Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Maklumat terkini sehingga 21 November 2016

>> Monday, November 21, 2016

Salam Warga BTP3. Berikut ada lah ringkasan maklumat terkini berkenaan hal geran hak milik BTP3.

1. 19/10 - Pihak JKK telah mendapatkan maklumat carian kaveat dari PTG Shah Alam. Berdasarkan dokumen carian sah, tiada maklumat yang dapat membantu melainkan nama dan IC pengkaveat.
2. 03/11 - Pihak JKK telah berkunjung ke LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dan pihak LPPSA telah memaklmumkan bahawa surat kebenaran (Letter of concent) untuk proses hak milik telah diberi kepada pemaju.
3. 17/11 - JKK telah bermesyuarat dengan pegawai undang2 Rawang Lakes (Pn Gayatri). Berikut adalah intipati mesyuarat:
1. Pemaju telah memajukan surat permohonan penyingkiran kaveat yang dilakukan oleh 2 individu (Pn Wan Zuzilawati dan Pn Siti Rohayu) ke PTG Shah Alam.
2. PTG Shah Alam sepatutnya telah pun memulakan proses tersebut dan dijangka akan selesai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat dihantar (22 Oktober 2016).
3. Proses hak milik akan diteruskan selepas PTG selesai pembatalan kaveat.
4. Melalui surat dari LPPSA, pemaju tiada masalah dan dibenarkan meneruskan proses.
5. Pada 21/11 (hari ini) - Wakil pemaju sepatutnya mendapat maklumat berkaitan isu kaveat itu.
4. Melalui surat kaveat yang dimiliki pemaju, dapat disimpulkan bahawa kedua pengkaveat melakukan kaveat tersebut atas sebab munasabah. Perkara ini akan diterangkan kemudian pada perjumpaan bersama penduduk nanti.
5. JKK bercadangan akan mengadakan sesi penerangan kpd pemilik2 rumah Btp3 dlm masa terdekat ini.

Sekian. Harap Maklum.

Yang berusaha
JKKK

Baca perkara lain berkaitan bermula dari sini.

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP