Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Kuliah Dhuha Bersama YBhg Dato' Ustaz Ismail Kamus

>> Saturday, March 31, 2012

Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas, 24 March 2012, surau Nur As-Sobirin (Blok 2 & 3, Bandar Tasik Puteri, Rawang) telah mengadakan satu kuliah dhuha yang disampaikan oleh salah seorang ulama' tersohor negara iaitu YBhg Dato' Ismail Kamus. Kuliah yang dianjur dan diuruskan oleh AJK Wanita Surau Nur As-Sobirin ini dihadiri oleh masyarakat pelbagai lapisan umur dari sekitar Bandar Tasik Puteri.

YBhg Dato' Ismail Kamus menyampaikan kuliah berkaitan Dunia dan Kematian. Antara nota yang sempat dicatit ialah:

  • Dunia
    • Ibarat air laut, makin diminum makin haus
    • Tempat berdukacita. Oleh itu, digalakkan kita risau akan posisi diakhirat kelak.
    • Tempat ingati masa hadapan. Maka selalulah kenangkan mati sekurang-kurangnya 70 kali.
      “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa." (Riwayat Abdullah Bin Abbas)
  • Pesan Nabi - Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
    Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

  • 3 Jenis Musibah
    • Musibat yang datang dari Allah S.W.T sebagai balasan atas perbuatan kita
    • Musibat yang diturunkan Allah S.W.T sebagai asas pendidikan kepada kita
    • Musibat yang diturunkan sebagai dugaan Allah Taala untuk menguji tahap keimanan kita
  • Doa yang dianjurkan oleh Ustaz untuk diamalkan setiap pagi dan malam (3 kali)
    • Doa yang dianjurkan untuk memohon keselamatan dan tidak diambil nyawa pada hari tersebut
    Dibacakan doa diatas bersama dengan ayat dibawah setiap pagi selepas solat subuh
    فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ
    "Now, if they turn away (O Muhammad) say: Allah sufficeth me. There is no God save Him. In Him have I put my trust, and He is Lord of the Tremendous Throne." - Surah At-Taubah:129
  • Doa yang dianjurkan untuk memastikan tidur dalam keadaan selamat
    - Dibacakan doa yang pertama bersama Bismillah 21 kali

  • 3 Jenis Nikmat
    • Nikmat kerana balasan atas kebaikan dari Allah S.W.T 
    • Nikmat sebagai cubaan dari Allah Taala 
    • Nikmat sebagai bala dari Allah Taala
  • Memohon keberkatan rezeki
    اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي
“Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii wa athil hayaatii ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii"
"Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkahilah karunia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku).” - Dari  Ad Du’a minal Kitab was Sunnah, Karya Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qohthoni hafizhohullah


  • Menceritakan akan kesabaran Nabi Ayub A.S. yang diduga dengan pelbagai kesusahan namun masih bersyukur dan bersabar.



  • Sebaik-baik orang yang bersabar ialah sabar tika tidak menerima dan sebaik-baik orang yang menerima ialah yang berkongsi dengan orang yang lain. Dalam hal ini, Ustaz mengingatkan para hadirin akan sikap masyarakat yang pentingkan diri dalam mengerjakan umrah dan haji iaitu mereka yang berkeupayaan dan melakukan haji dan umrah berulang kali sedangkan mereka itu sepatutnya berkongsi kemampuan itu dengan menaja pihak yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan haji atau umrah. Dengan ini, bukan sahaja mendapat ganjaran berganda, tetapi juga membantu yang lain menunaikan rukun islam ke-5 dan juga sekurang-kurangnya berupaya melakukan umrah. Dalam hal ini, Ustaz menceritakan akan peribadi Saidina Ali yang berkongsi sekeping roti dengan beberapa orang.



  • Menceritakan perihal dua orang sahabat yang berebut untuk mati - Saad dan Hanzalah


  • Sepatutnya umat ISLAM tidak takut mati tetapi takut akan persiapan mati yang tidak sempurna


  • Abdullah bin Mas'ud pernah ditanyakan mengenai cara untuk menerangkan hati. Abdullah bin Mas'ud menjelaskan bahawa untuk menerangkan hati ada empat cara iaitu:
    • Membaca Al-Quran
    • Jika tidak mampu, dengar orang baca Al-Quran
    • Atau mendengar percakapan (tazkirah/ceramah) agama
    • Dan jika masih tidak mampu menenangkan hati, maka pohonlah pada Allah agar ditukar hati itu kerana itu bukan lagi hatimu.

  • Sekian... Hanya itu sahaja yang mampu saya catitkan.

    Dibawah ini merupakan sebahagian dari gambar yang diambil ketika majlis tersebut.
    (*klik gambar untuk besarkan gambar)
    Pendaftaran Ahli Kariah Surau

    Suhaimi dan anak-anak

    Ustaz tengah berbicara serius

    Pendaftaran ahli kariah surau

    Orang kuat surau

    Anak-anak yang bakal tahfiz

    Ustaz Ismail Kamus berbicara

    Ustaz Ismail Kamus berpesan

    Hadirin khusyuk

    Hadirin khusyuk
    ** Sebarang kesilapan pada penulisan mahupun ayat yang diletakkan, harap dimaklumkan melalui ruangan komen. TQ

    0 comments:

    Post a Comment

    Google

    Hubungi Kami

    Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

      © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP