Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Tinjauan Keselamatan

>> Friday, May 27, 2011

Kita akan mengadakan satu tinjauan bermula dari hari ini hingga sebelum dialog keselamatan.
Harap semua penduduk bolehlah melakukan undian anda di sini

Read more...

Jom membantu sedara ISLAM kita

>> Sunday, May 22, 2011

Laman Asnaf Permata Hatiku (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.


Bentuk-bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan;


1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun: 5120-1701-4255)

2) Cek: atas nama LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU.

3) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

4) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.

5) Bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering).

6) Barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

7) Peralatan rumah dan dapur.

8) Peralatan pejabat baru/terpakai.

9) Anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

10) Menaja sewa premis pejabat dan asrama.

11) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom).

12) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan.

LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan anak-anak ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A,
Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus

(Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad)
013-3200423
018-2183001

(Ustazah Normala bt Muhammed)
013-2931490

Setiap sumbangan melebihi RM500 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan.
Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP