Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Isu Hak Milik Tanah - Maklumat terkini

>> Monday, June 9, 2014

Pada 08 June 2014 (Hari Ahad @ semalam), telah diadakan satu sesi taklimat dan penyampaian maklumat terkini berkenaan isu geran tanah @ hak milik tanah oleh peguam @ Tuan Haji Samarudin.

Sedikit nota yang masih saya ingat untuk dikongsi bersama:

  1. Datuk Salleh menceritakan kembali bagaimana isu ini timbul. Beliau memaklumkan bahawa pada mesyuarat dengan Pejabat Tanah pada tahun 2011, dimaklumkan bahawa pelan pembangunan Bandar Tasik Puteri belum diluluskan sehingga ke tarikh mesyuarat tersebut. Sesuatu yang mengejutkan sedangkan BTP telah dibangunkan sejak tahun 2001 (kalau tak silap)
  2. Datuk Salleh memaklumkan juga bahawa pelan pembangunan BTP di MPS telah ada dan diluluskan pada 2011. Maka pelan pembangunan BTP di MPS dibawa ke mesyuarat exco negeri selangor untuk dijadikan pelan pembangunan di Pejabat Tanah.
  3. Sejak dari itu, dan sejak isu dibangkitkan hingga ke pengetahuan MB, Datuk Salleh memaklumkan bahawa telah ada beberapa siri mesyuarat antara wakil penduduk, MPS, Pejabat Tanah dan wakil pemaju. Namun begitu, selepas kes ini difailkan di mahkamah, wakil pemaju telah 'boikot' mesyuarat tersebut (pada pendapat penulis, ia menunjukkan betapa angkuhnya mereka ini).
  4. Tuan Haji Samarudin memaklumkan bahawa:


  • Sebanyak 33 orang BTP2, 66 orang BTP3, 30 (kalau tak silap) BTP1B, desa puteri, medan puteri (12) telah memfailkan kes dimahkamah sebagai 'class' kes @ secara berkumpulan.
  • Fail kes BTP3 dan BTP1B telah sampai ke tahap Pendengaran Pertama manakala fail kes untuk BTP2 baru sampai di tahap pertama, kalau tak silap Pengendalian Kes (maaf sebab tak ingat nama tahap ini). Perbezaan ini kerana fail kes di BTP2 terpaksa ditukar-ganti dari segi cara kendalian kes. Malahan, peguam bela pemaju untuk BTP3 dan BTP1B adalah sama tetapi berlainan untuk BTP2.
  • Proses pendengaran/pembentangan pertama untuk BTP3 dan BTP1B akan diadakan pada 12hb June 2014 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
  • Peguam (Tuan Haji Samarudin) di dalam penyataan kesnya telah meminta
  • Pihak Mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihak pemaju mengeluarkan geran hak milik individu dalam satu jangka masa yang akan ditentukan dari tarikh perintah dikeluarkan
  • Ganti rugi yang difikirkan sesuai
  • Peguam juga memaklumkan bahawa Pejabat Tanah telah dimasukkan sebagai defenden pihak pemaju.
  • Peguam memaklumkan bahawa berdasarkan pengalaman beliau, kes ini akan selesai pada akhir tahun, InshaaAllah.


Sedikit komen dari hadirin dan maklumat lain:

  1. Maklumat ini tidak sampai kepada kebanyakkan orang yang terlibat dalam menyaman pemaju kerana hanya disampaikan kepada orang tertentu dan disurau. Jika dapat diwar-warkan melalui media sosial, mungkin dapat membantu
  2. Datuk Syaaban menegaskan bahawa matlamat saman ini ialah untuk mendapatkan hak pemilik dan pembeli di BTP. Maka, apa jua perlu dilakukan ke arah mencapai matlamat tersebut. Beliau juga menegaskan akan kesukaran kepada generasi akan datang atau keluarga andai pembeli telah meninggal sebelum sempatnya perkara ini diselesaikan.
  3. Pada yang tidak terlibat dalam saman ini, andai geran dikeluarkan, mereka juga akan mendapatnya kecuali ganti rugi.
  4. Jika geran dikeluarkan, tempoh 'leased-hold' ialah 99 tahun dari tarikh geran dikeluarkan dan bukan sehingga 2063 (tamatnya tempoh 'leased-hold' untuk 'master-title')
  5. Tiada perbezaan ketara antara 'leased-hold' dan 'free-hold' melainkan bayaran cukai tanah @ premium dan nilai tanah.


(setakat itu je penulis ingat)

Untuk mengimbau dan mengetahui cerita bagaimana ia bermula, boleh rujuk di:
  1. Isu Pecah Hak Milik Tanah - Seperti yang dimaklumkan oleh AJK Badan Bertindak BTP
  2. Maklumat Terkini Berkenaan Hak Milik Tanah Penduduk BTP
  3. Hak Milik Rumah: Geran Indvidu & Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Read more...

Perlawanan Bola Tampar antara KRT - KRT Parklane Heights versus KRT Blok 27B

>> Sunday, March 16, 2014

Alhamdulillah, atas usaha keras AJK KRT terutamanya orang kuat KRT - saudara Adis Sapri, Jamal dan saudara Fuad serta saudara Bob mewakili orang muda, akhirnya, perlawanan persahabatan antara KRT Parklane Heights dan Blok 27B berjaya juga dilaksanakan.

Berlangsung pada 08 March 2014, bertempat di gelanggan bola tampar blok 27B, pada pukul 9:00malam, perlawanan persahabatan tersebut telah dilangsungkan.

Perlawanan ini terlalu hebat untuk dihuraikan dengan masing-masing menonjolkan yang terbaik demi menzahirkan satu persahabatan antara KRT.

Ini adalah sebahagian gambar yang diambil pada malam tersebut.





Gambar lain boleh dilihat disini :)
Album Perlawanan Persahabatan Bola Tampar KRT

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP