Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Menyemak & Membayar Cukai Tanah di Selangor

>> Thursday, July 15, 2021

Sesiapa yang ingin semak berkaitan dengan cukai tanah miliknya, semak status dan seterusnya bayar :).

Semuanya dipermudahkan


2. Klik pada icon Warga Awam di bahagian tengah screen. 

3. Selepas klik pada icon di atas, anda akan dibawa ke senarai menu dibawah. Pilih Semakan dan Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak Atas Talian



4. Alternatif, boleh pilih menu dibahagian atas. Klik Warga Awam -> Semakan dan Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak Atas Talian -> Semakan dan Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak Atas Talian


5. Akan dibawa ke https://ehasil.selangor.gov.my/. Jika belum register, boleh register di sini juga.
6. Bila berjaya login, akan dapat page seperti dibawah


7. Pergi ke bahagian bawah, pilih Jenis Bil - Cukai Tanah dan Jenis Carian ialah No. Akaun (14 Digit)



8. Masukkan No. Akaun yang tertera dlm geran tanah, klik cari dan jika ada, akan keluar seperti dibawah. Scroll ke bawah untuk melihat resit.



9. Pada yang belum ada gera, boleh guna Id hak milik. Masukkan maklumat di bawah (contoh yg diberikan di bawah merujuk kepada tanah di daerah gombak, mukim rawang)



Anda patut dapat seperti mana yang dipaparkan pada nombor 8. Anda boleh semak hak milik disitu berdasarkan S&P anda.

Itu sahaja. Harap dapat membantu

Read more...

Antara doa-doa memohon lindungan Allah dari bencana dan penyakit

>> Friday, March 6, 2020

Doa Munajat 1

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa Munajat 2

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
"Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak,gila,kusta dan penyakit-penyakit yang buruk".

Doa Munajat 3

للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hal-hal yang mungkar baik berupa akhlak, perbuatan maupun hawa nafsu".

Doa Munajat 4

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.

Doa Munajat 5

“اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
"Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”.


Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP