Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Hak Milik Rumah: Geran Indvidu & Apa Yang Perlu Anda Tahu?

>> Sunday, May 26, 2013

Pada pukul 9mlm, hari Jumaat, 24hb Mei 2013, bertempat di Surau Nur As-Sobirin, satu sesi taklimat berkenaan hak milik rumah yakni geran individu (individual title) telah diberikan bersama dengan keadaan semasa berkenaan hal pegangan rumah yang hingga kini belum diselesaikan.

Dato' Ahmad Salleh memulakan sesi dengan memberi gambaran situasi yang agak kritikal terutamanya bagi penduduk BTP2, BTP3, BTP4, dan Desa Puteri. Untuk makluman, sehingga kini, antara 1 tahun hingga paling lama melebihi 10 tahun, penduduk mendiami rumah di BTP, tetapi majoriti masih belum mendapat geran hak milik. Dato' Salleh sendiri masih belum memiliki geran walaupun telah lebih 10 tahun berada di sini.

Apa kesannya?
1. Kesukaran untuk melaksanakan hibah, pindah milik, atau menjual kembali kerana geran sekarang ialah hak milik utama @ master title yang bermakna ia masih lagi dipegang oleh pemaju.
2. Andai kata pemaju bankrap dan ada yang mengambil alih, ada kemungkinan, pemilik rumah tiada geran dan berpotensi untuk dikeluarkan dari tanah/rumah.
3. Harga rumah tidak naik dan bank tidak akan membenarkan penjualan semula memandangkan hak milik tanah bukan milik pembeli.

Mengapa perkara ini serius?
1. Akaun pemaju (berdasarkan paparan oleh Dato' Salleh) menunjukkan defisit sejak tahun 2010 dan semakin meningkat (berdasarkan audit 2011, hutang pemaju ialah RM8juta).
2. Andai kata pemaju diisytiharkan bankrap atau larikan diri seperti pemaju taman verlox, maka, hak milik tanah tidak akan ditukar kepada pembeli selamanya dan selepas tempoh pegangan geran sekarang tamat (pada 2060 berdasarkan pada S&P saya), maka, kemungkinan ada orang lain akan memiliki tanah ini dan berkemungkinan merampas hak pembeli.

Oleh itu, berdasarkan keperluan, satu tindakan mahkamah akan dilaksanakan oleh penduduk BTP terutamanya BTP3 dan 4 yang masih lagi di aktiviti 1 dalam proses menukar hak milik (BTP2 sudah sampai pada aktiviti 7 tetapi ia telah berlangsung hampir 5 tahun).

Tindakan mahkamah ini akan difailkan dan penduduk akan menuntut:
1. Perintah mahkamah untuk pihak berkaitan (Pemaju, PTD, parent company of Pemaju, dll defenden) bagi melaksanakan dengan kadar segera akan pemberian hak milik individu pada pembeli dalam masa 6 bulan dari mahkamah keluarkan perintah.
2. Ganti-rugi kerana kelewatan penukaran hak milik sekali gus menyukarkan pelaksanaan hibah atau penjualan semula.

Andai kata berminat untuk turut serta dalam mendapatkan hak anda, silalah muat turun borang yang dilampirkan ini atau disini (4shared).

Marilah kita bersama mendapatkan hak kita.

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP