Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Makluman terkini isu geran hak milik individu BTP3 - Seperti dibincangkan pada 03 September 2016

>> Saturday, September 3, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penduduk BTP3,

Seperti diwar-warkan pada media sosial (FB dan Whatsapp), satu sesi penerangan berkenaan status hak milik individu BTP3 telah diadakan bertempat di Surau Nur As-Sobirin, BTP2 pada 03 September 2016.

Ini merupakan sebahagian nota pada hari tersebut:

  • Sesi tersebut dihadiri sebanyak ~55 pemilik rumah BTP3 (dari keseluruhan ~400 buah rumah)
  • Dato' Salleh memberi penerangan mengenai status terkini - BTP3 masih di langkah 10 dari 24 langkah untuk mendapatkan geran. Manakala BTP2 sudah hampir dapat dengan keluarnya MOT.
  • Proses mendapat geran terhenti kerana adanya 'caveat' difailkan oleh 2 orang penduduk. Satu AJK Bertindak telah ditubuhkan untuk melakukan pencarian dan mendapatkan maklumat 2 orang penduduk tersebut dari Pejabat Tanah dan Galian di Shah Alam bagi berbincang untuk proses pembatalan fail 'caveat' dan seterusnya memastikan proses pindah milik dari geran 'Master' kepada geran individu dapat diteruskan.

Berikut adalah AJK Bertindak:

  • Pengerusi: Dato' Sahban
  • Setiausaha: Nurul Haszeli (akan dibantu oleh saudara Fakrurazi)
  • Bendahari: Kol. (B) Mohd Rasidi.

Oleh itu, diharap penduduk dapat berkongsi maklumat pada yang terlibat dan sama-sama membantu bagi membolehkan usaha ini berjaya.

Sebarang maklumat boleh dikongsi dengan AJK diatas atau hubungi saya melalui comment di blog ini.

Sekian

Yang menjalankan tugas,
Haszeli
03 September 2016

* Untuk yang belum ketahui - boleh rujuk di post yang lepas.

3 comments:

Anonymous,  September 14, 2016 at 12:17 AM  

Blok 26 bawah btp berapa ye? Loan bank da lulus, tp kena hold sebab bank nk kan geran individu title. Dah dekat setahun menunggu responds dr pemaju. Bila call ckp tgh prepare doc..setahun juga jwpn yg sama. Dekat sapa sy nak ajukan permasalahan sy ni..?

masteramuk September 16, 2016 at 7:25 AM  

Saudara,
Maaf kerana lambat response. Blok 26 juga BTP 26. Kalau tidak silap saya, BTP26 sudah sepatutnya mendapat individu title. Saudara boleh semak dengan JKKP (atas pejabat POS) atau direct dengan pejabat tanah gombak. Dan sepatutnya bank tak hold melainkan saudara bukan pembeli pertama.

nia November 7, 2016 at 3:31 PM  

Sy pembeli kedua.. mcm mana sy nk selesaikan masalah sy ni...

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP