Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Jom ke Surau

>> Monday, May 7, 2012

Ayuh semua sahabat seagama... jom kita ke surau/madrasah/masjid..
Moga iklan ini memberi manfaat pada anda seperti mana pada saya...



Dapat iklan ni dari FB kawan......

Read more...

Statistik Pembayaran Keselamatan - Untuk Perhatian.

>> Wednesday, April 18, 2012

Setakat ini, Alhamdulillah, hanya sebuah rumah berjaya dipecah masuk tetapi sempat diambil tindakan dari tuan rumah mengalami kerugian yang lebih teruk. Dan rumah tersebut merupakan antara yang tidak membayar keselamatan. Sepatutnya hanya 100 buah rumah sahaja yang mereka perhatikan. Namun atas harapan akan ada kesedaran akan kepentingan ini, maka rumah yang tidak bayar juga diperhatikan.

Untuk jumlah pengawal.. untuk menambah ke-efisien, perlu ada penambahan pembayar untuk membolehkan mereka membayar lebih pengawal. Kos yang dikira juga ialah kos secara 'assumption'. Mengikut input dari wakil syarikat keselamatan, jumlah sebenar ialah kurang dari 120 buah rumah yang bayar. Dan sebab itu mereka terpaksa menggunakan pengawal yang muda dan kurang pengalaman untuk membolehkan mereka membayar gaji.

Oleh itu, TERIMA KASIH pada 100 orang yang masih berterusan membayar. Anda telah membantu dan telah membuktikan betapa anda MENYAYANGI jiran anda. Alhamdulillah, rumah anda dan rumah jiran anda yang pulang ke kampung juga dijaga kerana sifat prihatin anda yang TERUS MEMBAYAR. TERUSKAN budi anda. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Read more...

Biografi Ringkas Empat Imam Mazhab

>> Monday, April 16, 2012

Ringkasan Biografi Empat Imam Mazhab:

Imam Abu Hanifah [80H/699M– 150H/767M]
Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu’man bin Tsabit bin Zhuthi’ lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh ‘Abdullah ibn Mas‘ud radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh. Imam Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Al-Quran.

Imam Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada ketika itu bernama as-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang terpendam dalam Imam Abu Hanifah, as-Sya’bi menasihatkan beliau agar lebih banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan dorongan as-Sya’bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadith dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya. Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada as-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.

Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadith (pemimpin umat dalam bidang hadith), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadith kepada orang ramai. Berkata Shu’bah: “Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku juga ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama.”

Imam Abu Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah di Iraq. Beliau kemudiannya turun ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu lagi. Di sana beliau duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah. Kemudiannya Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar agama di Makkah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Thalib ra, Abu Hurairah ra dan ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan Imam Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadith dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Makkah.

Imam Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir dan Ja’afar as-Shadiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Imam Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar. Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan tersebut.

Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Di samping mengajar, Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili antara dua tanggungjawabnya ini sebagaimana diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyadh: “Adalah Imam Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”

Pada zaman pemerintahan Abbasid, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta beliau menjawat kedudukan Qadhi kerajaan. Imam Abu Hanifah berkeras menolak tawaran itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar Imam Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai menyebabkan al-Mansur terpaksa membenarkan Imam Abu Hanifah meneruskan pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula mengerumuni penjara untuk belajar bersama Imam Abu Hanifah, al-Mansur merasakan kedudukannya mula tergugat. Al-Mansur merasakan Imam Abu Hanifah perlu ditamatkan hayatnya sebelum terlambat.

Akhirnya Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M (ketika berusia 68 tahun), yakni ketika berada di dalam penjara disebabkan termakan makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan mereka membolehkan ajarannya diteruskan kepada masyarakat. Antara anak-anak murid Imam Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M) dan Muhammad bin Hasan as-Syaibani(189H/805M).

-----------------------------------------------------------------------------

Imam Malik bin Anas [93H/711M – 179H/796M]
Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Sejarah keluarganya juga ada hubung kait dengan ilmu Islam, dengan datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadith daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri r.a.

Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah s.a.w. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya. 

Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu. Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah s.a.w di dalam kitabnya al-Muwattha’. Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam as-Syafi‘e sebagai: “Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Quran melainkan kitab Imam Malik ini.”

Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam as-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai: “Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang imam dalam bidang hadith dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam Malik?”

Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talaq yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talaq ke atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama’ daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaqnya). Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.

Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun 179H/796M, ketika berusia 86 tahun (Hijrah). Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).

-----------------------------------------------------------------------------

Imam Muhammad bin Idris as-Syafi’e [150H/767M – 204H/820M]
Imam as-Syafi’e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafi’e memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.

Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafi’e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut. Imam as-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam as-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana beliau telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi‘ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.

Imam as-Syafi’e dibawa menghadap kepada Khalifah Harun ar-Rashid dan beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam as-Syafi’e membela dirinya dengan pelbagai hujjah agama menyebabkan Harun ar-Rashid tertarik kepadanya. Imam as-Syafi’e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Imam as-Syafi’e telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam as-Syafi’e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.

Pada tahun 188H/804M, Imam as-Syafi’e berhijrah pula ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Makkah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa memberi kelas pengajian agama. Imam as-Syafi’e kini mula diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan di antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh para penduduk Makkah kerana kebiasaan mereka adalah kepada ajaran Imam Malik bin Anas.

Pada tahun 194H/810M, Imam as-Syafi’e kembali semula ke Baghdad dan beliau dipelawa untuk memegang jawatan Qadhi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam as-Syafi’e kemudian kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana pula. Daud bin ‘Ali pernah ditanya akan kelebihan Imam as-Syafi’e berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau menjawab: “As-Syafi‘e mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan i’tiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa’ ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang.”

Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafi’e menghadapi banyak tentangan daripada para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam as-Syafi’e telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu Imam as-Syafi’e juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.

Imam as-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijrah). Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M).

-----------------------------------------------------------------------------

Imam Ahmad bin Hanbal [164H/781M – 241H/856M]
Imam Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Qur’an sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad bin Hanbal meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya.

Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk berguru dengan Imam as-Syafi‘e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, ‘Umar ibn ‘Abdullah ibn Khalid, ‘Abdurrahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn ‘Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan ‘Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama.

Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar. Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata: “Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.”

Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mu’tazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu. Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut. Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri. Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid telah terpaksa membebaskan beliau dari penjara. Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun Hijriah.

Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu “al-Musnad” yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah s.a.w dan atsar para sahabat r.a. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu ‘Abdullah bin Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.


Dipetik terus dari FB Harlina Binti Ahya Ulumuddin

Read more...

Forum 'Kembali Kepada Fitrah'

>> Saturday, April 7, 2012

Masjid Bandar Tasik Puteri akan mengadakan forum 'Kembali Kepada Fitrah' seperti dilampirkan dibawah ini.

Forum "Kembali Kepada Fitrah"
Lokasi: Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
Tarikh: 12 April 2012
Masa: Bermula 7.30 mlm (Solat Maghrib berjemaah)
Panel: Sham Kamikaze dan Catriona Bahrin Ross


Semua orang dijemput hadir.

Read more...

Kuliah Dhuha Bersama YBhg Dato' Ustaz Ismail Kamus

>> Saturday, March 31, 2012

Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas, 24 March 2012, surau Nur As-Sobirin (Blok 2 & 3, Bandar Tasik Puteri, Rawang) telah mengadakan satu kuliah dhuha yang disampaikan oleh salah seorang ulama' tersohor negara iaitu YBhg Dato' Ismail Kamus. Kuliah yang dianjur dan diuruskan oleh AJK Wanita Surau Nur As-Sobirin ini dihadiri oleh masyarakat pelbagai lapisan umur dari sekitar Bandar Tasik Puteri.

YBhg Dato' Ismail Kamus menyampaikan kuliah berkaitan Dunia dan Kematian. Antara nota yang sempat dicatit ialah:

  • Dunia
    • Ibarat air laut, makin diminum makin haus
    • Tempat berdukacita. Oleh itu, digalakkan kita risau akan posisi diakhirat kelak.
    • Tempat ingati masa hadapan. Maka selalulah kenangkan mati sekurang-kurangnya 70 kali.
      “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa." (Riwayat Abdullah Bin Abbas)
  • Pesan Nabi - Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
    Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

  • 3 Jenis Musibah
    • Musibat yang datang dari Allah S.W.T sebagai balasan atas perbuatan kita
    • Musibat yang diturunkan Allah S.W.T sebagai asas pendidikan kepada kita
    • Musibat yang diturunkan sebagai dugaan Allah Taala untuk menguji tahap keimanan kita
  • Doa yang dianjurkan oleh Ustaz untuk diamalkan setiap pagi dan malam (3 kali)
    • Doa yang dianjurkan untuk memohon keselamatan dan tidak diambil nyawa pada hari tersebut
    Dibacakan doa diatas bersama dengan ayat dibawah setiap pagi selepas solat subuh
    فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ
    "Now, if they turn away (O Muhammad) say: Allah sufficeth me. There is no God save Him. In Him have I put my trust, and He is Lord of the Tremendous Throne." - Surah At-Taubah:129
  • Doa yang dianjurkan untuk memastikan tidur dalam keadaan selamat
    - Dibacakan doa yang pertama bersama Bismillah 21 kali

  • 3 Jenis Nikmat
    • Nikmat kerana balasan atas kebaikan dari Allah S.W.T 
    • Nikmat sebagai cubaan dari Allah Taala 
    • Nikmat sebagai bala dari Allah Taala
  • Memohon keberkatan rezeki
    اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي
“Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii wa athil hayaatii ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii"
"Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkahilah karunia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku).” - Dari  Ad Du’a minal Kitab was Sunnah, Karya Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qohthoni hafizhohullah


  • Menceritakan akan kesabaran Nabi Ayub A.S. yang diduga dengan pelbagai kesusahan namun masih bersyukur dan bersabar.



  • Sebaik-baik orang yang bersabar ialah sabar tika tidak menerima dan sebaik-baik orang yang menerima ialah yang berkongsi dengan orang yang lain. Dalam hal ini, Ustaz mengingatkan para hadirin akan sikap masyarakat yang pentingkan diri dalam mengerjakan umrah dan haji iaitu mereka yang berkeupayaan dan melakukan haji dan umrah berulang kali sedangkan mereka itu sepatutnya berkongsi kemampuan itu dengan menaja pihak yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan haji atau umrah. Dengan ini, bukan sahaja mendapat ganjaran berganda, tetapi juga membantu yang lain menunaikan rukun islam ke-5 dan juga sekurang-kurangnya berupaya melakukan umrah. Dalam hal ini, Ustaz menceritakan akan peribadi Saidina Ali yang berkongsi sekeping roti dengan beberapa orang.



  • Menceritakan perihal dua orang sahabat yang berebut untuk mati - Saad dan Hanzalah


  • Sepatutnya umat ISLAM tidak takut mati tetapi takut akan persiapan mati yang tidak sempurna


  • Abdullah bin Mas'ud pernah ditanyakan mengenai cara untuk menerangkan hati. Abdullah bin Mas'ud menjelaskan bahawa untuk menerangkan hati ada empat cara iaitu:
    • Membaca Al-Quran
    • Jika tidak mampu, dengar orang baca Al-Quran
    • Atau mendengar percakapan (tazkirah/ceramah) agama
    • Dan jika masih tidak mampu menenangkan hati, maka pohonlah pada Allah agar ditukar hati itu kerana itu bukan lagi hatimu.

  • Sekian... Hanya itu sahaja yang mampu saya catitkan.

    Dibawah ini merupakan sebahagian dari gambar yang diambil ketika majlis tersebut.
    (*klik gambar untuk besarkan gambar)
    Pendaftaran Ahli Kariah Surau

    Suhaimi dan anak-anak

    Ustaz tengah berbicara serius

    Pendaftaran ahli kariah surau

    Orang kuat surau

    Anak-anak yang bakal tahfiz

    Ustaz Ismail Kamus berbicara

    Ustaz Ismail Kamus berpesan

    Hadirin khusyuk

    Hadirin khusyuk
    ** Sebarang kesilapan pada penulisan mahupun ayat yang diletakkan, harap dimaklumkan melalui ruangan komen. TQ

    Read more...

    2 hari 2 Kuliah Beribu Barakah

    >> Friday, March 23, 2012

    InsyaAllah buat julung kalinya dalam sejarah surau di Bandar Tasik Puteri, Surau Nur As-Sobirin akan mengadakan kenduri santapan rohani yang penuh dengan curahan ilmu dari dua orang tokoh selebriti yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat hiburan qalbu. Kenduri yang akan diadakan selama dua hari berturut-turut ini akan menampilkan penyampai tazkirah terkenal iaitu Dato' Dr. Ismail Kamus dan Prof Dr Hj Mohd Nazari Ismail bagi membincangkan topik yang cukup relevan dengan kehidupan masyarakat kini.

    Butiran majlis adalah seperti berikut:
    1. Kuliah Dhuha 1
    Tarikh: Sabtu, 24 March 2012 (bersamaan dengan 1 JamadilAwal 1433H)
    Tempat: Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
    Masa: 10:00 pagi (bermula)
    Penceramah: Dato' Dr Ismail Kamus
    Tajuk: - (akan dikemaskini)

    2. Kuliah Dhuha 2

    Tarikh: Ahad, 25 March 2012 (bersamaan dengan 2 JamadilAwal 1433H)
    Tempat: Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
    Masa: 9:00 pagi (bermula)
    Penceramah: Prof Dr Hj Mohd Nazari Ismail (Jab. Dasar & Strategi Perniagaan, UM)
    Tajuk: Krisis Kewangan global - Punca, Kesan, dan Penyelesaiannya

    Semua warga BTP dijemput hadir untuk sama-sama menghiburkan rohani dan mendapat ilmu yang bermanfaat, InsyaAllah.

    Read more...

    Sun Equinox - Calculation on the Movement of the Sun

    >> Tuesday, March 20, 2012

    The application show the sun movement and best to calculate sun position of the day. It will ease in getting the right time and direction of the sun thus helping to calculate certain things.

    Sun Equinox for BTP

    The application can be view at SunCalc

    Read more...

    Ceramah Perdana Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari

    >> Friday, March 16, 2012

    InsyaAllah, Madrasah As-Siddiqqin sekali lagi akan menampilkan tetamu istimewa dalam siri-siri memakmurkan rumah Allah. Kali ini, satu ceramah perdana akan diadakan dan akan menampilkan seorang tokoh ulama yang terkenal. Marilah kita semua memeriahkan majlis ilmu yang penuh barakah ini dan bersama-sama meraikan tetamu dengan penuh semangat.

    Maklumat adalah seperti berikut.
    Tajuk: -
    Tarikh: Ahad, 18 Mac 2012 (bersamaan dengan 25 RabiulAkhir 1433H)
    Penceramah: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
    Tempat: Madrasah As-Siddiqqin, Bandar Tasik Puteri
    Waktu: Bermula pada pukul 7:00 malam
                - Solat Maghrib berjemaah + Ceramah Perdana


    Kehadiran anda amatlah dialu-alukan.

    * Setakat itu sahaja maklumat yang dapat saya ingati.

    Read more...

    Maklumat Terkini Berkenaan Hak Milik Tanah Penduduk BTP

    >> Wednesday, March 7, 2012


    Catatan Mesyuarat mengenai hakmilik tanah individu BTP Badan Bertindak - Gabungan Persatuan Penduduk BTP/GVP/Desa Puteri (BB) yg diwakili oleh Dato Pengerusi, Dato Tim. (Dato Dr. Kamarul Rashdan Saleh) dan En. Suhaini Misnan (SU Task Force Tanah dan Geran BB) bersama Jab. Perumahan Negara (JPN), Pej. Tanah & Galian, Pej. Tanah Daerah Gombak (PTD) dan Pemaju 1 Mac 2012.

    Kami lihat isu hak milik individu ini semakin mendapat perhatian untuk diselesaikan apabila ada campurtangan dari MB Selangor dan Kerajaan Pusar melalui JPN. Kami akan memantu isu ini dan akan adakan mesyuarat setiap 3 bulan untuk memastikan segala janji-janji pihak berwajib dan Pemaju dilaksanakan.

    Disediakan oleh:
    Y Bhg. Dato Ahmad Saleh, Badan Bertindak - Pengerusi Persatuan Penduduk BTP/GVP/Desa Puteri

    1. Blok 2 & 26
    PTD baru menerima deraf pelan hakmilik dari Pemaju.
    Deraf pelan telah disediakan oleh Juruukur Berlesen.
    PTD akan sediakan Borang 5A dalam masa 3 minggu.
    PTD akan berikan kepada Pemaju.
    Pemaju akan bayar premium tanah dalam +-RM500,000 bagi setiap Blok terbabit kepada PTD dalam masa 1 bulan.

    2. Blok 28
    Kes HSD (Title Sementara) vs Final Title.
    Menurut PTD, ada 2 Title atas sekeping tanah. HSD perlu dibatalkan telebih dahulu.
    Pemaju belum mendapat notis hal pengeluaran Final Title dari PTG.
    PTD akan menyemak dengan PTG dimana Final Title berada.
    Pemaju akan serahkan HSD kepada PTD.
    PTD akan bawa HSD kepada PTD untuk pengeluaran Final Title.
    Setelah siap, PTG (Bhgn. Hakmilik) akan keluarkan notis kepada Pemaju.

    3. Blok 1B, 4, 8, 18, 27 & 29
    Masalah Borang 12A yang telah dikemukakan oleh Pemaju kepada PTD telah diisikan dengan tulisan tangan.
    PTD meminta Pemaju mengisi semula dengan menggunakan cetakan komputer.
    Pemaju perlu bayar cukai kepada PTD.
    Selepas cukai dibayar dari RM4,000 hingga RM9,000 berjumlah RM60,000 dari Pemaju, PTD akan mengemukakan permohonan Pemaju kepada PTG untuk pengeluaran Final Title.

    4. Blok 3
    PTD perlu 2 minggu untuk cari dokumen asal (fail hilang).
    Jika dokumen asal tidak dijumpai, PTD akan guna dokumen salinan.
    PTD meminta Pemaju hantar Borang 12A yang baru dan membayar cukai kepada PTD.
    Selepas itu, PTD akan hantar permohonan Pemaju kepada PTG untuk pengeluaran Final Title.

    5. Blok 6
    Qualified Title (QT) telah dikeluarkan dan Individual Title telah dikeluarkan.
    Pemaju perlu memohon 'Blanket Consent' dari EXCO Negeri Selangor dalam masa 2 bulan.

    6. Blok 15 & 19
    Dokumen yang diperlukan sudah siap.
    PTD akan kemukakan kepada PTG untuk proses pengeluaran 'Strata Title' bagi unit-unit low/medium cost appartment.

    7. Blok 1A, 7, 14, 19 & 21
    Individual Title sudah dikeluarkan bagi Blok 1A, 7 & 14.
    Pemilik rumah/appartment perlu selesaikan bayaran tertunggak kepada Pemaju (maintenance etc jika ada) sebelum mendapat hakmilik individu masing-masing.
    Pemaju akan mohon 'Blanket Consent' untuk Blok 19 & 21 dalam masa 2 bulan.

    8. Blok 22
    Ada masalah lanjutan Pajakan Tanah 99 bagi Blok-blok apartment.
    Strata Title yang telah diluluskan hanya mempunyai tempoh pajakan mengikut baki tempoh pajakan tanah.
    Pemaju perlu selesaikan tempoh pajakan tanah terlebih dahulu.
    Pemaju akan mengemukakan permohonan berkenaan lanjutan pajakan kepada PTD.

    Blok 29A (Lilywood dan Rosewood) dan Blok 20 (Pinewood) 
    Tidak ada dalam perbincangan. Kami akan semak pada mesyuarat akan datang.

    Mahfuz Jaffar
    Setiausaha, Badan Bertindak - Gabungan Persatuan Penduduk BTP/GVP/Desa Puteri.
    * Disalin dari FB Bandar Tasik Puteri dan di 'post' kan oleh saudara Mahfuz Jaafar.
    ** Isu Pajakan 99 Tahun. Blok yang Individual Title (Geran Individu) telah dikeluarkan, mereka bolehlah memohon kepada Pemaju dengan sedikit fi dikenakan. Pajakan Tanah 99 Tahun akan bermula dari Individual Title tersebut dikeluarkan 

    Read more...

    Notis Gangguan Bekalan Air Wilayah Hulu Selangor

    HULU SELANGOR

    Tempoh
    14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm
    *SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.
     
    Sebab Gangguan
    Lain-lain  
    Keterangan
    Kerja-kerja penggantian â��Sluice Valveâ�� bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian â��Delivery Sluice Valveâ�� bersaiz 1350mm pam no.7 dan â��Suction Butterfly Valveâ�� bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan â��Feederâ�� elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).  
    Kawasan Terlibat
    1. Kg. Sg. Serai, Kuang
    2. Kg. Kuang, Kuang
    3. Kg. Cempedak, Kuang
    4. Kg. Gombak, Kuang
    5. Kg. Baru, Kundang
    6. Kg. Melayu Sri, Kundang
    7. Kg. Permata, Kundang
    8. Taman Desa, Kundang
    9. Bandar Baru Kundang
    10. Kundang Jaya, Kundang
    11. Taman Rajmat Jaya, Kundang
    12. Taman Tasik Biru, Kundang
    13. Kawasan Industri, Kundang
    14. Keseluruhan Bandar Tasik Puteri
     
    Maklumat Tambahan
    Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".   
     
    Rujuk Sini Utk Keterangan Lanjut: http://www.syabas.com.my/syabas/index.php/disruption

    Read more...

    PROGRAM KOMUNITI BANDAR TASIK PUTERI BERSAMA KETUA POLIS DAERAH GOMBAK (OCPD , ACP Tuan Abd. Rahim Abdullah)

    >> Tuesday, March 6, 2012

    POLIS.jpg


    Tarikh: 10 Mac 2012 (Sabtu)
    Masa: 8:30 Pagi
    Tempat: Padang Blok 6 (Dahlia) BTP sebagai HOST

    Aturcara Majlis:
    8:30 Pagi acara bermula
    - Ketibaan Ketua Polis Daerah Gombak bersama rombongan berserta Penduduk BTP/GVP/DP
    - Senam Ria
    - Demonstrasi Seni Bela Diri (TKD/Tempur Tanpa Senjata/Silat di Ketuai oleh Master Suleiman)
    - Minum Pagi (Percuma)
    - Taklimat Jabatan Kesihatan (COMBI)
    - Ucapan Ketua Polis Daerah Gombak
    - Program Serentak:
    -- Pertemuan Komuniti dengan Pegawai Polis IPD Gombak (Kaunter-kaunter aduan/perbincangan mengikut Blok akan disediakan)
    --> Gotong Royong Kawasan (jika ada)
    --> Gotong Royong memasak (PERKEP dan Kaum Ibu BTP)
    - Penggulungan Isu Keselamatan oleh Ketua Polis Daerah Gombak
    - Makan Tengahari & Solat Zohor
    - Bersurai

    Pameran:
    - Polis Trafik
    - Rakan Cop
    - My Distress
    - Sand Blasting Kenderaan (PERCUMA / TERHAD PADA SIAPA YANG AWAL)
    - Alat Keselamatan Rumah dan Kenderaan (Swasta dan Penduduk BTP)

    Read more...

    Pendaftaran Ahli Kariah

    >> Saturday, February 25, 2012

    Kepada semua penduduk Bandar Tasik Puteri (tidak kira di blok mana pun anda), jika belum daftar atau ingin memasukkan maklumat baru, anda bolehlah mendaftar sebagai ahli kariah Masjid BTP / Surau (surau di blok anda). Sila dapatkan borang di Masjid atau surau anda atau dapatkan di sini.

    *klik gambar untuk paparan lebih jelas


    atau

    dapatkan borang anda secara online disini - borang kariahsurau.pdf

    * Jangan lupa - borang dihantar ke surau (pada AJK surau) atau boleh diserahkan terus ke pejabat Nazir Masjid.

    Read more...

    Ceramah Perdana Ustaz Azhar Idrus di Klang

    >> Friday, February 24, 2012

    Kepada sesiapa yang kebetulan berada disana atau ada masa dan kemampuan untuk kesana, dijemput. Maklumat lanjut seperti dibawah ini.

    * klik gambar untuk paparan lebih jelas.

    Read more...

    Friendly Comparative Religion

    Kepada yang berminat untuk memudahkan berdakwah atau menambah ilmu.

    * klik untuk besarkan...

    Read more...

    COMMUNITY POLICING BERSAMA KETUA PASUKAN GERAKAN KHAS

    >> Wednesday, February 22, 2012

    COMMUNITY POLICING BERSAMA KETUA PASUKAN GERAKAN KHAS :
    Pada kebiasaannya, program 'community policing' diadakan bersama Ketua Polis/Ketua Polis Daerah. Akan tetapi, selaku pegawai tinggi polis dan sebagai salah seorang penduduk di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, SAC Dato' Abd. Rashid bin Harun yang merupakan Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) mengambil langkah proaktif dengan mengadakan satu perjumpaan bersama penduduk di kediaman beliau, baru-baru ini.

    Inisiatif Dato' Abd. Rashid dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat khususnya dalam soal keselamatan dikagumi dan tindakan beliau ini adalah satu teladan yang perlu dicontohi oleh pegawai polis yang lain. Sumber : Youtube MetronewsKL- BeritaBTP-Program Komuniti Penduduk BTP Bersama Polis



    Sumber: FB PDRM

    Read more...

    Gambar dan dakwah

    >> Monday, February 20, 2012


    * klik gambar untuk paparan lebih jelas

    Read more...

    Karnival Jom Heboh di Masjid BTP

    InsyaAllah, mulai 24 February hingga 25 Februari 2012, marilah kita sama-sama meramaikan serta memeriahkan karnival Jom Imarah masjid @ Masjid BTP, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Butiran ada di gambar yang dilampirkan. Butiran dibawah ada dipamerkan di surau-surau di sekitar BTP. Mungkin terlupa atau tidak sempat, maka butiran tidak di maklumkan melalui FB mahupun laman web surau tertentu. Maka, untuk memudahkan, moderator upload butiran yang diedarkan di Masjid.

    Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.



    p/s: Moderator menukar perkataan Imarah kepada Heboh untuk menarik perhatian anak-anak muda yang selama ini suka sangat pergi Jom Heboh TV3 :).. tiada niat lain melainkan itu sahaja.

    Read more...

    Kelas Pengajian Al-Quran dan Qiroati

    >> Wednesday, February 15, 2012

    InsyaAllah, bermula 6hb Februari 2012 (minggu lepas), salah seorang penduduk Parklane Heights @ BTP3, memberikan satu lagi alternatif kepada ibu-bapa yang mencari-cari tempat yang boleh dihantar untuk anak-anak mereka belajar Al-Quran. Berikut adalah maklumatnya.

    Tempat Pengajian (Kelas): No. 3, Jalan 3/36, Bandar Tasik Puteri


    Hari: Isnin - Khamis


    Waktu: 8:00mlm - 9:00mlm


    Bayaran: Pendaftaran - RM15 (seorang)
                    Bulanan - RM35 (seorang)
                    Bayaran bulan pertama - RM50

    Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ustaz Lutfi di 013-2757499

    * Juga boleh datang ke rumah mengikut masa yang sesuai :)

    Read more...

    Mesyuarat PIBG 2012 - 1

    >> Sunday, February 12, 2012

    Alhamdulillah, pada hari sabtu, 11 Februari, 2012 (bersamaan dengan 18 Rabiul'awal 1433H), penulis hadir pada mesyuarat PIBG kali pertama. Yelah, anak pun baru pertama kali bersekolah rendah di SKBTP1. Mesyuarat bermula lewat 40 minit dari jadual kerana ucapan panjang berjela dari YDP sesi 2011/2012, Pengetua Sekolah, dan Wakil dari PDG.

    Disini adalah PIBG 2012/2013 yang dilantik:
    Yang Di Pertua: Mohd Anuar Mohd Shariff
    Naib YDP: Syed Ahmad Firdaus
    Setiausaha: Mazly Shah (Guru)
    Bendahari: Munaliza Zailan (Guru)
    AJK Ibu Bapa: 1. Dayang Nafisah
                              2. Zulhisham Abdullah
                              3. Mahadzir Ibrahim
                              4. Fauziah
                              5. Mohd Shafawi

    AJK Guru: Mohd Safrin Mohd Jamel
                       Izham Hasni Mad Isa
                       Wan Norizan Wan Yusoff
                       Mariyati Mohamed Mokhtar
                       Wan Khatijah Wan Ibrahim

    Pemeriksa Kira-kira: Syed Sallehuddin (wakil ibu-bapa)
                                        Zayyat Aqbal Abdul Rahman (wakil guru)

    Tahniah pada mereka (walaupun tak tahu kredibiliti mereka terutama yang suka bagi cadangan tutup je)


    Komen penulis (sebagai seorang bapa yang hadir):

    1. Mungkin kita tidak sedari, effective meeting hanya mengambil masa tidak lebih dari sejam, tetapi mesyuarat tersebut berlangsung agak lama dan kesukaran menyuarakan pendapat kerana penulis tidak rasa mesyuarat dikendalikan dengan cara yang sempurna dan terlampau lama serta ada beberapa isu yang sepatutnya dibincangkan oleh AJK sahaja.
    2. Penulis tidak mengenali semua yang dilantik, malah latar belakang pendidikan, pekerjaan, pengalaman, dan sebagainya. Bukan hendak menafikan atau menidakkan perlantikan mereka, tetapi kerana tidak diberi masa yang cukup untuk kenali mereka serta penerangan mereka yang cukup ringkas, membuatkan penulis hanya mengikut sahaja. Malahan, penulis juga tidak mengenali biodata ibu-bapa yang hadir. Kenapa ini penulis tekankan. Penulis masih ingat akan kata salah seorang calon Naib YDP iaitu "tidak penting siapa kita, tetapi seharusnya yang dilantik berusaha kearah mencapai matlamat ...". Penulis kurang bersetuju dengan perkara ini kerana ia begitu penting sebagaimana pentingnya kita memilih calon ketika pilihanraya, begitulah juga ketelitian serta kepentingan dalam memilih AJK PIBG kerana mereka ini sepatutnya merupakan calon yang berwawasan dan berpandangan jauh (bukan setakat nak pastikan anak-anak lulus periksa je) kerana mereka perlu merencana pendidikan dan pertumbuhan fizikal dan rohani anak-anak yang belajar disitu. Amanah yang dipegang adalah cukup tinggi. Penulis agak kesal terutama apabila melihat salah seorang AJK yang dilantik hanya tahu mengutarakan penutupan cadangan tanpa memberi idea-idea bernas. Jadi, besarlah harapan penulis agar mesyuarat agung AJK yang akan datang, senarai calon bersama kredibiliti mereka (termasuk yang sekarang dan sumbangannya) di senaraikan terlebih dahulu. Selepas itu, ibu-bapa diberi masa seminggu untuk memikirkan calon terbaik dan kemudian undian boleh dilaksanakan sama ada melalui surat jawapan atau melalui online (banyak soal-jawap online percuma disediakan). Sementara menanti, AJK bagi sesi sebelumnya perlu memegang sementara jawatan tersebut hingga dilantik.
    3. Mengapa penulis menulis didalam blog sedangkan YDP dah minta cakap? Perlu diingat akan ketika itu, waktu sudah pun masuk 1.30ptg. Adakah perlu perbahasan sebegini lagi yang hanya memanjangkan masa dan membuatkan orang lain rasa letih? Yang penting, komen ini adalah untuk penambah-baikan agar fungsi PIBG tidak sekadar nampak biasa dan norma. Sebagai persatuan yang diamanahkan menggerakkan satu institusi pendidikan bersama-sama pendidik, persatuan tersebut perlu mempunyai azam, tekad, dan tenaga kerja yang mampu dan hebat.
    4. Penulis berpengalaman sebagai setiausaha dan juga presiden, dan lazimnya minit mesyuarat akan dikeluarkan selepas mesyuarat tamat bersama resolusi yang dipersetujui. Tapi agak menghairankan apabila dimaklumkan oleh salah seorang AJK dilantik (juga AJK yang lepas) bahawa minit mesyuarat diberikan pada tahun depan sebelum mesyuarat agung. Agak menghairankan dan agak lucu bunyinya. Kemudian penulis ada bertanyakan cara mudah untuk berikan pendapat atau complaint dan jawapan yang diterima ialah diminta bersemuka dengan wakil. Penulis cakap, saya tak kenal mereka dan saya tidak ada nombor telefon mereka, bagaimana nak hubungi? Kalau dapat pun, saya bekerja isnin - jumaat, 6.30pg keluar rumah dan 7.30 mlm sampai rumah, maka mana sempat nak jumpa hatta pengetua pun? Hari sabtu dan ahad pula penulis berjumpa supervisor (kerana penulis masih belajar) atau penuh dengan pelbagai aktiviti. Maka, penulis cadangkan agar senarai AJK yang baru ini diedarkan pada ibu-bapa bersama nombor telefon (waktu sesuai hubungi) dan email mereka bagi memudahkan komunikasi dan mempercepatkan. Penulis juga mencadangkan PIBG menggunakan kaedah terkini yakni blog, FB, twitter, dan email selain dari kaedah konvensional dalam penyampaian maklumat (komunikasi). AJK tersebut memaklumkan akan memanjangkan pada PIBG. Harapnya diterima pakailah.


    Itu sahaja komen penulis.

    p/s: Penulis harap mereka yang terasa dengan kenyataan penulis, baca dah faham apa yang penulis maksudkan dan terima secara positif kerana penulis mahukan bukan setakat terbaik untuk 2012, tetapi terbaik yang berterusan tidak kira siapa selepas ini. Legasi yang terbaik dan sentiasa menambah-baik perlu diteruskan.

    Read more...

    Takwim SKBTP1

    >> Friday, February 10, 2012

    Perhatian kepada ibu-bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di SKBTP1. Berikut adalah jadual persekolahan bagi Sesi 2012 (jika tiada sebarang perubahan). Sila klik gambar untuk paparan yang lebih baik.


    Read more...

    Isu Pecah Hak Milik Tanah - Seperti yang dimaklumkan oleh AJK Badan Bertindak BTP

    >> Thursday, February 9, 2012

    Proses penukaran hak milik tanah (dari Master title kepada Individual title) blok 3 ada masalah. Sepatutnya kita dapat hak milik tanah selepas beberapa bulan atau 2 - 3 tahun lepas dapat kunci, tapi disebabkan keCUAIan pejabat tanah dan ke-MALAS-an pemaju (serta ramai penduduk tidak ambil kisah), maka sehingga kini kita belum dapat hak milik tanah lagi. Dimaklumkan oleh ahli Jawatankuasa Bertindak Penduduk BTP, pelan tanah hilang (Pejabat Tanah Gombak tak ada ... sama ada hilang atau pemaju tak submit). Itu sahaja.... blok lain InsyaAllah akan dapat... blok 3 kena banyak berdoa :)

    Selain itu, seperti dibangkitkan, ada masalah kaveat tanah di PTD berdasarkan 3 peng-kaveat seperti dinyatakan dibawah:

    1. No. Perserahan : 43148/2003 Kaveat pendaftar atas tanah didaftarkan pada 28 Oktober 2003 jam 03:21:16 petang (no rujukan fail : 58498/2003/03(7) Shahiruddin 
    2. No. Perserahan : 43123/2003 Kaveat pendaftar atas tanah didaftarkan pada 3 Disember 2003 jam 09:14:25 pagi (no rujukan fail : 9366/2003/03 Normadiah
    3. No. Perserahan : 48124/2003 Kaveat pendaftar atas tanah didaftarkan pada 3 Disember 2003 jam 09:15:07 pagi (no rujukan fail : 8753/2003/03(7) Mohd Rasidi

    Read more...

    Sambutan Maulud Nabi S.A.W (Surau Nur As-Sobirin, BTP)

    Alhamdulillah, pada hari Isnin, 6hb Februari, 2012, bersamaan 13 RabiulAwal 1433H (Nabi S.A.W dilahirkan pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah), satu perarakan bagi menyambut dan mengingati junjungan besar umat ISLAM, iaitu Nabi Muhammad S.A.W telah diadakan di Blok 3 & 2, Bandar Tasik Puteri. Sambutan yang disusun-atur oleh Surau Nur As-Sobirin telah berlangsung dengan baik tanpa masalah besar (dengan izin Allah S.W.T)


    Disini, penulis ingin berkongsi beberapa perkara yang sempat penulis catit disepanjang perjalanan sambutan tersebut termasuk dari sesi ceramah. Pada hari tersebut, Alhamdulillah, hadirin telah disaji dengan 3 ceramah dan diselang-seli dengan selawat keatas Nabi S.A.W.

    Tazkirah 1 - Ustaz Fathur Rahman

    • Memaklumkan akan kelewatan penceramah jemputan (Ustaz Ghazali Omar) yang disebabkan oleh kesilapan komunikasi. Input dari kejadian ini yang dapat penulis simpulkan ialah kita hanya manusia biasa hatta yang selalu pergi ke surau juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Oleh itu, janganlah kita merasa riak dengan amalan kita kerana amalan yang dilakukan dengan disertakan dengan perasaan riak dan angkuh hanya menyebabkan ia ditolak Allah S.W.T

    "Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai .... Dan mereka diberi petunjuk pada ucapan yang baik, dan mereka diberi petunjuk pada jalan Yang Terpuji." (Al-Hajj: 23-24)

    “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?” (Surah an-Nur : 21)

    Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
    (Ali Imraan: 133-134) 

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". (Al-Baqarah: 24)


    • Memperingatkan betapa kita semua adalah dari keturunan Nabi, iaitu Nabi Adam A.S. Diluar kelaziman, Ustaz Fathur Rahman memperihalkan mengenai kisah Nabi Adam A.S. daripada saat baginda dijadikan Allah S.W.T.


    • Berkongsi pendapat mengenai Takliq Talaq yang diucapkan pengantin lelaki selepas akad nikah waktu ini ketika menyentuh kisah akan Nabi Adam A.S. yang dipinta Allah membayar mahar sebelum diizinkan Allah untuk baginda menyentuh Hawa. Mahar tersebut ialah selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W. Pada pandangan berdasarkan pengetahuannya, Ustaz mengatakan bahawa ucapan takliq tidak ada dalam ISLAM. Pada pandangan peribadi penulis, ada dua perkara disini, iaitu takliq walaupun tiada dalam ISLAM, ia merupakan satu langkah untuk memperingatkan para suami akan tanggungjawabnya apabila bergelar suami dan juga memberi-tahu si isteri akan haknya didalam rumah-tangga. Perkara kedua ialah mengenai ucapan selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W yang sering kita lupakan mahupun berdiam diri ketika nama Baginda S.A.W disebut.


    • Ustaz juga menyentuh akan tarikh 12 RabiulAwal Tahun Gajah (Surah Al-Fiil), iaitu tarikh Rasul S.A.W dilahirkan.


    Tazkirah 2 - Ustaz Junaid

    • Mengajak hadirin menzahirkan rasa syukur pada Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk bersama-sama meraikan hari keputeraan Rasul S.A.W dan mengajak agar terus menerus mengingati dan mengamalkan sunnah Baginda S.A.W

    “Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata:
    Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadamu dari umatmu, ALLAH s.w.t mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan ALLAH mengangkat baginya sepuluh darjat dan ALLAH menolak atasnya yang seumpamanya.” - Hadith Riwayat Ahmad

    • Menyentuh mengenai kekuatan orang mukmin iaitu yang mempunyai nilai-nilai yang kuat dan Al-Amin (salah satu sifat Rasul S.A.W selari dengan firman Allah dalam surah Al-Qasas, ayat 26 yang bermaksud

    "Sesungguhnya orang yang layak memikul amanah (sebagai khalifah) ialah yang mempunyai nilai kekuatan (al-quwwah) dan amanah (al-amin)" (Al-Qasas: 26)

    Ceramah - Buktikan Kecintaan Kepada Rasulullah S.A.W
    Penceramah - Ustaz Ghazali Omar (SMKA Kuala Selangor)

    • Perkara pertama yang disentuh ialah akan kehebatan hidayah Allah S.W.T. Dua senario yang dikaitkan akan hebatnya hidayah Allah S.W.T iaitu kisah Parameswara ketika itu yang beragama lain dan berbahasa kuno jawa (atau sanskrit) telah menerima ISLAM hasil dari tarbiah seorang Syeikh dari Yaman yang menggunakan bahasa berbeza ketika berbicara. Senario kedua ialah mengenai kisah pengislaman penduduk Kuala Berang (berdasarkan batu bersurat di Kuala Berang) dimana penduduknya berloghat pekat terengganu dan sukar difahami tetapi ditarbiah dan memeluk ISLAM hasil dari dakwah Syeikh Ibrahim yang jelas berbudaya dan berbahasa berbeza dari penduduk setempat. Begitu juga akan kisah Abu Lahab yang didakwah tidak kurang dari 70 kali secara 'direct' oleh Baginda, tetapi tidak terima ISLAM kerana tidak dilontarkan hidayah oleh Allah S.W.T. Oleh itu, ustaz mengingatkan kita betapa beruntungnya kita kerana walaupun tidak bertemu Rasul S.A.W, tetapi menerima ajaran Baginda S.A.W kerana hidayah yang Allah berikan. Dalam hal ini, penulis ingin sekali melontarkan pendapat mengenai sikap sesetengah pihak terutamanya yang merasakan diri cukup baik kerana kekerapa berada disurau sehingga timbulnya rasa angkuh dan bangga diri hingga ada yang sanggup melontarkan pendapat mengenai akan kaedah 'boikot' terhadap mereka yang tidak menjengah surau. Bagi penulis, yang melontarkan idea tersebut lupa akan beberapa ayat Al-Quran dibawah ini. Malah tidak ada didalam sunnah Rasul S.A.W akan idea tersebut. Satu persoalan harus dilontarkan kembali kepada diri sendiri ialah, sudahkah aku berdepan dengan jiran disekeliling aku dan mengajak mereka ke-surau dan cukupkan dengan sekadar menghantar flyer dan melalui FB atau SMS dan adakah aku sudah benar-benar melakukan dakwah dan sabar dalamnya?. Jika ya kesemuanya, maka sudahkah aku ini berdoa agar mereka diberi petunjuk oleh ALLAH atau aku berdoa untuk diriku dan keluargaku sahaja? Jika ya, maka teruskan usaha itu dengan penuh sabar dan tinggalkan anugerah hidayah itu pada Allah.

    "Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)." (Al-Lail: 12)

    "Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik)." (Al-An'am: 87 - 88)

    "Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115)

    "Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan". (Al-Nahl 16:127)


    • Ustaz berkongsi cerita perihal dalam sambutan Maulidur Rasul, kita sepatutnya lebih hebat lagi kerana kalau tidak, kita akan malu pada orang kafir. Dalam hal ini, orang kafir yang dimaksudkan ialah Abu Lahab (sebahagian riwayat mengatakan Abdul Muttalib - didalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah keluaran PTS). Abu Lahab (atau nama sebenarnya ialah Abdul Uzzar) ialah orang pertama menyambut maulid Nabi S.A.W. Perkara pertama dilakukan ialah menyuruh hamba yang disayanginya (Suwaibah Aslamiah) untuk menjaga ibu Nabi S.A.W (Siti Aminah) hingga Baginda S.A.W dilahirkan. Perkara kedua ialah apabila dimaklumkan oleh hambanya itu akan kelahiran Rasul S.A.W beliau meminta hambanya menyusukan Rasul S.A.W sehingga kenyang andai ibu Baginda S.A.W tidak mampu dan memerdekannya jika melakukan perkara tersebut. Perkara kedua ialah membalut Baginda S.A.W dan membawanya tawaf sekeliling Mekah untuk menunjukkan rasa gembira pada penduduk Mekah. Dan yang terakhir ialah mengadakan kenduri sebanyak 70 ekor unta. Betapa hebatnya Abu Lahab dan betapa malunya kita apabila berdolak dalih dalam perkara ini sedangkan baginda ialah Rasul S.A.W.

    • Dalam bercerita perihal tersebut, Ustaz mengaitkan akan kitab berzanji yang memperihalkan kesemua perkara tersebut tetapi hanya dibaca dan tidak difahami oleh orang melayu. Lantas mengingatkan para hadirin betapa alpanya kita dalam menghayati maksud Al-Quran dan hadith kerana hanya tahu membaca terutamanya Al-Fatihah yang mengandungi intisari Al-Quran dan dibaca setiap hari tetapi tidak difahami maksudnya.

    • Ustaz juga membangkitkan akan hal susu ibu. Betapa orang arab mementingkan akan susu ibu dan mencari ibu susuan. Berlainan dengan masyarakat ISLAM kini yang lebih rela menjadikan lembu sebagai ibu susuan lantas membesarkan zuriat yang ber'DNA' lembu. Itulah sebab akan anak kita kini banyak ber'AH' atau ber'hmm' laksana lembu (sekadar jenaka ustaz tetapi ada kebenarannya)

    • Menceritakan kesilapan kita dalam pemahaman iaitu menyambut hari kelahiran nabi (seperti Abu Lahab). Sepatutnya kita menyambut orang yang dilahirkan iaitu Rasul S.A.W (seperti Abu Bakar As-Siddiq). Sebab itu negeri kedah menukar kepada Maulud (beerti orang yang dilahirkan iaitu Rasul S.A.W) dan bukan Maulid (Hari Lahir). Maka, ustaz Ghazali mengesyorkan agar sambutan maulud dipraktikkan sebagai asas kepada proses mengingati Rasul S.A.W dan mengamalkan sunnah Baginda S.A.W secara berterusan.

    Pada suatu hari, terjadi percakapan antara Nabi s.a.w. dengan Abu Bakar Sidiq di samping didengari oleh para sahabat. “Wahai AbuBakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan),” berkata Nabi s.a.w. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan!” jawab Nabi.“Kamu ini adalah sahabat-sahabaku,” selanjutnya Nabi berkata, dan menegaskannya.

    Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar dan para sahabat. Mereka semua tertanya-tanya, siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi itu. Nabi segera memahami suasana yang berlaku dan baginda segera menghuraikannya.

    “Ikhwan (saudara-saudara) ku”. “Mereka belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi anak dan orang-orang tua mereka”.

    “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?”. “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku,” jelas Nabi.“Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?”. Demikian Nabi menjelaskan perkara tersebut.

    Begitulah Nabi menerangkan bahawa ikhwan itu adalah umat sesudah wafatnya baginda. Mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca al-Quran dan Hadith dan kerana itu mencintai Nabinya serta para sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam.

    Suatu ketika yang lain, baginda berbicara dengan para sahabat tentang kemurnian iman ikhwan.

    “Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?” tanya Nabi kepada sahabat. “Malaikat,” jawab mereka.“Bagaimana malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?!” jawab baginda.

    “Para Nabi,” jawab mereka lagi. “Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?!” baginda membantah jawapan mereka.

    “Kami,” jawab sahabat lagi. "Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?” jawab Nabi.

    Para sahabat berasa sangat hairan. Baginda sedia maklum bahawa mereka sangat ingin mengetahui siapakah makhluk yang paling ajaib iman ini. 

    “Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan semua isinya”.

    Baginda pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini dalam sabdanya; 

    “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan berbahagialah 7 kali orang-orang yang beriman denganku, tetapi tidak pernah berjumpa denganku”. Demikianlah Nabi s.a.w. mencintai ikhwan itu.
    - Riwayat Al-Baihaqi, Al-Bukhari, dan Muslim


    • Ustaz Ghazali berkongsi 2 sebab mengapa perlu cinta Rasul S.A.W. Yang pertama ialah kerana Baginda S.A.W telah membawa kita keluar dari jalan kesesatan dengan peta menuju ke Syurga. Dalam hal ini, beliau berkongsi cerita mengenai seseorang yang tersesat didalam hutan belantara yang gelap dan dipenuhi dengan binatang merbahaya tanpa sebarang bantuan. Kemudian datanglah seorang lelaki yang pakar didalam selok belok hutan dan membawa lelaki sesat tadi keluar dengan selamat. Pastinya lelaki sesat itu akan berterima kasih tak terhingga pada lelaki yang menyelamatkannya. Begitulah juga kita ini yang sepatutnya berterima kasih dengan cinta pada Rasul S.A.W. Sebab kedua ialah kerana Baginda S.A.W ialah tiket untuk kita ke syurga.

    “Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Hadith Riwayat Thabarani) 

    “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.” - Hadith Riwayat Ibnu Hibban 

    • Dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w mengandungi 10 macam faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:
    1. Memperoleh selawat dari Tuhan Penguasa Alam.
    2. Memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w.
    3. Memdapat pimpinan dari malaikat yang baik baik.
    4. Menghapuskan dosa.
    5. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
    6. Mempunyai perbezaan dengan orang munafik dan kafir.
    7. Memperoleh nur zahir dan batin.
    8. Mendapat keselamatan dari azab neraka.
    9. Membolehkan memasuki syurga.
    10. Memperoleh ucapan selamat dari ALLAH s.w.t.
    • Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadith, bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar diantaranya:
    1. Memperoleh limpah rahmat dari ALLAH.
    2. Ditulis sepuluh kebajikan.
    3. Dihapuskan sepuluh kejahatan.
    4. Diangkat sepuluh darjat.
    5. Memperoleh kesempurnaan iman.
    6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
    7. Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
    8. Mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.
    9. Memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.
    10. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
    11. Memperoleh hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w.
    12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
    13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
    14. Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
    15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
    16. Terhindar dari kefakiran.
    17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Rasulullah s.a.w.
    18. Meperoleh keberkatan dalam hidup.
    19. Terhindar dari orang-orang yang bakhil.
    20. Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH s.w.t.
    21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
    22. Menjadi zakat dan pembersih diri.
    23. Memperoleh selawat dari ALLAH dan para malaikat.
    24. Memperoleh pujian seluruh makhluk di bumi dan langit. 
    (dipetik dari Halaqah.Net)



    • Ustaz juga menceritakan akan rindunya Rasul S.A.W kepada umatnya dan kebimbangan Baginda S.A.W akan umatnya selepas ketiadaannya dan memberikan sepotong hadith berkaitan.

    Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda: “Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka.”



    • Ustaz juga mengajak para hadirin tanamkan minat membaca dikalangan keluarga dengan turut serta tika saat anak membaca dan berkongsi satu sunnah Rasul S.A.W berkaitan memeluk isteri dan anak-anak sebelum keluar rumah untuk ke tempat kerja.




    • Akhir sekali, Ustaz Ghazali menggariskan 6S untuk buktikan cinta pada Nabi Muhammad S.A.W.


    1. Selawat Selalu - Selawat paling afdal ialah selawat Ibrahimiyah (selawat yang dibaca setiap kali solat - tahiyat akhir). Majalah Anis menggariskan akan 42 kelebihan berselawat
    2. Sunnah Nabi S.A.W dipelajari dan diamalkan
    3. Syariat Nabi S.A.W diperjuang dan ditegakkan
    4. Susuri Sirah Rasul S.A.W dan pelajari darinya
    5. Sayangilah Ulama' kerana mereka pewaris Nabi S.A.W
    6. Sifatkan diri seperti sifat Rasul S.A.W yakni berakhlak akan Al-Quran

    Read more...
    Google

    Hubungi Kami

    Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

      © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP