Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Parklane Height Spikers VS Nouvis

>> Thursday, April 21, 2016

Alhamdulillah, dengan kerjasama Ayie (solo.. tengah mencari jodoh) dan Bob @ Ramadan, 2 perlawanan antara Parklane Height Spikers dengan team Nouvis (orang muda Titiwangsa), telah di adakan dalam perlawanan timbal-balik.

Perlawanan pertama (away) telah berlangsung di Gelanggang bola tampar, Tasik Titiwangsa. Hujan yang turun sebelum perlawanan dan menempuh kesesakan jalan untuk ke gelanggang tidak sedikit pun melemahkan semangat pemain Parklane Height Spikers. Keputusan perlawanan ialah Parklane Height Spikers berjaya menewaskan pihak Nouvis dengan 5 set berbalas 2. Menurut kata wakil pemain Parklane Height Spikers, 2 set itu diberi kerana belum biasa bermain dengan lampu (waktu malam) serta net yang agak kendur di tengah... kui kui kui kui.

Perlawanan kedua (home) pula telah diadakan pada hari sabtu berikutnya di gelanggang keramat Parklane Height Spikers yang telah di'arrange' secara terkejut. Oleh kerana itu, PHS gagal meletakkan pemain handalannya. PHS juga tidak berhasrat untuk menang kerana menghormati pihak lawan yang sanggup bersusah payah datang dari jauh di waktu petang yang panas demi membalas dendam kekalahan sebelumnya. Oleh kerana itu, PHS dengan rela hati memberi kemenangan pada 2 set pertama pada mereka walaupun di satu ketika, mendahului dengan 24 -14.

Di bawah ini ialah keseluruhan gambar aksi yang diambil pada 2 perlawanan tersebut.

Gambar di Titiwangsa




Gambar di Gelanggang PHS






Gambar lain boleh di akses di sini.

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP