Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Anakku Sazali... P.Ramlee buat filem bukan untuk sekadar tontonan...

>> Monday, May 10, 2010

Salam persaudaraan pada penduduk IMPAK3 sekalian. Sudah sekian lama saya tidak berbicara melalui penulisan kerana sibuk bekerja..

Apa yang ingin saya kongsi bersama ialah berkaitan dengan isu terkini yang panas, sama ada dipihak pakatan rakyat, mahupun pihak barisan nasional... Semua ingin menunjukkan sifat prihatin dan adil. Dalam pada itu, jangan kita lupa pada akar permasalahan hari ini. Bukan berpunca dari polis, bukan salah sepenuhnya kerajaan, dan bukan juga salah masyarakat keseluruhannya.

Boleh dikatakan majoriti kita semua membesar dengan filem-filem P.Ramlee... Nujum Pak Belalang, Tiga Abdul, Do Re Mi, Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, dan banyak lagi yang masih lagi teguh tersemat didalam memori kita. Salah satu filem yang ingin saya lontarkan kembali, moga-moga kita ada peluang berkongsi dengan anak-anak kita dan menjadikan ia satu teladan dalam hidup, yakni ANAKKU SAZALI. Jalan ceritanya menyamai akan kisah dan senario zaman kini. Kita sering percaya pada apa yang diwar-warkan oleh anak kita tanpa menyiasat secara adil dan saksama. Kita tutup mata dan butakan hati pada pandangan lain. Yang kita dengari hanyalah ucapan anak kita yang belum tentu akan kesahihan beritanya. Lihatlah kini ditaman kita, anak muda berpeleseran... Anak perempuan kita tidak segan silu berdua-duaan atau kadang dalam kumpulan bersama bukan muhrim dan membuang masa bersembang. Dihadapan saya sendiri pernah berlaku gurau senda tahap melampau yang ternyata menambah dosa saya (kerana hanya mampu mengutuk dalam hati), dosa mak bapa dia, dan dosa kita semua kerana tidak mencegah kemungkaran. Bukan itu sahaja, tanpa kita sedari, motor yang dipinjam digunakan untuk berlumba, angkat wheelie, dan bawa anak orang, sedangkan anak kita tidak punya lesen. Dan tentu kita pernah lihat anak yang cukup mentah (bawah 15 tahun) bawa motor (lihat pada susuk badan pun sudah boleh agak). Dimana kita ketika itu? Jika ditangkap polis, apakah masih salah polis atau salah kita? Jika kemalangan kerana lari dari sekatan polis, salah dia atau salah polis? Jika dia langgar polis untuk elak ditangkap kerana memandu tanpa lesen dan badan berbau kurang menyenangkan (rokok, ganja, dadah, arak, etc), masihkah kita menunding pada polis yang menjalankan tugas atau pada anak kita atau pada kita?

Maka, sahabat semua, kejadian hari ini sepatutnya membuka mata kita untuk lebih mengenali anak kita dan memantau mereka sepenuhnya. Dan paling penting, ANAKKU SAZALI bukan sekadar tontonan, tetapi untuk teladan ....

Menutup celoteh saya, bersama ini gambar dua keadaan berbeza... saksikanlah penipuan aminurrashid dan rakannya itu...

Anak ku tak bersalah... saya bukan budak jahat... saya keluar untuk minum, tgk bola, dan jumpa kawan kat kedai mamak je..

Hakikatnya...
Aku enjoy beb... dua awek sekali... badan power tu... 



Oleh itu, duhai masyarakat sekalian.... moga kejadian ini menyedarkan kita betapa yang paling kita tidak boleh percaya ialah anak kita sendiri... janganlah dibutakan hati kita untuk membuat pertimbangan hanya kerana kasih sayang kita... Sayang Anak, Tangan-tangankan...

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP