Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Kawalan Keselamatan Parklane Heights - Mesyuarat Pertama 21/5/2011

>> Wednesday, August 17, 2011

Zainal sedang mencatit sesuatu
Ketenteraman penduduk Parklane Heights terganggu lagi. Setelah sekian lama senyap sunyi hingga kawalan RT yang pernah diusahakan penduduk menyepi hampir 2 tahun, kecurian dan rompakan kembali menghantui penduduk. Mengikut statistik yang diberikan oleh PDRM cawangan BTP, kawasan kita telah dimasuki pencuri hampir pada 10 kali. Paling teruk berlaku pada bulan 4 dimana 3 buah rumah dirompak dalam masa tidak sampai beberapa jam pun. Kawasan panas (Jln 3/26, 3/34, 3/35, 3/43) sering menjadi sasaran perompak malam. Manakala jalan lain (ditengah) sering menjadi pilihan pencuri kecil-kecilan. Dari beratus ringgit hinggalah berpuluh ribu menjadi santapan para perompak. Perkara ini telah menyebabkan persatuan penduduk mencari alternatif kepada RT yang sukar mendapat sambutan penduduk memandangkan ramai yang bekerja serta ramai yang lebih rela menyulam mimpi di rumah masing-masing.

Nazli memberi pendapat sambil diperhatikan rakan seperjuangan
Maka, setelah mendapat pelbagai pendapat serta melakukan penyelidikan, kawalan keselamatan telah diutarakan dan menjadi pilihan utama penduduk. Mesyuarat yang diadakan ini bertujuan mencari kata sepakat untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin. Keputusan pada mesyuarat tersebut ialah satu dialog akan diadakan bersama penduduk untuk mendapat kata putus penduduk serta memberi penerangan lanjut akan pilihan persatuan penduduk.



Ketenangan AJK persatuan dalam menangani isu

Tok ketua mendengar pendapat sambil dibantu oleh saudara Nik Mi

Yang hadir: Zahari (Tok Ketua), Zainal Yasin (AJK Keselamatan), Adis (Biro Sukan), Haszeli @ Kuikui, Merong, Nazli, SU Persatuan, Bendahari Persatuan, Nik Miey dan beberapa orang lagi yang tidak dapat diingati...

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP