Parklane Heights, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Blog ini memaparkan kisah suka duka, maklumat dan pelbagai perkara dan informasi berkaitan aktiviti penduduk secara langsung atau tidak dari kaca mata penulis.

IMPAK3 vs Cikgu Sekolah BTP2 (Sesi ke-3)

>> Tuesday, March 29, 2011

Pemain membiasakan diri dalam stadium BTP2
Pada tanggal 27hb Mac, 2011, hari ahad, jam 5.30 petang, satu perlawanan persahabatan yang paling hebat pada minggu tersebut telah diadakan di sebuah sekolah yang cukup cantik (sebab baru je 2 -3 tahun), terletak nun jauh dari kesibukan dunia, yakni di Rawang. Didalam sebuah bandar yang masih membangun (sebab banyak kawasan kosong lagi) yang dinamakan Bandar Tasik Puteri, di sekolah BTP2, perlawanan hebat itu berlangsung.

Kau amik ke aku nak amik... Oit cepat le spike (kata jamal)
Pasukan IMPAK3 yang semakin tinggi keyakinan selepas 2 perlawanan berturut-turut tanpa tewas, bertandang ke stadium tertutup (bumbung je tak de) pihak lawan tanpa sedikit pun rasa gentar melainkan rasa gumbira tidak terkata.

Walau bagaimanapun, perlawanan agak lewat dimulakan dek kerana masalah teknikal stadium dimana jaring tidak dapat ditegangkan akibat dari keringanan pemegang jaring. Nasib baik saudara Ajis ada bawakan tali penarik kereta (dulu kerja tarik kereta ke ajis... kui kui kui kui...).

Mana bola ha...
Ajis pening kepala.. salah kira ke... lantok le... hahaha
Tepat jam 6 petang, perlawanan telah dimulakan. Kali ini, IMPAK3 dibarisi dengan ramai pemain suku-professional dan diiringi pasukan sorak yang tidak bersuara. Perlawanan set pertama telah dimenangi oleh pasukan IMPAK3 dengan keputusan penuh mata 25 berbalas 18.

Cikgu BTP2 servis bola... iyyaaaahhh
Pada set kedua, IMPAK3 telah melakukan sedikit pertukaran pemain untuk membolehkan agar perlawanan menjadi lebih menarik dan mencabar. Walau bagaimana pun, ia tidak juga mendatangkan hasil yang diharapkan. Pasukan IMPAK3 sekali lagi dengan rasa sedikit bangga menewaskan Cikgu BTP2 dengan keputusan penuh mata 25 berbalas 16.

Oleh kerana sudah timbul ketidakpuasan dikalangan pemain IMPAK3 yang mula rasa tidak tercabar, maka pertukaran besar-besaran telah diadakan oleh ketua pasukan. Ini akhirnya telah membuahkan hasil yang cukup hebat. Cikgu BTP2 berjaya kembali dalam permainan dan menunjukkan aksi-aksi yang membuatkan pemain IMPAK3 terasa gentar. Akhirnya Cikgu BTP2 berjaya merapatkan jurang dengan menewaskan IMPAK3 pada set ke-3 dengan keputusan penuh mata 25 berbalas 21.

Set terakhir dimenangi oleh pasukan IMPAK3 setelah aksi agak goyah pada set ke-3 akibat dari 'enjoy' teramat setelah memenangi 2 set pertama. Dengan langkah bersemangat, IMPAK3 berjaya menewaskan Cikgu BTP2 dengan keputusan penuh mata 25 berbalas 23.

Alamak... tingginya bola.. boleh ke amik tu?
Ini merupakan peningkatan yang cukup ketara bagi pasukan IMPAK3 dengan memenangi 3 perlawanan berturut-turut. Ia merupakan suatu yang diluar dugaan dan seterusnya menaikkan semangat IMPAK3 untuk terus menuju pada liga tempatan pada tahun depan... InsyAllah.

Keputusan penuh IMPAK3 (3) - Cikgu BTP2 (1)
IMPAK3 dibarisi oleh:  Nazli, Ajis, Fuad, Azmin, Suhaimi, Nizam Salleh, Sharul Azahan, Fitri, Hairuldin, Mat Nor, Jamal, dan tak ingat...


 Pasukan Sorak: Zahari dan keluarga, Haszeli dan keluarga...


Alamak.. tak smp le.. mu spike tinggi sangat.

Jauhnyer ko servis.. lepas ke tu?

Kami percaya bahawa IMPAK3 boleh menang.. yess terbaek...

Dalam barisan untuk sambut bola.

Hero IMPAK3..

Sapa servis tak sampai lagi bola ni...

Ala jangan le amik gambar saya.. malu la.. auuuwww... Dibelakang sana jurulatih IMPAK3 berdiri tegak memerhati..

Spike terbaek dari fuad.. alamak pusat nampak la bro...

IMPAK3 berehat setelah menang 2 set pertama

Pemain berbincang untuk mejadikan game lebih entertaining.

Azmin memang pada pasukan BTP2 .. tak puas hati la tu cepat sangat habis nyer


Ini dia ... servis maut punya... terbaek...

0 comments:

Post a Comment

Google

Hubungi Kami

Ada berita menarik? Ada Pemberitahuan? Ada cerita? Apa jua, silalah email pada IMPAK3 atau layari Komuniti IMPAK3 @ Facebook atau daftar untuk menjadi ahli IMPAK3

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP