Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Surat Penduduk BTP di siarkan di dalam Harian Metro 2

>> Friday, January 20, 2012


Lampu jalan rosak undang bahaya


RAWANG: Sekurang-kurangnya 500 penduduk Bandar Tasik Puteri, dekat sini, diancam bahaya apabila kira-kira 50 lampu jalan di kawasan Green Valley Park tidak menyala sejak sebulan lalu.
Keadaan itu menyebabkan mereka kini berada dalam kebimbangan apabila terdapat kes jenayah berlaku termasuk pecah rumah dan kecurian akibat kerosakan lampu itu.

Penduduk, Ainul Adnan, 50, berkata, keadaan gelap di kawasan perumahan memudahkan penjenayah dan orang tidak dikenali memasuki perumahan hingga boleh mengancam nyawa penduduk. Katanya, kawasan gelap di sepanjang jalan untuk memasuki perumahan memberi ancaman kepada penduduk pada waktu malam terutama penunggang motosikal. “Kami bimbang kerana kawasan ini dilitupi ladang sawit dan berkemungkinan memudahkan penjenayah melakukan jenayah kepada kami hingga boleh mencederakan dan meragut nyawa. “Keadaan ini sudah diajukan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), tetapi tiada tindakan diambil,” katanya, di sini. Ainul berkata, penduduk mahu mereka mengambil tindakan sewajarnya membaiki kerosakan dalam menjamin keselamatan penduduk. “Kami tidak tahu punca lampu tidak berfungsi, tetapi difahamkan pemaju tidak menyerahkan kawasan berkenaan kepada MPS, jadi tidak boleh bertindak. “Kami tidak mahu tahu masalah itu, tetapi bertindaklah demi keselamatan penduduk di sini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP