Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Kuliah Dhuha di Madrasah As-Siddiqqin, BTP

>> Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah, pada 29 Januari 2012 (hari Ahad) bersamaan dengan 5 Rabiul'Awal 1433, Madrasah As-Siddiqqin di Bandar Tasik Puteri telah menjemput selebriti terkenal TV Al-Hijrah iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Don melalui rancangan 30 Minit bersama Ustaz Don. Dek kerana beliau, maka madrasah yang biasanya sunyi sepi dipenuhi sehingga melimpah keluar akan penghuni BTP baik yang berumur hinggalah pada kanak-kanak. Begitulah hebatnya penangan ustaz muda dari pulau pinang ini.

Dengan loghat utaranya, beliau berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan satu hadith yang cukup tinggi nilainya. Di sini, penulis ingin berkongsi dengan semua akan beberapa perkara yang sempat di ambil.

  • Memulakan majlis dengan mengajak muslimin dan muslimat bersama-sama membaca doa bagi menambahkan ilmu dan menerangkan hati. 
  • Memulakan tazkirah dengan membaca beberapa potongan ayat Al-Quran dari Surah An-Nahl yang mengajak umat ISLAM semua agar bertaqwa kepada Allah S.W.T. 
  • Berkongsi mengenai kalendar hijrah yang dilupai. Jika tahun lepas masyarakat sibuk untuk memilih 1 November 2011 sebagai tarikh untuk upacara tertentu (1.11.11), tetapi masyarakat lupa bahawa baru-baru ini tarikh ISLAM juga cukup cantik iaitu 3 RabiulAwal 1433 Hijrah (3.3.33). Alangkah alpanya kita. Dan mengingatkan para hadirin akan pentingnya bulan RabiulAwal ini. 
  • Mengajak umat ISLAM berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat yang diucap akan sampai kepada Rasul S.A.W (Dalil: "Sesungguhnya selawat yang kamu ucapkan akan sampai kepadaku" - Riwayat Abu Daud. Untuk dalil lain, sila rujuk sini). Yang pastinya ramai dari kita akan diam sahaja apabila terdengar nama Nabi disebut baik secara life mahupun di dalam TV atau radio. 
  • Menceritakan mengenai Jabir R.A sebelum memperihalkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir R.A. Menurutnya, Jabir R.A. dikenali didalam perang khandak dimana beliau menjemput Rasul S.A.W dan para sahabat menjamu selera dirumahnya dan Rasul S.A.W menjemput semua yang terlibat dalam proses menggali parit (Penggalian di cadangkan oleh Salman Al-Farisi) ketika itu kesana (sedangkan makanan dirumah Jabir hanya mampu dinikmati beberapa orang sahaja). Namun berkat mukjizat Rasul S.A.W, maka semua yang hadir dapat menjamu selera (sila rujuk buku karangan Dr Zulkifli Al Bakri bertajuk Hadith-hadith modal insan atau SuaraMedia, atau Blog Dr Burhanuddin untuk mengenali Jabir R.A dengan lebih lanjut) 
  • Hadith yang disampaikan oleh Jabir R.A - "Ketika Rasul S.A.W. naik ke mimbar, baginda mengucapkan amin pada 3 anak tangga mimbar. Sahabat bertanya untuk mengetahui sebab musabab tindakan baginda. Lalu baginda berkata ketika baginda S.A.W sedang naik ke atas mimbar, datang malaikat Jibrail A.S dan berkata Celakalah akan seseorang itu apabila ramadhan lalu tanpa mendapat keampunan Allah, dan baginda aminkan. Kemudian Jibrail A.S berkata lagi, Celakalah seseorang itu apabila ada kesempatan berbakti pada orang tuanya diabaikan, dan baginda aminkan. Dan berdoa lagi Jibrail A.S, Celakalah seseorang itu apabila diucapkan nama mu Ya Muhammad S.A.W dia berdiam diri, dan baginda aminkan." (Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi 4/204. Juga dalam Shahih Muslim 4/1978. Untuk lebih lanjut berkenaan hadith tersebut, rujuk Fadhailu Syahri Ramadhanhal.25-34 karya Ibnu Syahin
  • Dalam mengaitkan akan hadith tersebut, Ustaz Don juga menceritakan akan perihal sikap para sahabat yang bersifat ingin tahu dan belajar untuk lebih memahami dan mengamalkan ajaran Rasul S.A.W. Beliau juga melahirkan kekecewaan akan masyarakat kini yang belajar untuk menolak (contoh: memakai kopiah atau serban dianggap tidak perlu kerana sunnah sedangkan para sahabat memakainya kerana sunnah). Untuk perkara ini, Ustaz Don memetik kata-kata dari beberapa tokoh ISLAM terkenal. Yang pertama ialah dari Mufti India (Ahmad Syeikh Ibrahim Bernat) didalam kitabnya bertajuk 'Insan Teladan' telah menulis di muka surat hadapan yang merujuk kepada perbuatan mempelajari hadith adalah bertujuan meningkatkan amal soleh dan bukan menunjuk atau digunakan untuk kepentingan diri. Yang kedua, Ustaz Don memetik kata-kata dari Imam Al-Ghazali yang membawa maksud bahawa ilmu itu dikira bermanfaat apabila digunakan didalam amalan, tetapi dikira sia-sia apabila ia tidak diamalkan. 
  • Berkaitan masyarakat sekarang yang belajar sunnah/hadith untuk tinggalkan yang tidak wajib, Ustaz Don sekali lagi berkongsi satu riwayat hadith berkaitan dengan perbuatan Nabi S.A.W yang menjadi ikutan dan berlaku pada musim panas yang di tulis oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya al-Madkhal li-Dirasati as-Sunnah an-Nabawiyyah. Menurut tulisan Dr Yusof Al-Qaradhawi, di kalangan sahabat terdapat mereka yang mengikuti Nabi s.a.w. dalam segala perbuatannya sekalipun tidak nampak pada perbuatan tersebut bentuk qurbah (tujuan mendekatkan diri kepada Allah), semata-mata kerana sempurnanya kasih-sayang mereka kepada baginda dan keinginan yang bersangatan untuk mengikuti baginda dalam setiap urusan hidupnya. Di antara mereka ialah Ibnu Umar r.a. Imam Mujahid menceritakan; “Kami mengikuti Ibnu ‘Umar r.a. dalam satu perjalanan. Lalu apabila ia sampai di satu tempat, ia melencung darinya (yakni mengambil jalan ke arah kanan atau ke kiri). Lalu kami bertanya kepadanya; “Kenapa kamu melakukan demikian?”. Ia menjawab; “Aku telah melihat Rasulullah melakukan sedemikian, maka aku pun turut melakukannya”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Bazzar dengan sanad yang baik). Zaid bin Aslam menceritakan; Aku telah melihat Ibnu Umar r.a. menunaikan sembahyang dalam keadaan terbuka kancing-kancing bajunya. Lalu aku bertanya beliau tentang perbuatannya itu. Maka ia menjawab; “Aku telah melihat Rasulullah telah melakukannya”. (Riwayat Ibnu Khuzaimah dalam Sohehnya dan Imam al-Baihaqi dalam Sunannya). Dalam riwayat yang lain; Ibnu Umar r.a. apabila ia melintasi sebuah pokok antara Mekah dan Madinah, ia akan berhenti dan berehat di bawahnya. Apabila ditanya kenapa? Ia menjawab; “Kerana dia melihat Rasulullah telah melakukannya”. (Riwayat Imam Ibnu al-Bazzar dengan sanad yang dapat diterima). 
  • Untuk riwayat lain berkaitan perkara yang dilakukan Rasul S.A.W dan menjadi ikutan para sahabat, sila rujuk pada kitab Syammail Muhammadiyah (cetakan Soffa atau PTS) 
  • Menjawab persoalan bidaah yang dibangkitkan terutamanya berkaitan marhaban dan sambutan maulidur rasul. Ustaz Don pertamanya menerangkan mengenai maksud bidaah, yakni perbuatan yang tidak dibuat atau disyorkan oleh nabi di zamannya (untuk penjelasan lanjut, sila rujuk kitab Qawaid Al-Ahkam karangan Al-Imam Izzuddin Abdul Aziz bin Abdissalam dan kitab Tahzib Al-Asma' wa Al-Lughat karangan Imam Nawawi atau sini). Namun mengatakan seseorang itu bidaah adalah ditegah kerana bagaikan mengatakan bahawa orang itu ahli neraka kerana melakukan perkara yang tidak dilakukan Rasul S.A.W. dan menegaskan bahawa bukan semua bidaah adalah salah. Selagi mana ia berkaitan menegakkan syiar ISLAM maka dibenarkan. Untuk ini, Ustaz Don menyenaraikan 4 Dalil. Dalil pertama - Ketika solat, seorang sahabat membaca ayat tambahan selepas rukuk selepas bacaan 'Rabbana Lakalhamd'. Selesai solat, Rasul S.A.W bertanya dengan nada tegas kerana bacaan yang diucapkan oleh sahabat itu tidak pernah diajarnya. Sehingga 3 kali bertanya, seorang pun sahabat tidak menjawap sehinggalah Rasul S.A.W. berkata Baginda tidak pernah melihat akan satu ayat yang dibawa oleh 30000 malaikat ke langit melainkan ayat tersebut (dalam riwayat yang lain 30000 malaikat berebut menulis pahalanya) - Riwayat Al-Bukhari, An-Nasa'i, Abu Daud, Ahmad. Dalil kedua ialah seorang sahabat membaca surah Al-Ikhlas setiap kali selepas membaca surah (selepas al-fatihah). Sahabat lain yang merasa ragu mengadu pada Rasul S.A.W. Baginda memanggil sahabat tersebut dan meminta penjelasan. Dan selepas mendapat penjelasan,Baginda mengatakan bahawa ia adalah perkara yang baik - Riwayat Imam Ahmad. Dalil ketiga dan paling hebat iaitu Al-Quran - Pada surah Al-Hajj ayat 32 yang bermaksud "Demikianlah (ajaran Allah), sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati (orang yang beriman)". Dalil keempat ialah dalil aqli iaitu ketika Rasul S.A.W dilahirkan, orang yang paling gembira sehingga meraikannya ialah datuk dan bapa saudara Nabi yang ketika itu tidak ISLAM. Maka, jika mereka itu yang bukan ISLAM meraikan kelahiran Nabi, maka apatah lagi kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. 

Itu sahaja yang sempat penulis salinkan. Moga bermanfaat pada kita semua dan moga kita dipermudahkan Allah S.W.T dalam menegakkan syiar ISLAM dan menghidupkan sunnah Rasul S.A.W.

Sumber Rujukan Ustaz Don (selain Al-Quran dan Hadith)
  1. Syamil Muhammadiah, cetakan PTS (BM) / Telaga Biru (Indonesia) / Yayasan As-Sofa (Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al maliki) 
  2. Insan Kamil (Sri Petaling)
  3. Insan Tauladan Sepanjang Zaman (Darul Nukman)
  4. Syamail Tirmidzi Syarah Syamail Muhammadiah
  5. Maulana Mohd Zakaria Al-Kendahlan (Sri Petaling)

Beberapa keping gambar yang sempat diambil :) (klik gambar untuk paparan lebih baik)












Jangan lupa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Surau Nur As-Sobirin pada hari ISNIN 6 FEBRUARI 2012 (bermula dengan perarakan maulud nabi dari padang BTP3, kemudian ceramah agama, dan jamuan ala kampung untuk eratkan silaturrahim)

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul Surau Nur As-Sobirin

Sempena Majlis Maulidul Rasul Surau Nur As-Sobirin (BTP 2 & 3) pada 6hb Feb ni (edaran surat telah di buat kalau tak silap le, cecuba tengok pos box), atas permintaan ramai, nak masak masakan kampong gitu :- Kulai kawah kambing (hiiii...kambing juga jadi mangsa), ayam goreng kampong BTP, ikan kering goreng, ulam-ulam berserta sambal tempoyak dan sambal belacan, kalau sempat nak juga buat kerabu perut lembu.... kuih-mueh kira pot lick lah ya... datang le reramai... makanan jasmani dan rohani dijamin sedap :)

Read more...

Bersama Ustaz Don

>> Thursday, January 26, 2012

Kuliah Dhuha bersama Ustaz Don

Tempat: Madrasah As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri


Tarikh: Ahad, 29 Januari 2012 bersamaan 5 Rabiulawal 1433


Masa: 9:00 pagi


Penceramah: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Jom kita dengar... :)

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul Surau Nur As Sobirin

>> Sunday, January 22, 2012

Insyaallah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Nur As Sobirin akan diadakan pada :


Tarikh : Isnin, 6 Feb 2012


Masa: 8:00pg


Aktiviti:
1. Perarakan dari Padang Utama Blok 3 ke Surau Nur As-Sobirin
2. Ceramah Maulidur Rasul - Ustaz Ghazali Omar
3. Jamuan Makan

Sila Panjang2kan kepada jiran2 & sahabat2.

Read more...

Surat Penduduk BTP di siarkan di dalam Harian Metro 2

>> Friday, January 20, 2012


Lampu jalan rosak undang bahaya


RAWANG: Sekurang-kurangnya 500 penduduk Bandar Tasik Puteri, dekat sini, diancam bahaya apabila kira-kira 50 lampu jalan di kawasan Green Valley Park tidak menyala sejak sebulan lalu.
Keadaan itu menyebabkan mereka kini berada dalam kebimbangan apabila terdapat kes jenayah berlaku termasuk pecah rumah dan kecurian akibat kerosakan lampu itu.

Penduduk, Ainul Adnan, 50, berkata, keadaan gelap di kawasan perumahan memudahkan penjenayah dan orang tidak dikenali memasuki perumahan hingga boleh mengancam nyawa penduduk. Katanya, kawasan gelap di sepanjang jalan untuk memasuki perumahan memberi ancaman kepada penduduk pada waktu malam terutama penunggang motosikal. “Kami bimbang kerana kawasan ini dilitupi ladang sawit dan berkemungkinan memudahkan penjenayah melakukan jenayah kepada kami hingga boleh mencederakan dan meragut nyawa. “Keadaan ini sudah diajukan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), tetapi tiada tindakan diambil,” katanya, di sini. Ainul berkata, penduduk mahu mereka mengambil tindakan sewajarnya membaiki kerosakan dalam menjamin keselamatan penduduk. “Kami tidak tahu punca lampu tidak berfungsi, tetapi difahamkan pemaju tidak menyerahkan kawasan berkenaan kepada MPS, jadi tidak boleh bertindak. “Kami tidak mahu tahu masalah itu, tetapi bertindaklah demi keselamatan penduduk di sini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Read more...

Surat Penduduk BTP disiarkan di dalam Harian Metro 1


e-mel anda: Penduduk tagih janji


SAYA ingin menyatakan beberapa masalah yang berlaku di kawasan Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang.
Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini penduduk di kawasan BTP mengadakan demonstrasi mengenai laluan keluar dan masuk Kuala Lumpur- Kuala Selangor Expressway (KLKSE) ke taman perumahan berkenaan.

Penduduk dimaklumkan pembinaan laluan keluar dan masuk itu akan disiapkan dalam tempoh dua setengah tahun lagi.

Ini bertentangan dengan janji pihak pemaju BTP yang sebelum ini mendakwa laluan keluar masuk itu disiapkan sebaik lebuh raya itu siap pembinaannya tidak lama lagi.

Penduduk BTP yang kini dianggarkan melebihi 15,000 orang, amat memerlukan laluan keluar masuk itu bagi mengelakkan kesesakan untuk ke bandar Rawang dan ke Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Penduduk terpaksa membazirkan masa menempuhi kesesakan untuk ke plaza tol Plus Rawang yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dan ditambah dengan kesesakan yang berlaku setiap pagi dan malam, masa yang diambil kadangkala melebihi satu jam.


Jika laluan keluar masuk ke KLKSE yang terletak tidak sampai satu kilometer dari BTP disiapkan segera, ia akan memudahkan penduduk bandar perumahan itu menggunakan lebuh raya berkenaan dan menjimatkan masa untuk berurusan terutama di Kuala Lumpur dan kawasan lain dengan jangkaan masa yang diambil hanya sekitar setengah jam berbanding 50 minit ketika ini.

Pembinaan laluan keluar masuk ke KLKSE itu dijangka merancakkan ekonomi BTP yang ketika ini ibarat ‘bandar hantu’ berikutan banyak kawasan perumahan ditinggalkan pembelinya.

Pihak pemaju juga sebelum ini berjanji untuk menarik pelabur bagi pembinaan pasar raya besar, stesen minyak, bank dan banyak kemudahan lain, tetapi itu hanya janji tinggal janji.

Berikutan itu, saya mendesak pemaju supaya mengotakan janji yang mereka tabur dan dalam masa sama, saya juga meminta supaya penduduk BTP bersatu bagi memastikan suara mereka didengari pihak pemaju bandar perumahan itu.

Tanpa suara yang kuat daripada penduduk yang majoriti Melayu, sampai bila-bila pemaju akan memekakkan telinga mereka dan dalam masa sama, penduduk akan terus merana.
NANOMERCURY
Rawang



Sumber: Harian Metro

Read more...

Saham Akhirat - Sumbangan Dana Imarah Surau Nur As-Sobirin

>> Thursday, January 19, 2012

Sumbangan Dana Surau Nur As-Sobirin


Pihak surau mengalu-alukan sumbangan anda bagi membolehkan aktiviti surau dalam mengimarahkan surau Nur As-Sobirin dapat diteruskan tanpa berhenti. Sumbangan anda amatlah dihargai.


Tuan/Puan Boleh Membuat Sumbangan Terus ke


Akaun Bank Islam: 1220 7010 0011 31 (Surau As-Sobirin)


Akaun Bank Muamalat: 1201 0001 3587 11 (Surau As-Sobirin)



Semoga Allah Merahmati Kehidupan Tuan/Puan dan Dimurahkan Rezeki Selain Beroleh Pahala Yang Dijanjikan. 


(Sila emailkan resit deposit bank ke email aryadi.mohd@yahoo.com sekiranya memerlukan resit daripada pihak surau)

Read more...

Mesyuarat PIBG SKBTP 1


Klik gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas.



Read more...

Cuti Sekolah Sempena Tahun Baru Cina (SKBTP 1)

>> Wednesday, January 18, 2012

Perhatian ibu bapa / penjaga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 1 (SKBTP 1). Cuti sekolah sempena tahun baru cina adalah seperti dilampirkan dibawah.

(klik gambar untuk lebih jelas)

*Untuk SKBTP 1 sahaja.

Read more...

Program Wakaf Bersama Perbadanan WAKAF Selangor

>> Tuesday, January 17, 2012

Semua dijemput hadir ke program wakaf bersama Perbadanan WAKAF Selangor yang akan diadakan seperti dibawah:

Tempat  : Surau Nur As-Sobirin


Tarikh    : Jumaat, 20hb Januari 2012


Masa      : Selepas solat maghrib


Tazkirah: Ustaz Zulhakimi bin Mohd Daner 
               (Eksekutif Dakwah Perbadanan Wakaf 
               Selangor)


Aktiviti  : Kaunter Wakaf akan dibuka untuk penyertaan

Maklumat lanjut - Sila hubungi AJK Surau yang berkaitan atau layari laman FB Surau Nur As-Sobirin

(Sumbangan makanan adalah amat dialu-alukan)

Peta Lokasi:

View Larger Map 
http://maps.google.com.my/maps?saddr=3.278677,101.498584&hl=en&sll=3.278594,101.49911&sspn=0.002587,0.004128&vpsrc=6&mra=ls&t=h&z=19

Read more...

Kelas Pengajian Al-Quran

>> Saturday, January 14, 2012

Surau Nur As-Sobirin ada menganjurkan kelas Al-Quran untuk para remaja khas untuk anak-anak ahli qariah kita iaitu setiap malam Isnin dan malam Rabu. Tiada bayaran dikenakan. Kelas dibimbing oleh Ustaz Eddy Sutijo. Terbuka kepada semua peringkat umur. Marilah kita menghantar anak-anak kita untuk belajar/mendalami serta memantafkan lagi bacaan Al Quran mereka. (dari laman FB Surau Nur As-Sobirin)

Read more...

Jadual Waktu Balik Murid Sesi Petang 2012

>> Saturday, January 7, 2012

Perhatian !!!! 

Untuk Ibu-bapa yang menyekolahkan anak-anak di SKBTP1 dan untuk tahun 1 - 3 sahaja. (klik gambar untuk besarkan)


Read more...

Kursus Pengurusan Jenazah - Muslimat

>> Tuesday, January 3, 2012

InsyaAllah, pada 7 Januari 2012 (hari sabtu ini), surau Nur As-Sobirin akan mengadakan satu kursus pengurusan jenazah muslimat. Semua muslimat digalakan hadir. Untuk maklumat lanjut, layari laman web surau di http://nursobirin.wordpress.com/2012/01/03/kursus-pengurusan-jenazah-muslimat-di-surau-nur-as-sobirin/

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP