Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

Bola Tampar Persahabatan - IMPAK3 vs Green Valley

>> Saturday, March 19, 2011

Ajis mengadili set kedua...
Tanggal 13/03/2011 (hari ahad) bersamaan dengan 8 Rabi'ul Akhir 1432 Hijrah, satu perlawanan persahabatan diantara penduduk blok 3 yang diwakili oleh IMPAK3 dengan penduduk Green Valley (digelar The Green Valley). Perlawanan tersebut telah melewati kehebatan WWE kerana adanya nilai-nilai persaudaraan yang telah diterapkan kedalam setiap pemain.

The Green Valley menyusun strategi
Perlawanan tersebut telah diadakan di stadium IMPAK3 yang telah lama disiapkan ala kadar bagi memenuhi tuntutan masa lapang warga IMPAK3 beriadah. Tepat jam 5.30 petang, perlawanan itu telah dimulakan diiringi alunan bayu kencang serta diliputi awan hujan yang tebal. Dentuman guruh dan kilat tidak melunturkan semangat kesemua pemain dari kedua pasukan.

Pada set pertama, oleh kerana ketidak biasaan pasukan lawan dengan bentuk muka bumi stadium IMPAK3 serta tanpa lampu limpah yang menerangi stadium, pasukan IMPAK3 dengan bersahaja menewaskan Green Valley dengan mata 25 berbalas 16.

Pada set kedua, Green Valley mula menyesuaikan diri dengan keadaan stadium. Malangnya hujan mula melimpahi kawasan stadium. Walaupun hanya renyai-renyai, namun ia berjaya menjejaskan persembahan dan taktikal mereka. IMPAK3 yang dibarisi amatur berjaya mengambil kesempatan ini dan seterusnya memenangi set kedua dengan keputusan mata 25 berbalas 20.
Jamal servis sambil dijampi oleh brother rafi...

Green Valley... belakang kat bawah pondok ialah pasukan sorak green valley
Set ketiga merupak set yang agak dramatik kerana permukaan padang yang licin dan pasukan Green Valley mula menurukan beberapa pemain bintang mereka. Pasukan sorak mereka juga mula bersuara memberi galakan. Hujan yang mula reda juga menyukarkan pasukan IMPAK3 yang mula diwarnai kegelisahan. Namun, berkat usaha bersungguh-sungguh dan doa serta jampi serapah yang dilakukan oleh En Rafi (dengan menabur pasir didalam stadium... jgn mare abg rafi) telah menggentarkan semangat Green Valley. Keputusannya, Green Valley tewas dengan mata 25 berbalas 23.

Set keempat, pasukan Green Valley mula panas badan dan mula mengukuhkan pasukan. IMPAK3 tewas dengan mata 25 berbalas 16. Namun begitu, IMPAK3 kembali bangun dan memenangi set kelima dengan mata 25 berbalas 18. Set terakhir dimenangi oleh The Green Valley kerana IMPAK3 ingin menamatkan perlawanan dengan segera memandangkan waktu maghrib sudah hampir.

Green Valley cuba spike
Keputusan penuh IMPAK3 berjaya membalas kekalahan pertama di gelanggan lawan dengan aggregat penuh 4 berbalas 2. Satu pencapaian yang membanggakan.






Apa ko buat tu rafi....

Jamal set... bro rafi jampi... sorang lagi nak lipat... power beb

Kedua Captain bersalam.. Ajis senyum girang sebab berjaya balas dendam kekalahan dulu...
Pasukan IMPAK3: Ajis, wahyudin, rafi, haszeli, azmin, jamal, fuad, miey, zainal, azhan, errr... sapa yg main lagi hari tu aaaaaa....

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP