Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Maklumat terkini mengenai isu geran individu blok 3

>> Thursday, July 21, 2016

Maklumat terkini berkaitan isu geran tanah / hak-milik individu

  1. Dokumen blok 3 hilang serta pelan pembangunan BTP tidak pernah diluluskan oleh exco kerajaan hinggalah bebaru ini (dalam 2010 kalau tak silap..), tetapi pelan pembangunan blok 3 hilang di pejabat tanah
  2. Pemaju telah disuruh submit semua dokumen berkaitan dan penyelidikan berikut menunjukkan bahawa pemaju sudah pun submit dokumen kepada pejabat tanah dan urusan pemecahan mengikut nama sedang dilakukan
  3. Untuk Blok 3 - Dari 20 langkah yang perlu dilalui, proses pindahmilik geran ke individu kini berada di langkah ke 7. Manakala untuk blok 2 - Geran sudah ada (di langkah ke-17) dan sedang diperam oleh pemaju hampir 2 tahun dan belum ada tanda2 proses 18 akan bermula lagi.

Itu sahaja update terkini berdasarkan maklumat dari Dato' Salleh pada diskusi tanpa sengaja pada 19hb Julai 2016, 10.30malam di Jalan 3/40 bersama Hj Mokhti, Haszeli dan beberapa jiran lain.

Untuk yang belum memahami, boleh rujuk di sini untuk maklumat terdahulu:
http://parklaneheights-btp3.blogspot.my/search/label/Masalah%20Penduduk

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP