Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Alternatif pada gula

>> Wednesday, December 8, 2010

Kepada teman-teman seperjuangan... Jom kita kurangkan pengambilan gula atau pakai alternatif.
Alternatif 1
Pokok Stevia @ Pokok Gula



Alternatif 2
ProfessorSweet

ProfessorSWEET alternatif baru gula

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini membuatkan orang ramai mula mencari alternatif bagi menggantikan bahan pemanis utama dalam minuman dan masakan itu.
Menyedari hakikat itu, sebuah syarikat milik penuh bumiputera, Manisglobal Sdn. Bhd. (Manisglobal) tampil memperkenalkan sejenis sirap pemanis berjenama ProfessorSWEET iaitu pengganti gula yang dihasilkan 100 peratus daripada pati tebu asli (SCE) dengan menggunakan teknologi nano.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzli Che Seman berkata, produk itu mendapat pengiktirafan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan pihaknya juga telah melakukan testimoni terhadap 2,000 responden sebelum ia dipasarkan.

"Seperti yang kita sedia maklum, hampir 50 peratus rakyat Malaysia kini menghadapi pelbagai penyakit akibat gula.

"Dengan penggunaan ProfessorSWEET, diharapkan kadar tersebut dikurangkan kerana produk ini bukan sahaja manis seperti gula, malah sedap dan menyihatkan," katanya pada majlis pelancaran ProfessorSWEET di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Manisglobal Niaga Sdn. Bhd., Wan Abdullah Ibrahim dan ketua saintis projek berkenaan, Prof. Dr. Mohd. Sofie Marzuki.
Bahan pemanis itu terhasil selepas lebih lima tahun penyelidikan oleh saintis tempatan diketuai oleh Dr. Mohd. Sofie.

Ia mempunyai kadar kemanisan lebih tinggi daripada gula biasa, tetapi hampir tiada kalori, lemak, kolesterol, protein, sukrosa dan karbohidrat, sekali gus sesuai digunakan seisi keluarga sebagai pengganti gula dalam minuman dan masakan.

Jelas Mohd. Fadzli, ProfessorSWEET adalah pemanis pati tebu pertama yang dihasilkan menerusi teknologi nano.
Sementara itu, Mohd. Fadzli memberitahu, pihaknya yakin produk mereka mampu menguasai pasaran tempatan kerana kebanyakan produk alternatif bagi menggantikan gula tidak ada yang berasaskan pati tebu asli.

"Sekiranya ProfessorSWEET mendapat sambutan kelak, kami merancang untuk menghasilkan produk ini dalam bentuk pek kecil atau one drop bagi memudahkan orang ramai membawa ia ke mana sahaja.
"Kami juga merancang menghasilkan kordial, gula-gula dan susu pekat manis berasaskan bahan yang sama selepas ini," ujar beliau.

ProfessorSWEET dijual pada harga serendah RM19.90 di pasaran bagi kandungan 700 mililiter.
Orang ramai yang berminat untuk menjadi stokis, ejen atau pengedar syarikat itu boleh menghubungi talian 06-7687323 atau melayari laman web www.professorsweet.com.

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP