Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Pemilihan AJK 2010/2011 dan aktiviti terkini

>> Sunday, May 23, 2010

AJK Baru Persatuan penduduk blok 3 @ IMPAK3 telah dilaksanakan pada bulan 3 2010. Senarai lengkap AJK telah pun dikeluarkan. Serentak dengan itu, IMPAK3 telah melaksanakan satu proses bancian dikalangan penduduk dengan matlamat mendapatkan senarai sah penduduk dan mengemaskini data penduduk selain mendaftar penduduk kepada persatuan. Selain itu juga, IMPAK3 juga memberi maklumat mengenai aktiviti dan persatuan.

Sehingga kini, IMPAK3 telah berjaya menyediakan laman sukan untuk penduduk blok 3 bersama-sama melakukan aktiviti jasmani. Gelanggang badminton @ sepak takraw, bola tampar, futsal, dan bola jaring walaupun belum siap sepenuhnya, telah pun boleh digunapakai untuk aktiviti jasmani. Dengan itu, pihak IMPAK3 mengalu-alukan sebarang bantuan kewangan bagi membolehkan prasarana sukan tersebut dikemaskini dan diperbaiki agar lebih sesuai dan juga memastikan aktiviti kekeluargaan ini dapat diteruskan.

Read more...

Jangan sampai dah terjadi baru nak sesali

>> Saturday, May 15, 2010

Jika dilihat pada jiran2 kita, ramai sekali membenarkan anak2 dibawah umur, dan tanpa lesen memandu kenderaan malah menunggang motosikal tanpa memikirkan musibah yang bakal terjadi dimasa depan atau kesan dari pengajaran yang kita berikan pada anak kita ini.

Saya ingin sekali menasihati diri sendiri dan jiran tetangga sekalian agar janganlah diajar anak kita akan kesalahan ini diusia yang muda atau kelak kita akan menyesal tak sudah dan mula menunding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain sedangkan itu semua adalah hasil titik peluh kita dalam memberi ilmu yang ternyata sesat dan menyalahi undang-undang. Ketika kecil sudah diajar atau diberi kebenaran, bayangkan jika telah dewasa. Mungkin ada ada keberanian mereka untuk menyelinap keluar pada waktu malam untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral sama sekali.

Fikir-fikirkanlah sahabat sekalian

Read more...

BLOK3 kena rompak lagi

Salam persaudaraan pada sahabat jiran tetanggan, saudara seagama, dan saudara senegara sekalian... Semalam, pada waktu maghrib @ 7pm - 8mlm, lagi rumah jiran kita telah dimasuki pencuri. Menurut tuan rumah, ia berlaku ketika beliau baru sahaja keluar rumah, dan ketika beberapa rakan tetangga kita berada di kawasan rehat ditaman depan rumahnya.

Saudara sekalian, ini bukan kali pertama dan pastinya bukan yang terakhir. Pasti akan ada lagi rumah yang akan dimasuki manusia yang kurang ajar ini. Menurut polis BTP, ini merupakan kali ke 40 laporan polis mengenai rumah dipecah masuk di kawasan blok 3 sahaja. Mengapa ini terjadi? adakah blok kita ini diluar rahmat Illahi? Adakah kerana blok kita ada pelbagai kegiatan lain yang memungkinkan ini terjadi? Adakah kerana blok kita ini sudah tiada ikatan persaudaraan yang erat? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Yang pasti, saya berharap agar semangat kejiranan kita hidupkan kembali. Kenali jiran kita. Andai rasa syak atau musykil, hubungi polis BTP. Lebih baik kita mencegah dari hanya memandang begitu sahaja. Andai nampak orang tidak dikenali dan rasa syak, segera hubungi polis atau pengerusi blok yang sentiasa ada untuk membantu, atau AJK keselamatan kita. Dengan cara ini, kita boleh membendung kegiatan pecah rumah, sekaligus mengenali jiran yang kita tidak kenali selama ini.

Dan terakhir, marilah kita doakan agar kawasan rumah kita selamat dari kejadian ini lagi...

Read more...

Anakku Sazali... P.Ramlee buat filem bukan untuk sekadar tontonan...

>> Monday, May 10, 2010

Salam persaudaraan pada penduduk IMPAK3 sekalian. Sudah sekian lama saya tidak berbicara melalui penulisan kerana sibuk bekerja..

Apa yang ingin saya kongsi bersama ialah berkaitan dengan isu terkini yang panas, sama ada dipihak pakatan rakyat, mahupun pihak barisan nasional... Semua ingin menunjukkan sifat prihatin dan adil. Dalam pada itu, jangan kita lupa pada akar permasalahan hari ini. Bukan berpunca dari polis, bukan salah sepenuhnya kerajaan, dan bukan juga salah masyarakat keseluruhannya.

Boleh dikatakan majoriti kita semua membesar dengan filem-filem P.Ramlee... Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul, Do Re Mi, Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, dan banyak lagi yang masih lagi teguh tersemat didalam memori kita. Salah satu filem yang ingin saya lontarkan kembali, moga-moga kita ada peluang berkongsi dengan anak-anak kita dan menjadikan ia satu teladan dalam hidup, yakni ANAKKU SAZALI. Jalan ceritanya menyamai akan kisah dan senario zaman kini. Kita sering percaya pada apa yang diwar-warkan oleh anak kita tanpa menyiasat secara adil dan saksama. Kita tutup mata dan butakan hati pada pandangan lain. Yang kita dengari hanyalah ucapan anak kita yang belum tentu akan kesahihan beritanya. Lihatlah kini ditaman kita, anak muda berpeleseran... Anak perempuan kita tidak segan silu berdua-duaan atau kadang dalam kumpulan bersama bukan muhrim dan membuang masa bersembang. Dihadapan saya sendiri pernah berlaku gurau senda tahap melampau yang ternyata menambah dosa saya (kerana hanya mampu mengutuk dalam hati), dosa mak bapa dia, dan dosa kita semua kerana tidak mencegah kemungkaran. Bukan itu sahaja, tanpa kita sedari, motor yang dipinjam digunakan untuk berlumba, angkat wheelie, dan bawa anak orang, sedangkan anak kita tidak punya lesen. Dan tentu kita pernah lihat anak yang cukup mentah (bawah 15 tahun) bawa motor (lihat pada susuk badan pun sudah boleh agak). Dimana kita ketika itu? Jika ditangkap polis, apakah masih salah polis atau salah kita? Jika kemalangan kerana lari dari sekatan polis, salah dia atau salah polis? Jika dia langgar polis untuk elak ditangkap kerana memandu tanpa lesen dan badan berbau kurang menyenangkan (rokok, ganja, dadah, arak, etc), masihkah kita menunding pada polis yang menjalankan tugas atau pada anak kita atau pada kita?

Maka, sahabat semua, kejadian hari ini sepatutnya membuka mata kita untuk lebih mengenali anak kita dan memantau mereka sepenuhnya. Dan paling penting, ANAKKU SAZALI bukan sekadar tontonan, tetapi untuk teladan ....

Menutup celoteh saya, bersama ini gambar dua keadaan berbeza... saksikanlah penipuan aminurrashid dan rakannya itu...

Anak ku tak bersalah... saya bukan budak jahat... saya keluar untuk minum, tgk bola, dan jumpa kawan kat kedai mamak je..

Hakikatnya...
Aku enjoy beb... dua awek sekali... badan power tu... 



Oleh itu, duhai masyarakat sekalian.... moga kejadian ini menyedarkan kita betapa yang paling kita tidak boleh percaya ialah anak kita sendiri... janganlah dibutakan hati kita untuk membuat pertimbangan hanya kerana kasih sayang kita... Sayang Anak, Tangan-tangankan...

Read more...
Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP