Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Senaman Terapi

>> Wednesday, December 16, 2015

Abg Razak memberikan fokus 100%
Pada 16/11/2015 yang lepas, Surau Nur As-Sobirin dengan kerjasama KRT Blok 3 telah menganjurkan sesi senaman terapi yang di kendalikan oleh pakar terapi (saya dah lupa nama) yang juga penduduk Blok 3, Bandar Tasik Puteri.

Ramai warga BTP3 dan BTP2 turut serta senaman yang ala-ala 'yoga' tetapi memerlukan kawalan pernafasan ditahap maksimum serta sendi-sendi yang berfungsi dengan baik.

Dimulakan dengan pernafasan yang diasaskan kepada 4-1-5 (4 saat tarik, 1 saat tahan, 5 saat hembus), senaman ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu; Regangan, Penyucian, dan beberapa bahagian yang saya lupa.

Disirami dengan matahari pagi yang ceria, senaman dilaksanakan tanpa masalah walaupun ada yang tersentak-sentak dek kerana sudah lama tidak bersenam :)

Apa pun, tahniah kepada AJK Surau dan KRT. Moga dapat diteruskan program sebegini :)
Geng bola tampar
Din besi dari blok 7 pun mai
Aku dan gen satu opis...
Hj mengepak terbang tinggi
Acara tarik kaki
Regangan pertama
Regangan kedua
Kanak-kanak turut serta
Salah tempat tu din.. lelak kat depan.. 
UML dengan kasut barunya

Read more...

Bacaan Ramadhan 1

>> Sunday, June 14, 2015

Beberapa perkara berkaitan Ramadhan yang diterjemah dan ditulis oleh Ustaz Syihabudin Ahmad. Moga bermanfaat.




Read more...

Bicara Addin Siri 1

Pihak KRT melalui Ustaz Edyanto dan AJK telah mengadakan Bicara Addin Siri 1 pada hari Jumaat, 29hb May, 2015 dengan tajuk "Jiranku... bantulah aku menggapai syurgaNYA". Bicara Addin ini telah diadakan di pekarangan padang utama Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor.

Program ini dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik cilik dari SKBTP2 yang merupakan naib johan tilawah Al-Quran peringkat negeri Selangor (kalau tidak silap saya). Aturcara majlis diteruskan dengan persembahan nasyid dari adik-adik (maaf saya tidak ingat nama kumpulan).

Forum dimulakan pada pukul 10:00 malam dengan Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah sebagai moderator, manakala Ustaz Ghazali Omar dan Ustaz Rosli Ibrahim sebagai ahli panel. Kupasan yang diberikan cukup menarik dan secara ringkasnya, Jiran yang baik ialah:

  1. Jiran yang sentiasa membantu kita mengingati Allah
  2. Jiran yang menegur kita atau anak-anak kita jika lakukan kesalahan
  3. Jiran yang sentiasa berada ketika kita sedih dan gembira
  4. Jiran yang mengajak kita melakukan kebaikan

Sebahagian gambar yang diambil.








Video yang sempat dirakam









Read more...

Borang Pembaharuan Khairat Kematian Surau Nur As-sobirin

>> Saturday, March 14, 2015

Kepada penduduk yang masih belum menjadi ahli atau ingin memperbaharui keahlian, boleh download borang di sini.

https://drive.google.com/file/d/0Bwp1l_YMK31veGtoZU1rSDF2dFE/view?usp=sharing

Setelah isi, boleh serahkan di AJK surau ketika waktu solat :)

Read more...

Isu Geran Hak Milik BTP3 - Perkembangan Terkini

Terlebih dahulu saya pohon ribuan kemaafan kerana tidak berkesempatan memberi maklum akan perkembangan terkini berkaitan isu geran hak milik individu penduduk BTP3 @ Parklane Heights.

Untuk makluman, isu ini telah sampai ke tahap yang baru di mana penghakiman telah pun di perolehi. Rentetan perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Satu mesyuarat di antara peserta class-action telah diadakan di Surau Nur As-Sobirin pada awal bulan Disember, 2014 yang dipengerusikan oleh Dato Salleh dan dihadiri beberapa peserta class-action termasuk saya, Dato Syaaban, dan Shahril.

2. Di dalam mesyuarat tersebut, Dato Salleh telah memberi penjelasan akan perkembangan terkini berkaitan perkata ini. Antaranya ialah:

  • Status kewangan Pemaju @ Rawang Lakes Sdn Bhd masih ditahap kritikal. Berdasarkan kedudukan kewangan akaunnya, berlaku lonjakkan kerugian dari RM21.4 juta (2012) ke RM31.8juta (2013). Ini menimbulkan kerisauan terutamanya pada penduduk BTP3 memandangkan ada yang telah pun bermastautin lebih dari 10 tahun dan melewati usia lanjut (rujuk gambar dibawah)

Penyata kewangan pemaju pada 2013

  • Peguam telah memaklumkan bahawa telah dapat satu Court Order untuk Pemaju dan pihak defendan lain agar menyerahkan geran individu terbabit dalam masa yang telah ditentukan iaitu 1.5 tahun (BTP3), 1 tahun (1B dan BTP2).
  • Tetapi, agak menghairankan kerana hingga kini masih tiada sebarang update dari pihak peguam.
  • Malah, rujukan ke pihak berkaitan menimbulkan keraguan kerana status BTP3 yang masih ditahap sama hingga kehari surat tersebut diperolehi (rujuk dibawah)

Status terkini(2014) di PTD)

  • Malahan, menurut Dato Salleh serta penerangan Dato Syaaban, berulang-kali perkara ini dirujuk kepada peguam melalui panggilan telefon dan surat untuk pengesahan dan diajak berbincang, tetapi tidak berbalas.
  • Oleh itu, didalam mesyuarat tersebut, peserta class-action telah bersetuju untuk menghantar satu surat secara formal berserta tandatangan peserta (dengan nada tegas) agar peguam menjalankan tanggungjawap sebagai peguam kepada anak guamnya dengan penuh profesionalisma. Andaikata tiada balasan, maka, peserta telah sebulat suara untuk memajukan perkara tersebut kepada pihak berkaitan hal peguam (rujuk dibawah)

Sebahagian kandungan surat kepada peguam

3. Setelah surat dihantar, peguam akhirnya memberi maklum-balas (rujuk dibawah)
Sebahagian penghakiman
4. Namun begitu, peserta class-action tidak berpuas-hati kerana tempoh yang diberi terlalu lama terutamanya untuk BTP3 serta terdapat klausa yang membenarkan tempoh itu dilanjutkan lagi. Oleh itu, peserta telah bertemu sekali lagi dan bermesyuarat. Hasil dari mesyuarat tersebut, peserta sebulat suara memaklumkan kepada peguam untuk menggunakan budi-bicara agar peserta mendapat sepertimana dijanjikan terdahulu.

Untuk lebih maklumat berkaitan perkara ini dari awal, tuan/puan boleh rujuk di sini http://parklaneheights-btp3.blogspot.com/2014/06/isu-hak-milik-tanah-maklumat-terkini.html

Jika tuan/puan inginkan salinan surat atau apa jua bukti terbabit, boleh memaklumkan melalui comment di post ini dengan memaklumkan nama anda, no. rumah dan no. jalan, emel dan nombor telefon untuk saya sharekan secara terus.

Dari Peserta Class-Action.

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP