Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Sesi Penerangan Geran Hak Milik 2 - 15 Januari 2017

>> Tuesday, January 31, 2017

Satu sesi penerangan mengenai hal geran kepada penduduk BTP3 telah di adakan pada 15 Januari 2017. Pengerusi JK Kecil @ Dato' Sahban bersama Pengerusi JK Penduduk BTP dan AJK JK Kecil telah memberi penerangan ringkas kepada penduduk berkenaan isu geran.

Berikut adalah kesimpulan ringkas mengenai perkara ini.


  1. Hal Kaveat ini akan diselesaikan (dan hanya boleh diselesaikan) oleh Pemaju melalui Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (bertempat di Shah Alam).
  2. Hanya PTG Shah Alam mempunyai kuasa untuk membatalkan kaveat berdasarkan peruntukan undang-undang selepas mewartakan lot yang dikaveatkan secara umum untuk satu tempoh tertentu.
  3. Setakat ini, pemaju telah melaksanakan tugas-tugas yang diperlukan untuk mempercepatkan proses penyerahan hak milik. Ini berdasarkan kepada pemerhatian dan perbincangan antara JK Kecil dan Pegawai Undang2 pemaju.
  4. Berdasarkan maklumat terkini (27, Januari 2017) - PTG Shah Alam telah menyerahkan tugas kepada pegawai baru. Oleh itu, PTG Shah Alam memerlukan satu tempoh lagi (sebulan) untuk proses penyerahan tugas serta pemprosesan semula. Pegawai Undang2 Pemaju diminta bertemu dengan pegawai terbabit pada awal Februari bagi melaksanakan proses tertentu dan dijangkakan bahawa PTG Shah Alam akan mewartakan lot terbabit secara umum dalam tempoh sebulan bagi membolehkan pengkaveat dimaklumkan melalui proses undang-undang.

Disertakan minit/catatan sesi penerangan untuk makluman tuan/puan yang boleh di lihat di sini.


Baca perkara lain berkaitan bermula dari sini.

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP