Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Surat Penduduk BTP disiarkan di dalam Harian Metro 1

>> Friday, January 20, 2012


e-mel anda: Penduduk tagih janji


SAYA ingin menyatakan beberapa masalah yang berlaku di kawasan Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang.
Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini penduduk di kawasan BTP mengadakan demonstrasi mengenai laluan keluar dan masuk Kuala Lumpur- Kuala Selangor Expressway (KLKSE) ke taman perumahan berkenaan.

Penduduk dimaklumkan pembinaan laluan keluar dan masuk itu akan disiapkan dalam tempoh dua setengah tahun lagi.

Ini bertentangan dengan janji pihak pemaju BTP yang sebelum ini mendakwa laluan keluar masuk itu disiapkan sebaik lebuh raya itu siap pembinaannya tidak lama lagi.

Penduduk BTP yang kini dianggarkan melebihi 15,000 orang, amat memerlukan laluan keluar masuk itu bagi mengelakkan kesesakan untuk ke bandar Rawang dan ke Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Penduduk terpaksa membazirkan masa menempuhi kesesakan untuk ke plaza tol Plus Rawang yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dan ditambah dengan kesesakan yang berlaku setiap pagi dan malam, masa yang diambil kadangkala melebihi satu jam.


Jika laluan keluar masuk ke KLKSE yang terletak tidak sampai satu kilometer dari BTP disiapkan segera, ia akan memudahkan penduduk bandar perumahan itu menggunakan lebuh raya berkenaan dan menjimatkan masa untuk berurusan terutama di Kuala Lumpur dan kawasan lain dengan jangkaan masa yang diambil hanya sekitar setengah jam berbanding 50 minit ketika ini.

Pembinaan laluan keluar masuk ke KLKSE itu dijangka merancakkan ekonomi BTP yang ketika ini ibarat ‘bandar hantu’ berikutan banyak kawasan perumahan ditinggalkan pembelinya.

Pihak pemaju juga sebelum ini berjanji untuk menarik pelabur bagi pembinaan pasar raya besar, stesen minyak, bank dan banyak kemudahan lain, tetapi itu hanya janji tinggal janji.

Berikutan itu, saya mendesak pemaju supaya mengotakan janji yang mereka tabur dan dalam masa sama, saya juga meminta supaya penduduk BTP bersatu bagi memastikan suara mereka didengari pihak pemaju bandar perumahan itu.

Tanpa suara yang kuat daripada penduduk yang majoriti Melayu, sampai bila-bila pemaju akan memekakkan telinga mereka dan dalam masa sama, penduduk akan terus merana.
NANOMERCURY
Rawang



Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP