Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Tips Mengelak Kecurian dari PDRM

>> Tuesday, April 5, 2011

Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis Diraja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin
menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur.
(kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan
mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air diluar rumah terbuka pada tengah malam
(pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini
adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah
untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun, PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu
tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on
and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke
dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan
mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan
menundukkan kepala )

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan
mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan,
beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereke boleh double check
dgn kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada disisi atau pastikan juga
Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam
kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau
sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh
hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian dirumah atau automatik
alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik
bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh
membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai
polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new,
sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (sebenarnya
masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam
(sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci
pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat
mempertahankan diri dari pencuri yg ganas.

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila
keluar(pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita
kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas
penyewa lama simpan kunci pendua.

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP