Makluman terkini isu geran hak milik individu BTP3 - Seperti dibincangkan pada 03 September 2016
>> Saturday, September 3, 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penduduk BTP3,
Seperti diwar-warkan pada media sosial (FB dan Whatsapp), satu sesi penerangan berkenaan status hak milik individu BTP3 telah diadakan bertempat di Surau Nur As-Sobirin, BTP2 pada 03 September 2016.
Ini merupakan sebahagian nota pada hari tersebut:
- Sesi tersebut dihadiri sebanyak ~55 pemilik rumah BTP3 (dari keseluruhan ~400 buah rumah)
- Dato' Salleh memberi penerangan mengenai status terkini - BTP3 masih di langkah 10 dari 24 langkah untuk mendapatkan geran. Manakala BTP2 sudah hampir dapat dengan keluarnya MOT.
- Proses mendapat geran terhenti kerana adanya 'caveat' difailkan oleh 2 orang penduduk. Satu AJK Bertindak telah ditubuhkan untuk melakukan pencarian dan mendapatkan maklumat 2 orang penduduk tersebut dari Pejabat Tanah dan Galian di Shah Alam bagi berbincang untuk proses pembatalan fail 'caveat' dan seterusnya memastikan proses pindah milik dari geran 'Master' kepada geran individu dapat diteruskan.
Berikut adalah AJK Bertindak:
- Pengerusi: Dato' Sahban
- Setiausaha: Nurul Haszeli (akan dibantu oleh saudara Fakrurazi)
- Bendahari: Kol. (B) Mohd Rasidi.
Oleh itu, diharap penduduk dapat berkongsi maklumat pada yang terlibat dan sama-sama membantu bagi membolehkan usaha ini berjaya.
Sebarang maklumat boleh dikongsi dengan AJK diatas atau hubungi saya melalui comment di blog ini.
Sekian
Yang menjalankan tugas,
Haszeli
03 September 2016
* Untuk yang belum ketahui - boleh rujuk di post yang lepas.
0 comments:
Post a Comment