Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Update terkini isu geran - berdasarkan maklumat pada 29 Disember 2017

>> Friday, December 29, 2017

1. Alhamdulillah, Individual Title (Hal Milik Geran Individu) telah pun diserahkan pada pemaju (Rawang Lake) melalui PTD Gombak untuk mendapatkan kelulusan (blanket consent) daripada PTG Shah Alam.

2. Rawang Lake telah menghantar Permohonan Pindah Milik Secara Menyeluruh (blanket) kepada PTG Shah Alam melalui surat bertarikh 28 November 2017.

3. Selepas mendapat kelulusan (blanket consent) dari PTG Shah Alam, PTD Gombak akan memulakan proses pindah milik daripada pemaju/bank kepada pembeli.

4. Pada masa yang sama selepas mendapat kelulusan PTG Shah Alam, Pemaju akan memaklumkan para pemilik rumah BTP3 melalui peguam yang dilantik untuk memulakan urusan MOT.

* Maklumat di atas ialah dari Dato Salleh yang telah berusaha membantu kita.
* Dato Salleh telah meminta Timbalan Pengarah PTG (Pendaftaran) untuk membantu dan memberi keutamaan kepada urusan ini.

Terima kasih Dato dan semoga usaha Dato dan rakan-rakan diberi ganjaran setimpal dari Allah.

Untuk mengetahui kronologi, boleh rujuk di sini.

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP