Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Mesyuarat PIBG 2012 - 1

>> Sunday, February 12, 2012

Alhamdulillah, pada hari sabtu, 11 Februari, 2012 (bersamaan dengan 18 Rabiul'awal 1433H), penulis hadir pada mesyuarat PIBG kali pertama. Yelah, anak pun baru pertama kali bersekolah rendah di SKBTP1. Mesyuarat bermula lewat 40 minit dari jadual kerana ucapan panjang berjela dari YDP sesi 2011/2012, Pengetua Sekolah, dan Wakil dari PDG.

Disini adalah PIBG 2012/2013 yang dilantik:
Yang Di Pertua: Mohd Anuar Mohd Shariff
Naib YDP: Syed Ahmad Firdaus
Setiausaha: Mazly Shah (Guru)
Bendahari: Munaliza Zailan (Guru)
AJK Ibu Bapa: 1. Dayang Nafisah
                          2. Zulhisham Abdullah
                          3. Mahadzir Ibrahim
                          4. Fauziah
                          5. Mohd Shafawi

AJK Guru: Mohd Safrin Mohd Jamel
                   Izham Hasni Mad Isa
                   Wan Norizan Wan Yusoff
                   Mariyati Mohamed Mokhtar
                   Wan Khatijah Wan Ibrahim

Pemeriksa Kira-kira: Syed Sallehuddin (wakil ibu-bapa)
                                    Zayyat Aqbal Abdul Rahman (wakil guru)

Tahniah pada mereka (walaupun tak tahu kredibiliti mereka terutama yang suka bagi cadangan tutup je)


Komen penulis (sebagai seorang bapa yang hadir):

  1. Mungkin kita tidak sedari, effective meeting hanya mengambil masa tidak lebih dari sejam, tetapi mesyuarat tersebut berlangsung agak lama dan kesukaran menyuarakan pendapat kerana penulis tidak rasa mesyuarat dikendalikan dengan cara yang sempurna dan terlampau lama serta ada beberapa isu yang sepatutnya dibincangkan oleh AJK sahaja.
  2. Penulis tidak mengenali semua yang dilantik, malah latar belakang pendidikan, pekerjaan, pengalaman, dan sebagainya. Bukan hendak menafikan atau menidakkan perlantikan mereka, tetapi kerana tidak diberi masa yang cukup untuk kenali mereka serta penerangan mereka yang cukup ringkas, membuatkan penulis hanya mengikut sahaja. Malahan, penulis juga tidak mengenali biodata ibu-bapa yang hadir. Kenapa ini penulis tekankan. Penulis masih ingat akan kata salah seorang calon Naib YDP iaitu "tidak penting siapa kita, tetapi seharusnya yang dilantik berusaha kearah mencapai matlamat ...". Penulis kurang bersetuju dengan perkara ini kerana ia begitu penting sebagaimana pentingnya kita memilih calon ketika pilihanraya, begitulah juga ketelitian serta kepentingan dalam memilih AJK PIBG kerana mereka ini sepatutnya merupakan calon yang berwawasan dan berpandangan jauh (bukan setakat nak pastikan anak-anak lulus periksa je) kerana mereka perlu merencana pendidikan dan pertumbuhan fizikal dan rohani anak-anak yang belajar disitu. Amanah yang dipegang adalah cukup tinggi. Penulis agak kesal terutama apabila melihat salah seorang AJK yang dilantik hanya tahu mengutarakan penutupan cadangan tanpa memberi idea-idea bernas. Jadi, besarlah harapan penulis agar mesyuarat agung AJK yang akan datang, senarai calon bersama kredibiliti mereka (termasuk yang sekarang dan sumbangannya) di senaraikan terlebih dahulu. Selepas itu, ibu-bapa diberi masa seminggu untuk memikirkan calon terbaik dan kemudian undian boleh dilaksanakan sama ada melalui surat jawapan atau melalui online (banyak soal-jawap online percuma disediakan). Sementara menanti, AJK bagi sesi sebelumnya perlu memegang sementara jawatan tersebut hingga dilantik.
  3. Mengapa penulis menulis didalam blog sedangkan YDP dah minta cakap? Perlu diingat akan ketika itu, waktu sudah pun masuk 1.30ptg. Adakah perlu perbahasan sebegini lagi yang hanya memanjangkan masa dan membuatkan orang lain rasa letih? Yang penting, komen ini adalah untuk penambah-baikan agar fungsi PIBG tidak sekadar nampak biasa dan norma. Sebagai persatuan yang diamanahkan menggerakkan satu institusi pendidikan bersama-sama pendidik, persatuan tersebut perlu mempunyai azam, tekad, dan tenaga kerja yang mampu dan hebat.
  4. Penulis berpengalaman sebagai setiausaha dan juga presiden, dan lazimnya minit mesyuarat akan dikeluarkan selepas mesyuarat tamat bersama resolusi yang dipersetujui. Tapi agak menghairankan apabila dimaklumkan oleh salah seorang AJK dilantik (juga AJK yang lepas) bahawa minit mesyuarat diberikan pada tahun depan sebelum mesyuarat agung. Agak menghairankan dan agak lucu bunyinya. Kemudian penulis ada bertanyakan cara mudah untuk berikan pendapat atau complaint dan jawapan yang diterima ialah diminta bersemuka dengan wakil. Penulis cakap, saya tak kenal mereka dan saya tidak ada nombor telefon mereka, bagaimana nak hubungi? Kalau dapat pun, saya bekerja isnin - jumaat, 6.30pg keluar rumah dan 7.30 mlm sampai rumah, maka mana sempat nak jumpa hatta pengetua pun? Hari sabtu dan ahad pula penulis berjumpa supervisor (kerana penulis masih belajar) atau penuh dengan pelbagai aktiviti. Maka, penulis cadangkan agar senarai AJK yang baru ini diedarkan pada ibu-bapa bersama nombor telefon (waktu sesuai hubungi) dan email mereka bagi memudahkan komunikasi dan mempercepatkan. Penulis juga mencadangkan PIBG menggunakan kaedah terkini yakni blog, FB, twitter, dan email selain dari kaedah konvensional dalam penyampaian maklumat (komunikasi). AJK tersebut memaklumkan akan memanjangkan pada PIBG. Harapnya diterima pakailah.


Itu sahaja komen penulis.

p/s: Penulis harap mereka yang terasa dengan kenyataan penulis, baca dah faham apa yang penulis maksudkan dan terima secara positif kerana penulis mahukan bukan setakat terbaik untuk 2012, tetapi terbaik yang berterusan tidak kira siapa selepas ini. Legasi yang terbaik dan sentiasa menambah-baik perlu diteruskan.

1 comments:

Anonymous,  February 22, 2012 at 1:20 PM  

Assalamualaikum Tuan,

Saya Muhammad Anuar Shariff (YDP SKBTP).
No Tel : 013 342 2228.
email : muhammad.anuar@rhbinvestmentbank.com

Saya terima komen saudara. Insyaallah jika ada masa kita dapat berjumpa dan boleh berkongsi bersama utk menambah baik kan peranan PIBG supaya lebih cemerlang dan dihormati.

Terima Kasih.

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP