Isu Pecah Hak Milik Tanah - Seperti yang dimaklumkan oleh AJK Badan Bertindak BTP
>> Thursday, February 9, 2012
Proses penukaran hak milik tanah (dari Master title kepada Individual title) blok 3 ada masalah. Sepatutnya kita dapat hak milik tanah selepas beberapa bulan atau 2 - 3 tahun lepas dapat kunci, tapi disebabkan keCUAIan pejabat tanah dan ke-MALAS-an pemaju (serta ramai penduduk tidak ambil kisah), maka sehingga kini kita belum dapat hak milik tanah lagi. Dimaklumkan oleh ahli Jawatankuasa Bertindak Penduduk BTP, pelan tanah hilang (Pejabat Tanah Gombak tak ada ... sama ada hilang atau pemaju tak submit). Itu sahaja.... blok lain InsyaAllah akan dapat... blok 3 kena banyak berdoa :)
Selain itu, seperti dibangkitkan, ada masalah kaveat tanah di PTD berdasarkan 3 peng-kaveat seperti dinyatakan dibawah:
- No. Perserahan : 43148/2003 Kaveat pendaftar atas tanah didaftarkan pada 28 Oktober 2003 jam 03:21:16 petang (no rujukan fail : 58498/2003/03(7) Shahiruddin
- No. Perserahan : 43123/2003 Kaveat pendaftar atas tanah didaftarkan pada 3 Disember 2003 jam 09:14:25 pagi (no rujukan fail : 9366/2003/03 Normadiah
- No. Perserahan : 48124/2003 Kaveat pendaftar atas tanah didaftarkan pada 3 Disember 2003 jam 09:15:07 pagi (no rujukan fail : 8753/2003/03(7) Mohd Rasidi
1 comments:
Utk maklumat - Blok-blok perumahan di Bandar Tasik Puteri yg masih dicagarkan kepada bank-bank utk tujuan pembiayaan pembinaan oleh Pemaju. Butir-butir mengenai tanah 8 buah blok-blok perumahan berkenaan yg cajnya belum habis dibayar oleh Pemaju adalah spt berikut: 007 Southern Bank Bhd 24/4/2004 RM20,000,000 - 009 Maybank 13/3/2001 45,000,000 - 011 Southern Bank Bhd 1/11/2002 5,000,000 - 013 Southern Bank Bhd 12/4/2004 8,320,000 - 016 Maybank 28/6/2006 35,000,000 - 017 Eon Bank Bhd 6/11/2007 4,000,000 - 018 Eon Bank Bhd 9/06/2008 3,500,000 - 019 Maybank 20/10/2010 125,000,000 Jumlah hutang belum habis bayar oleh Pemaju = RM245,820,000 - Butir-butir diatas telah di perolehi dari maklumat Syarikat yg di keluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Salinan maklumat Syarikat Pemaju, iaitu Rawang Lakes Sdn Bhd, Bagi Tahun kewangan berakhir 31/12/2010. (maklumat dikemaskini oleh sahabat kita melalui FB Parklane Heights)
Post a Comment