang membenarkan tempoh itu dilanjutkan lagi. Oleh itu, peserta telah bertemu sekali lagi dan bermesyuarat. Hasil dari mesyuarat tersebut, peserta sebulat suara memaklumkan kepada peguam untuk menggunakan budi-bicara agar peserta mendapat sepertimana dijanjikan terdahulu.

Untuk lebih maklumat berkaitan perkara ini dari awal, tuan/puan boleh rujuk di sini http://parklaneheights-btp3.blogspot.com/2014/06/isu-hak-milik-tanah-maklumat-terkini.html

Jika tuan/puan inginkan salinan surat atau apa jua bukti terbabit, boleh memaklumkan melalui comment di post ini dengan memaklumkan nama anda, no. rumah dan no. jalan, emel dan nombor telefon untuk saya sharekan secara terus.

Dari Peserta Class-Action.

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP